Highlights
Kenapa NASI LEMAK Menjadi ‘Favourite’ Orang Malaysia? Ini Tips Untuk Nasi Lemak Lebih Enak Terkenang-Kenang!
Nasi lemak secara tidak rasmi sudah diwartakan sebagai salah satu menu tradisi paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Tidak hairanlah, di luar negara juga masih ada restoren yang menyajikan makanan ini sebagai salah satu juadah dalam menu mereka. Hatta, di restoren bertaraf lima bintang.
Kalau dulu, nasi lemak berasal daripada makanan tepi jalan sahaja yang di jual di warung kaki lima dan diniagakan pada harga bawah RM1, tetapi kini ia dikomersialkan sehingga boleh mencecah puluhan ringgit sepinggan, malah menjadi santapan kegemaran di istana dan orang-orang bertaraf tinggi juga.
Kenapa agaknya ia menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia? Antara sebabnya ialah kerana ia merupakan satu sajian yang lengkap dengan semua rasa dalam satu pinggan. Mudah, tidak perlu lagi difikirkan kombinasi apa untuk nasi itu? Nasinya yang berasa lemak santan, akan didatangkan dengan sambal dan lauk asas seperti telur, ikan bilis, kacang dan timun sebagai sayurnya.
Ia juga sering dijadikan pilihan kerana mudah didapati di mana-mana sahaja. Malah harganya yang murah juga menjadi faktor kenapa ia disukai sebagai juadah utama. Dan, para ibu suka memasak nasi lemak untuk sajian keluarga kerana kaedah masaknya yang mudah dengan bahan-bahan yang senang untuk didapati. Tidak serenyah nasi berperisa yang lainnya.
Kredit Foto: Afiza Kamarulzaman
Tips Masak Nasi Lemak Dan Sambal Yang Enak
- Sukatan nasi, santan dan air haruslah sepadan. Jika nasi tiga pot, air dan santan harus juga berkuantiti yang sama. Maknanya, jika santan satu pot, tambahkan air biasa dua pot.
- Nasi lemak harus mempunyai aroma yang wangi iaitu datang daripada daun pandan dan halia. Lebih banyak lebih sedap. Halia itu juga bagus untuk membuang angin selepas makan makanan berlemak dan berminyak. Malah, ia untuk elak rasa muak nasi yang terlalu bersantan itu.
- Tambahkan sedikit garam untuk menambahkan rasa lemak santan itu tadi. Ada juga yang mencampurkan sedikit gula. Jangan banyak untuk menaikkan lagi rasa nasinya.
- Masak nasi lemak tidak seperti nasi putih. Ia harus dijenguk sekali dua ketika hampir mengering. Kacau seketika untuk bagi santan dan nasi sekata dan elak ia mentah.
- Jika terdapat nasi mentah, jangan bimbang. Tutup seketika suis periuk nasi. Kemudian, nyalakan semula dan tekan punat masak sekali lagi. Lakukan beberapa kali sehingga hilang jelatah itu.
- Nasi lemak lebih sedap disajikan atas daun pisang dan diceduk dengan menggunakan cawan yang ditekap padat. Rasanya lebih padu!
- Untuk sambal, pastikan bawang dan cili ditumis garing untuk elak rasa ‘pijar’ atau kelak sakit perut jika cili itu mentah.
- Tambahkan gula melaka untuk rasa sambal yang lebih kick dan ia harus dimasak lebih lama sehingga pecah dan terapung minyaknya.
- Kalau ikut cara arwah Mak saya, dia akan memasak sambal itu pada malamnya. Keesokan harinya, akan dipanaskan semula dan rasanya sungguhlah sedap.
Lima Gandingan Lauk Nasi Lemak Kegemaran Rakyat Malaysia
Kredit Foto: Google
- Nasi Lemak Telur Mata
Kredit Foto: Google
- Nasi Lemak Rendang Ayam
Kredit Foto: Google
- Nasi Lemak Sambal Paru
Kredit Foto: Google
- Nasi Lemak Sambal Kerang
Kredit Foto: Google
- Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah
Must-Watch Video