Highlights

LELAKI KAYA Ternama Tapi Tiada Masa Untukmu, Atau Duit Tak Berapa Ada Tapi Sentiasa Di Sisimu — Kamu Pilih?

gempak
Afiza Kamarulzaman
28/11/2019
05:11 MYT
Sponsor Banner
LELAKI KAYA Ternama Tapi Tiada Masa Untukmu, Atau Duit Tak Berapa Ada Tapi Sentiasa Di Sisimu — Kamu Pilih?
Kisah Salima, 32
Berkahwin dengan Razak, 35. Seorang ahli korporat berjaya, kaya dan sangat dihormati. Memiliki tiga perniagaan yang diuruskan bersama rakan niaganya. Kerap ke luar negara kerana tuntutan kerja.
Salima hanya dapat menghabiskan masa bersama suami tercinta dua ke tiga hari sahaja dalam seminggu. Itu pun selepas jam 10 malam, kadang-kadang jam 3 pagi baru Razak sampai ke rumah kerena terpaksa melayan klien berlibur di kelab-kelab.
Namun, Razak memberikan nafkah zahir yang cukup buatnya. Wang belanja, kad kredit, elaun, rumah banglo, kereta BMW dan segala keperluan Salima tersedia dengan sempurna, malah berlebih-lebih lagi.
Salima bebas untuk menggunakan wang sesuka hati tanpa limit. Salima juga diizinkan Razak untuk pergi bercuti sama ada dengan kawan-kawan atau keluarga.
“Tapi saya tetap tak bahagia. Duit memang tak pernah putus tetapi kasih-sayang kami yang selalu terputus-putus. Kalau telefon pun, hanya beberapa minit saja Razak boleh bercakap.
WhatsApp pun sekadar dibalas “okey”, “take care”, “bye”. Alasannya sama. Sibuk kerja. Sibuk uruskan syarikat. Sibuk melayan klien. Memanglah boleh pergi jalan-jalan dengan kawan tetapi sama ke?
Memang terasa hati ni apabila tengok orang lain berkepit dengan suami ke sana-sini. Sedangkan saya seperti janda layaknya. Kadang-kadang hadiri kenduri atau balik ke kampung pun sendirian.
Sejam masa bersama Razak sangat berharga. Tetapi puas ke apabila suami hanya mampu di genggaman untuk sejam dua? Itu pun harus dikongsi dengan handphonenya. Hari-hari saya rasa sunyi, nak bercakap, bermanja, dibelai, ermm…”

Kredit foto: Google

Kisah Nurul, 30
Berkahwin dengan Faizul, 32. Seorang juru jual di sebuah pusat membeli-belah dengan gaji RM2000 sebulan. Tidak berharta, anak tunggal dan yatim piatu. Rumah masih menyewa dan hanya memiliki sebuah motosikal lama.
Duit simpanan pun kosong. Nurul hanya berjualan online di rumah. Pendapatannya hanya cukup-cukup untuk menampung belanja harian membeli barang makan mereka dan anak seorang.
Gaji Faizul pula habis membayar komitmen setiap bulan. Berbaki dua, tiga ratus cukuplah untuk belanja mereka kalau mahu makan-makan di luar atau jalan-jalan ke taman rekreasi sekali dua.
Nak dikatakan mereka mewah memang jauh sekali. Anak pun diberi makan dan pakai yang murah-murah sahaja. Nurul juga tidak boleh berbelanja sesuka hati. Harus diutamakan pada perbelanjaan yang penting dahulu.
“Walaupun kami tidak mewah, kehidupan ala-kadar dan kadang-kadang harus meminjam juga di hujung bulan tetapi alhamdulillah, Faizul suami yang baik. Dia sentiasa membantu memudahkan kerja di rumah.
Rutin kerja Faizul bermula jam 10 pagi dan akan balik ke rumah tepat pukul 7 petang. Setiap Ahad, Faizul cuti dan kami akan habiskan masa dengan anak. Membawanya ke padang atau jalan-jalan naik motor sekitar rumah.
Faizul sentiasa ada setiap kali saya memerlukannya. Namun, kerana kerap bersama, gaduh pun kerap jugalah. Boleh dikatakan setiap minggu ada saja hal berbangkit, paling kerap tentulah isu duit.
Tetapi gaduh sekejap, kemudian baik semula. Yang penting, saya kenalah bijak berbelanja. Memang banyak benda yang saya kena telan air liur je.”

Kredit foto: Google

Tepuk Dada, Tanya Keinginan
Kesimpulannya, tanya sajalah kepada diri dan hatimu sendiri. Kamu suka yang bagaimana? Apa kehendak diri dan kamu lebih akan bertahan pada situasi yang macam mana? Jangan terikut-ikut dengan kehidupan orang lain. Lain orang, lain kemampuannya menahan diri dalam sesuatu ujian itu.
Maka, kamu harus juga tahu apa yang kamu mahu? Adakah kamu mahu hidup sebagai isteri yang kaya ditaja suami? Tetapi rela berkorban masanya? Atau lebih okey untuk bersuamikan lelaki yang gaji hanya cukup-cukup makan tetapi sentiasa ada di depan matamu saat diperlukan.
Namun, awas! Belanja kewanganmu pasti sedikit ‘bergegaran’.
Apa pun, pilihannya nanti. Seperkara yang mesti kamu ketahui; persiapkan diri dengan ilmu, ketabahan dan kesanggupan walaup siapa pun pilihannya. Kalau tidak mampu, ya boleh sahaja berundur semula tetapi natijahnya?
Bolehkah kamu meneruskan kehidupan ke dua tanpa orangn itu hanya kerana kekurangan yang dimiliki?
Tabahkan hati. Harus tetapkan dalam fikiran bahawa tiada manusia yang sempurna dan Tuhan juga tidak beri semua yang kita mahu dalam satu waktu. Ada pengorbanan yang harus dilakukan demi impian yang diburu.

Kredit foto: Google

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024