,
Highlights

LOCK DOWN Setahun Pun Tak Akan Berjaya Jika Rakyat DEGIL – Lakukan Semua Ini Jika Mahu Menang!

Afiza Kamarulzaman
06/05/2020
11:16 MYT
Kita ambil contoh dua negara paling membangun, antara Amerika Syarikat dan sebuah lagi negara kecil, Taiwan. Bagaimana kedua-dua negara ini menguruskan wabak Covid-19? Antara sebuah negara yang dihuni oleh rata-rata rakyatnya yang ego dan besar kepala berbanding sebuah negara yang dipenuhi oleh rakyatnya yang taat dan sentiasa memberi kerjasama kepada pemimpin.
Isu Covid-19 sudah menjadi isu global dan pandemik apabila membelenggu seluruh dunia dan ia saling berkait antara satu sama lain. Kerana itu, kita promosikan ayat ‘kita jaga kita’ kerana masalah ini hanya akan dapat dilenyapkan dengan kerjasama semua. Ia bukan masalah individu. Selagi dalam satu negara itu mempunyai seorang dua rakyat yang ingkar, maka matlamat tidak mungkin dapat dicapai.
Dalam keadaan vaksin Corona virus ini masih belum ditemui (yang diramalkan hanya akan ada lewat tahun hadapan), maka seluruh dunia menyarankan langkah lock down sahaja sebagai cara pencegahan. Namun, seperti yang kita tahu, ia bukanlah penyelesaian efektif dalam masa yang singkat. Dan, kerana langkah ini juga ia menjejaskan aktiviti ekonomi, sosial dan agama sesebuah negara itu.
Kredit Foto: Astro Awani
Perlaksanaan PKPB Tidak Salah
Akhirnya, semua kita tertanya-tanya, sampai bila semua rakyat harus duduk di rumah tanpa boleh melakukan rutin harian seperti biasa? Sampai bila negara akan jadi seperti padang jarak padang terkukur dengan ekonomi negara semakin tenat dan membimbangkan. Punca pendapatan ramai isi rumah terganggu dan ada yang sehingga tidak punya wang untuk makan. Ini adalah realiti yang berlaku, jangan ditidakkan.
Memikirkan banyak sudut dan isu, maka kerajaan terpaksa membatalkan arahan PKP dengan digantikan dengan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Seperti yang kita tahu PKPB melonggarkan beberapa syarat yang sebelum ini dikawal ketat seperti membenarkan pembukaan beberapa sektor ekonomi negara dan membolehkan perjalanan lebih 10km dengan alasan munasabah.
Jadi, sebagai rakyat Malaysia marilah kita bantu kerjaaan Malaysia dan barisan hadapan kita dengan mengamalkan rutin di bawah ini. Hanya dengan amalan-amalan ini, kita mampu sama-sama mencatatkan kes sifar secepatnya.
Kredit Foto: Facebook
Amalan WAJIB Buat Untuk Lawan Covid-19 Ketika PKPB
  • Amalan mencuci tangan paling utama buat masa ini. Cucilah sekarap yang boleh tidak kira di mana kamu berada. Asalkan kamu habis memegang sesuatu terutama ketika di luar, lekas-lekas cuci tangan, sama ada menggunakan hand sanitizer mahupun air biasa dan sabun.
  • Elakkan menyentuh muka apabila berada di luar. Ini akan memudahkan jangkitan jika virus berpindah dari tangan ke muka.
  • Jadikan amalan memakai mask seumpama kamu memakai wajib. Anggap ia satu uniform mesti ada setiap kali mahu keluar rumah. Dan, rasanya peniaga boleh bantu dengan tidak membenarkan mana-mana individu memasuki premis mereka tanpa memakai topeng.
  • Elakkan berada di luar atau di tengah khalayak ramai jika tidak sihat. Kurungkan diri di rumah. Jangan menyusahkan orang lain.
  • Elakkan berada di situasi atau lokasi yang dihadiri ramai orang. Jika kelihatan sebuah pasar raya itu penuh dengan orang, ambil langkah bijak untuk tidak bersama-sama dalam khalayak tersebut.
  • Tangguhkan urusan yang boleh dibuat kemudian jika tiada kepentingan untuk keluar melakukannya.
  • Didik dan beri kesedaran kepada anak-anak kecil dan orang tua tentang penjagaan diri sepanjang PPKB ini. Bagaimana cuci tangan dengan betul, cara pakai mask dan sebagainya?
  • Jangan sesekali bersentuhan dengan orang di sekeliling. Katakan tidak kepada berjabat tangan. Paling penting, jaga jarak antara kamu dengan individu lain. Masanya untuk menjadi anti-sosial.
  • Buat laporan kepada pihak berkuasa jika terdapat individu atau peniaga yang tidak mengikut SOP yang disarankan. Berhenti menyebar kebimbangan di media sosial sebaliknya jadilah rakyat yang bijak dengan membuat laporan secara terus. Kita bukan mahu menang ‘likes’, kita mahu menang melawan Covid-19.
Kredit Foto: Facebook
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kerajaan Tidak Akan Laksana PKP Besar Besaran

gempak
11/01/2022
14:48 MYT
Namun…
Laman Utama

"Don't Mention The 'L' Word" - Ini Tegas KJ Bila Ditanya Tentang Pelaksanaan Semula Lockdown

gempak
06/01/2022
22:50 MYT
"Don't mention the 'L' word," tegas Khairy Jamaluddin ketika ditanya sama ada kerajaan akan pertimbangkan untuk melaksanakan lockdown semula memandangkan varian Omicron semakin menular dalam negara.
Laman Utama

Langgar SOP PKPB, Neelofa & PU Riz Lepas Tanpa Bebas

gempak
01/12/2021
04:50 MYT
Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas tanpa membebaskan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor bersama suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz terhadap pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai, Mei lalu.
Laman Utama

COVID-19: Kes Masih Belasan Ribu, Sarawak Kekal Yang Tertinggi Dengan 3,660 Kes

gempak
16/09/2021
09:56 MYT
Sarawak Kekal Yang Tertinggi Dengan 3,660 Kes
Laman Utama

COVID-19: Kes Harian Turun Lagi, Selangor Pula Kembali Tinggi!

gempak
14/09/2021
10:22 MYT
Selangor Pula Kembali Tinggi!