KISAH BENAR – Menantu Puaka, Datangnya Bawa Petaka, Suami Jadi Derhaka, Keluarga Mentua Rosak Binasa
Afiza Kamarulzaman
04/08/2021 11:01 MYT
04/08/2021 11:01 MYT
“Aku selalu baca kau tulis kisah-kisah benar, kan? Kali ni aku nak kau tulis kisah keluarga angkat aku boleh tak?” tiba-tiba panggilan telefon dibuat oleh kawan baik saya sama sekolah menengah dulu.
“Ini kisah tentang apa pula?” tanya saya semula.
“Selalu kita dengar pasal menantu yang kena khianat dengan mak mentua kan? Kali ni, terbalik. Mak mentua dan keluarga si suami pula yang kena bahana kejahatan isteri. Ni kisah benar-benar terjadi tau,” ceritanya.
“Betul ke?” soal saya ragu-ragu.
“Betullah. Aku memang rapat dengan keluarga angkat aku ni. Aku bukan nak berpihak mana-mana tapi aku kenal semua dalam keluarga tu. Keluarga angkat aku ni baik, sebab tu kena pijak dengan menantu puaka ni!” bentaknya.
Okey, saya beri peluang kepada kawan ini bercerita. Katanya, elok untuk dijadikan pengajaran dan iktibar kepada kita yang baru berkahwin dan memasuki dalam keluarga suami. Kenalah pandai bawa diri. Jangan hanya mahukan suami sampai sanggup pinggirkan keluarganya.
Kredit Foto: Google
Suami Dihasut, Pelbagai Racun Ditabur
Dipendekkan cerita, kata kawan saya ini, anak tunggal lelaki keluarga angkatnya yang dikenali sebagai S berkahwin dengan K. S ini anak yang sangat baik, dididik cukup ilmu agama dan dunia. Sopan-santun dan tak pandai meninggi diri. Cakapnya juga lembut. Dilayan ibunya sangat berhemah. Begitu juga dengan adik-beradik yang lain.
Masuk tahun pertama keadaan okey lagi. Sehinggalah selepas dikurniakan seorang anak pada tahun ke dua perkahwinan, belang si menantu mula terserlah. Suami sudah jarang pulang ke rumah maknya, walaupun jarak rumah mereka tidaklah jauh mana. Tidak sampai setengah jam memandu sudah sampai. Namun, pelbagai alasan diberi.
Setiap kali kalau datang jenguk ke rumah pun sekejap sahaja. Itu pun dalam keadaan gelisah. Isteri pun jarang nak ikut sama. Lama-kelamaan mak mentua dan adik-beradik mula perasaan sikap dingin isterinya itu.
“Ibu angkat aku cuba bertanya baik-baik kepada si isteri, tapi lain pula tanggapan menantu dia. Menantunya mula menuduh ibunya membuat fitnah kepadanya. Sejak itulah hubungan mereka mula dingin. Suaminya pun ikut sama. Pantang si ibu bertanya sikit, mula nak tinggi suara walaupun dengan pertanyaan ‘kenapa lama tak balik?’” cerita kawan saya ini.
Duit belanja untuk ibu sudah mula culas nak diberi. Alasan banyak hutang nak bayar. Sedangkan si isteri bukan main ligat berbelanja. Tapi mereka tidaklah persoalkan sebab isteri pun bekerja. Cuma, peliknya layanan anak lelaki itu yang mula acuh tak acuh dengan keluarga sendiri.
Yang buat si ibu lebih terkilan apabila anak lelakinya itu melebihkan keluarga isteri daripada ibunya sendiri. Alasan yang selalu si isteri beri kerana ibu ayahnya duduk jauh, jarang dapat berjumpa, jadi kalau ada cuti haruslah pulang ke kampungnya. Kalau ada Hari Raya, didulukan balik kampung isteri atas alasan yang sama, kampung suami dekat, bila-bila boleh jenguk.
Tidak cukup dengan itu, kedengaran juga si isteri selalu menabur fitnah, menambah cerita yang bukan-bukan tentang keluarga suami. Si suami pula macam lembu dicucuk hidung, semua yang isteri cerita ditelan bulat-bulat. Dikatanya, mak mentua pilih kasih antara cucu-cucu.
Kredit Foto: Google
Anak mereka tidak dilayan mesra, sedangkan ibu ini paling sayangkan cucu yang itu kerana daripada benih anak lelakinya. Tapi, si isteri ini cemburu kalau anak-anaknya lebih sayangkan Nenek yang ini daripada Nenek yang di sana (ibunya). Jadi, sengaja dipisahkannya dengan pelbagai cerita palsu.
Suami juga sering diadukan dengan cerita-cerita yang kononnya adik-adik suami selalu mengata suami di Facebook. Hakikatnya, semua adik-beradiknya dia ‘block’ di Facebook, tidak mahu mereka tahu aktivitinya. Kata isteri, adik-adik ipar suka memuatnaik status memerli kehidupan mereka. Ditokoktambah cerita, kononnya mereka selalu perli suami sebagai anak derhaka kerana tidak menghiraukan ibu.
Sedangkan adik-beradik suaminya itu sangatlah baik orangnya. Tidak suka mencampuri urusan orang lain. Sangat tertib dan berhemah, mana mungkin menjadikan Facebook tempat memerli orang.
Dek selalu diacum dengan kata-kata isteri, si suami sampai bertelagah dengan adik-beradik dan ibunya sendiri kerana si isteri yang suka bawa mulut. Akhirnya, suami tidak mahu lagi menjenguk ibunya atas alasan terasa hati. Si isteri jangankan mahu jadi pendamai, malah bergembira dengan hajat yang tercapai. Memang suka dia melihat suami menjadi miliknya seorang.
“Kesian aku tengok mak angkat aku sekarang. Hari-hari murung rindukan anak lelakinya tu. Cucu-cucu pun dah lama tak dapat dipeluk cium. Entah perempuan jenis apa agaknya? Masa awal kahwin dulu bukan main baik pijak semut tak mati. Pandai ambil hati mak angkat aku tu. Bila dah dapat jadi menantu, perangai mengalahkan hantu,” akhiri kawan saya itu kisah perit dilalui keluarga angkatnya.
Daripada sebuah keluarga yang harmoni dan sakinah atas didikan ibu ayah yang soleh solehah, akhirnya terjadi begini. Siapa tak sedih? Yang menjadi petualang bukan orang lain, tapi menantu sendiri. Menantu yang disambut masuk dalam keluarga dengan tangan terbuka dan hati yang ikhlas.
Penulis hanya mampu menarik nafas panjang. Macam-macam perangai manusia ni kan? Ada yang menantu baik, keluarga mentua pula naik tocang. Dapat mentua baik, menantu pula perangai macam ‘iblis’.
Harap-harap adalah petunjuk untuk si menantu dan yang paling penting pedoman buat suami yang sepatutnya menjadi pemimpin terbaik kepada keluarganya, bukan terus bersikap dayus. Menangkan isteri sehingga ibu dan adik-beradik sendiri ditolak tepi, terputus silaturahim, ibu sendiri dibuat musuh.
Iktibar untuk kita semua ya.