Highlights

Lokasi Percutian Bongkar Sifat Kamu – Yang Suka Ke Pulau Tu Pasti Setuju Dengan Huraian Ini…

gempak
Huda Hussain
16/02/2020
15:50 MYT
Sponsor Banner
Lokasi Percutian Bongkar Sifat Kamu – Yang Suka Ke Pulau Tu Pasti Setuju Dengan Huraian Ini…
Kata orang asalkan ada duit ke mana pun boleh pergi. Tetapi sama ada sedar atau tidak, pilihan destinasi atau lokasi percutian anda sebenarnya punya kaitan dengan diri seseorang. Adakah kamu seorang yang penyabar, kuat beremosi, boros atau lebih suka menyendiri? Huraian lokasi percutian ini bongkar sifat kamu.
Kredit Foto: Google
PULAU
Keindahan dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Apatah lagi dapat melihat pemandangan laut luas, seakan bebas rasanya kan? Sama ada pulau di dalam negara mahupun luar negara, kenikmatan dapat mendengar desiran ombak menghempas pantai bagaikan menyuntik semangat baru dalam diri. Nak tahu sifat kamu yang gemar bercuti di pulau? Lihat ini:
Personaliti
Kamu adalah seorang yang bijak mengawal emosi. Inilah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, kamu yang tergolong dalam kategori ini juga disifatkan memiliki jiwa yang agak sensitif dan mudah terasa dan cepat tersinggung.
Kredit Foto: Google
BANDAR BESAR
Ada yang mahu mencari ketenangan dengan bersendirian di tepian pantai dan ada juga yang gemarkan suasana hiruk-pikuk ibu kita agar tidak terus dihimpit kesunyian. Malah tidak kurang yang menyifatkan percutian di bandar-bandar besar mampu memberi kepuasan berbeza dan lebih eksklusif. Kerana mungkin lazimnya di bandar-bandar besar, kemudahan yang banyak dan memuaskan dapat memudahkan perjalanan percutian seseorang. Kamu sukakan percutian di lokasi seperti ini? Ini huraiannya.
Personaliti
Mereka yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri dan tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada masanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Ops… Soal kewangan pula harus diberi fokus kerana mereka mudah membelanjakan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah. Hmmm, pendek kata orangnya agak boros, awas!
Kredit Foto: Google
TAMAN TEMA
Lazimnya destinasi seperti ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang berkeluarga. Tetapi jangan terkejut kerana terdapat segelintir individu yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan di taman tema yang bagaikan mengembalikan memori zaman kanak-kanak mungkin menjadi tarikan utama untuk ke sini. Ada yang suka bercuti ke taman tema? Pasti ini sebahagian sifat dalam diri kamu.
Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai kawan. Mereka suka menghabiskan masa di luar bersama teman-teman. Mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi dan mudah didekati. Sikap keanak-anakan juga antara faktor mengapa ramai gemar mendampingi mereka.
Kredit Foto: Google
BANDAR BERSEJARAH
Bandar bersejarah adalah pilihan utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Lantaran itu tidak hairanlah ada yang benar-benar menjiwai nilai pengorbanan sehingga menitiskan air mata ketika mengimbau perjuangan orang dahulu. Lihat saja di Melaka, pasti sesiapa yang datang akan kagum dengan pengorbanan yang telah ditunjukkan.
Personaliti
Mereka yang gemar bercuti di tempat-tempat bersejarah secara amnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan difahami. Dari segi penampilan, mereka lebih gemar berpakaian ringkas persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.
Kredit Foto: Google
GUNUNG-GANANG
Mendaki gunung, berekspedisi dan menghabiskan masa di hutan adalah momen paling indah bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi sasaran utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.
Personaliti
Individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli-belah atau berbual lama di kafe mewah bersama teman-teman. Bagi mereka, sikap begini hanya merugikan dan tidak memberi makna dalam hidup. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka selain lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka lazimnya bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024