Highlights

KISAH BENAR – Tiga Bulan Kahwin Tapi… Masih Dara! Tertutup Pintu Hati Mahu Jatuh Cinta Lagi.

gempak
Huda Hussain
25/01/2020
15:30 MYT
Sponsor Banner
KISAH BENAR – Tiga Bulan Kahwin Tapi… Masih Dara! Tertutup Pintu Hati Mahu Jatuh Cinta Lagi.
Hampir setiap minggu bermula Jumaat hingga Ahad, Raden terima pelbagai undangan perkahwinan. Ada yang mengadakan majlis pada siang hari dan tak kurang juga yang melangsungkannya pada sebelah malam. “Orang sekarang kahwin dah tak kira hari.Tak perlu nak tunggu cuti sekolah semata-mata nak buat kenduri,” masih terngiang di telinga Raden ngomelan seorang tetamu yang tidak dikenali duduk semeja dengan Raden kala majlis perkahwinan seorang kenalan minggu lalu. Raden sendiri seronok dan teruja jika menerima kad jemputan daripada sesiapa jua. Apatah lagi daripada saudara mara dan kenalan rapat. Orang nak mendirikan masjid, pastilah kita tumpang gembira bukan? Tidak timbul soal nak melaram mengalahkan pengantin atau sibuk jadi juri mengomel makanan yang dijamu tak sedap. Tetapi yang lebih penting adalah doa yang dititip buat pasangan yang baru melangkah ke alam baru selain megeratkan silaturahim sesama insan.
Kredit Foto: Google
Dalam pada sela-sela masa Raden menggosok baju kurung moden untuk menghadiri dua majlis perkahwinan minggu ini, isyarat ‘ping’ (mesej whatsapp) bertalu-talu menerjah masuk. Raden biarkan sahaja bunyi tersebut berlalu. “Aku tengah sibuk iron baju ni, nanti-nantilah aku reply woi” bebel Raden seorang diri. Masih lagi berbunyi tetapi kali ini diikuti dengan deringan telefon bimbit. Tertera nama Weena di skrin lantas Raden gagahkan jua untuk menjawab. “Kau tak baca whatsapp ke Raden?” pekik Weena di hujung talian tanpa memberi salam atau bertanya khabar terlebih dahulu. Raden sedikit terkejut lalu suis seterika dipadamkan kerana telahan Raden pasti panggilan ini memakan masa untuk dilayan.
“Assalamualaikum Weena. Hai apa khabar?” perli Raden padanya lantas disambut dengan nada terkocoh-kocoh. “Waalaikumussalam. You tak jawab soalan I lagi. Mesti makcik ni tak baca lagi group ‘YinYang’ whatssapp. Dah tertinggal keretapi lah you ni,” ngomel Weena bertalu-talu. “I ada 15 group whatsapp so memang tak boleh nak catch up,” jawab Raden lagi. Seakan boleh membaca intonasi suara Raden yang beransur perlahan, Weena menyambung perbualan “You tahu tak Dayang dah divorce? Dia text dalam whatsapp group tadi,” panjang lagi ngomelannya tetapi pemikiran Raden tidak dapat memproses maklumat yang baru sahaja didengari. Sudah pasti Raden terkejut dengan berita ini. Usia perkahwinan Dayang tidak sampai setahun malah tambah syahdu adalah status Dayang yang bergelar anak yatim piatu selepas kehilangan kedua ibu bapanya yang tidak sempat melihat Dayang ke jinjang pelamin. Masih termangu-mangu, Raden lupa seketika Weena di talian. “Raden…Raden…” jeritnya beberapa kali. Seakan terjaga daripada lamunan, Raden kembali meneruskan perbualan. “We all decide nak jumpa Dayang petang ni, tempat biasa jam tiga,” singkat lagi jelas arahannya dan Raden mengeyakannya.
