BERITA
Anak Bongsu Baddrol Bakhtiar Meninggal Dunia - “Doakan Semoga Mereka Sekeluarga…”
Anak bongsu kepada bekas pemain bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar meninggal dunia awal pagi, Rabu.
Khabar duka itu dikongsi menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun itu.
"Dukacita dimaklumkan anak bongsu YB Baddrol Bakhtiar telah kembali ke rahmatullah lebih kurang pukul 3.15 pagi ini.
"Jenazah masih di hospital dan akan dibawa ke Masjid Taman Ria, Sungai Petani.
"Doakan semoga mereka sekeluarga tabah dan dipermudahklan segala urusan," kata kenyataan tersebut.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut punca kematian anak Baddrol.
Ruang komen dipenuhi dengan ucapan takziah dan mendoakan agar seluruh keluarga Baddrol diberikan kekuatan.
Must-Watch Video