Skip to main content

Trend Pasaran

Gula-Gula Kenyal ‘Gummy Eyeball’ Mampu Sekat Saluran Pernafasan, Sukar Dikeluarkan Jika Tersedak

main-image-(14).png

PHM turut mengulas lanjut ciri-ciri gula-gula kenyal itu merbahaya dan tidak sepatutnya dijual dalam pasaran.

“Kenapa gummy eyeball sangat berbahaya? Tekstur licin dan kenyalnya dengan mudah tergelincir terus ke dalam tekak sebelum sempat dikunyah. 

Laman itu turut menjelaskan gula-gula kenyal tersebut sukar dikeluarkan dari saluran pernafasan sekiranya kanak-kanak tersedak.

"Sukar dikeluarkan jika tersedak, sangat berbeza dengan makanan keras yang boleh dihentak keluar, gula-gula ini melekit dan boleh menyumbat saluran udara sepenuhnya. 

"Risiko lebih tinggi pada kanak-kanak kecil dan belum pandai mengunyah dengan betul selain lebih mudah panik jika tercekik," katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terutamanya mahu penjualan gula-gula kenyal tersebut diharamkan.

Terdahulu, seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan akibat tercekik gula-gula kenyal yang dibeli di luar kawasan Kelas-Quran dan Fardhu 'Ain (Kafa), Sungai Dua, Butterworth.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa dikatakan rebah ketika hendak ke tandas sebelum gurunya menghubungi pasukan perubatan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ada Air Mata Bertakung Di Matanya..." - Fahmi Hembus Nafas Akhir Di Sisi Keluarga, Tenang Selepas Bisik Syahadah

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-Kanak Tercekik Gula-Gula Kenyal Meninggal Dunia

Must-Watch Video

Advertisement