Kredit Foto: Google
Seperti yang dijanjikan, kami lapan sekawan bertemu. Ini adalah pertemuan pertama kali selepas menghadiri majlis perkahwinan Dayang enam bulan lalu. Perasaan Raden bercampur-baur. Sedih, simpati dan tidak menyangka sama sekali kebahagiaan yang didambakan hancur berkecai begitu sahaja. Terbayang di wajah Raden, kedua ibu bapa Raden yang mewakilkan Raden ke majlis perkahwinan Dayang. Raden tidak dapat pulang ke kampung pada majlis Dayang kerana ada hal kecemasan di tempat kerja. Ayat pertama yang keluar daripada mulut Dayang usai kami berdua bersalaman dan berpelukan adalah “Raden, jangan beritahu Umi dan Walid okey. Insya Allah bila tiba masa yang sesuai, I sendiri akan beritahu,” pintanya bersungguh diikuti dengan takungan air mata di kelopak mata dan Raden hanya mampu mengangguk lemah. Suasana agak kekok pada pertemuan petang itu. Kami seakan tidak tahu bagaimana ingin memulakan cerita. Ingin bertanya bagaimana peristiwa hitam ini boleh berlaku tetapi tidak terluah soalan itu. Tidak seperti lazimnya masing-masing galak bertukar cerita, bergosip itu dan ini hingga kecoh dan riuh dibuatnya. Mengetahui suasana agak janggal, Dayang memulakan bicaranya. “Relakslah you all. I bukannya mati atau kritikal sangat. Tak perlulah buat muka sedih sangat,” ulasnya sekadar mencetuskan suasana ceria namun tidak disambut dengan wajah keriangan kami semua. “Dayang, kami semua sokong you tak kira dalam keadaan apa sekalipun. We all takkan paksa you untuk ceritakan apa sebenarnya yang berlaku between you and your ex. It is up to you,” ujar Hani penuh bersemangat dan disambut dengan linangan air mata Dayang. Malah Dayang terharu dengan sokongan tidak berbelah bahagi kami semua yang sudah mengenalinya sejak sekolah rendah lagi.
Kredit Foto: Google
Tidak mahu menyembunyikan apa yang terpaksa dilaluinya, Dayang mengeluarkan dokumen surat cerai dari beg tangannya. Pelbagai reaksi Raden kesan tatkala dokumen tersebut bertukar tangan. Hani menggeleng kepala, Weena pula mengucap panjang tak kurang juga Zeti yang membaca sambil menggengam erat tangan Dayang tanda belas kasihan. Dan apabila tiba giliran Raden, Raden meminta izin untuk merakamkan foto dokumen tersebut untuk dijadikan rujukan. “Macam mana boleh jadi sampai macam ni Yang”? soal Alya seakan tidak berpuas hati setelah membaca butiran surat tersebut. “You simpan seorang diri Dayang? Kenapa selama ni you tak pernah ceritakan pada kami langsung”? giliran Weena pula bersuara. Dayang membiarkan sahaja kami berteka-teki dan menanyakan soalan antara satu sama lain. Antara butiran yang terkandung di dalam surat cerai tersebut menyebut Plaintif (Khairul) berkahwin dengan Defenden (Dayang) hanya kerana kebanyakan kawan-kawan Plaintif telah berkahwin. Plaintif hanya trial and error terhadap perkahwinan dengan Defenden. Setelah Plaintif berkahwin dengan Defenden tidak wujud cinta dan kasih sayang Plaintif terhadap Defenden. Plaintif tidak mempunyai keinginan dan nafsu untuk melakukan hubungan seksual bersama dengan Defenden. Defenden masih suci dan masih seorang anak dara. Walaupun Plaintif dan Defenden tinggal bersama, namun kami tidak sehaluan dan sependapat. Hampir tiga bulan Plaintif dan Defenden tidak berkomunikasi secara lisan dan kami tinggal di bilik yang berasingan.
Kredit Foto: Google
Raden sendiri berasa geram malah tercetus dendam pada Khairul yang disangka baik akhlaknya berdasarkan paras rupanya tetapi sanggup bertindak sedemikian rupa. Mereka berkahwin atas pilihan ibu Khairul yang berkenan melihat budi pekerti Dayang. Seorang gadis yang santun budinya dan menghormati orang tua adalah antara sebab musabab mengapa Dayang menjadi pilihan untuk dijadikan menantu. Dayang pula tidak menolak pinangan daripada ibu Khairul kerana menyifatkan ia sebagai jodoh yang sudah ditentukanNya. Biarpun Dayang lebih berusia daripada Khairul namun baginya ia bukan kekangan untuk membina rumahtangga yang bahagia. “I pun pelik juga kenapa you seolah-olah mengelak bila kami semua bertanyakan tentang dah ada isi atau belum,” tutur Julia yang cuba mengimbas beberapa kali pertemuan dengan Dayang sebelum mengetahui perkara ini. “I terseksa duduk di Penang dengan dia. Dahlah tidak bekerja cuma freelance sahaja tetapi walau macam mana I sibukkan diri sekalipun I tetap tak bahagia dengan dia. Dia tak layan I seperti layaknya seorang isteri tetapi dia biarkan I macam tunggul dalam rumah tu. Dia cakap I ni wanita yang membosankan, tak tahu berdikari dan macam-macam lagi yang dia hina I. Hati ni meronta-ronta nak kongsi masalah I dengan you all tetapi memikirkan you all semua mesti sibuk uruskan anak masing-masing, I diamkan aje. Hanya adik-beradik I aje yang tahu,” akhirnya terluah jua apa yang Dayang pendam selama ini. Jelas terpancar kelegaan di wajahnya usai memberitahu kesengsaraan yang ditanggung hampir lapan bulan usia perkahwinannya.
“Khairul tak patut buat you macam ni Dayang. Dia dayus!” tegas Weena yang turut marah dan geram dengan tindakan bekas suami Dayang itu. “Dia tak sedar yang dia dera emosi dan jiwa seorang anak yatim piatu. Allah itu maha luas kuasanya Dayang, I yakin suatu hari nanti Allah akan balas setimpal apa yang dia dah buat pada you,” ulas Hani panjang lebar. Raden banyak mendiamkan diri selain menyampuk apabila perlu. Apa yang bermain difikiran adalah kedua ibu bapa Raden yang pasti terkejut jika mengetahui perihal ini kerana mereka juga menganggap Dayang seperti anak sendiri. Seakan memahami apa yang tersirat disebalik hati Raden, Dayang bersuara “You jangan beritahu Umi dan Walid ya Raden. I tahu mesti you susah hati fikirkan tentang diaorang bukan? Tak mengapa Raden, I tahu apa yang I akan buat. Cuma I perlukan pertolongan dan sokongan you aje,” jelasnya lagi.
Kredit Foto: Google
Terfikir Raden sejenak, betapa murah dan sikap ambil mudah generasi hari ini mengenai takrif perkahwinan. Sikap acuh tak acuh terhadap institusi perkahwinan telah menyebabkan golongan anak muda hari ini mengambil jalan penyelesaian mudah untuk bercerai. Buat mereka yang bakal mendirikan rumahtangga, fikirlah semasaknya. Buatlah timbang tara walaupun berpuluh kali. Benar perkahwinan itu sesuatu yang indah namun ia akan lebih bermakna jika pasangan kita juga mampu memberikan yang terbaik untuk mendepani hari-hari mendatang. Juga berkahwin itu bukan sahaja dengan pasangan kita tetapi dengan seluruh keluarganya. Berkat dan restu daripada kedua ibu bapa itu penting agar kalian hidup bahagia. Dan belajarlah menerima kekurangan juga kelebihan pasangan kerana itulah yang melengkapi hidup dalam berumahtangga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live