,
Hiburan

Mawar dan Anak POSITIF Covid-19 – Fizo Omar Susah Hati dan Titipkan Doa, Harap Semua Ikut SOP.

Afiza Kamarulzaman
05/01/2021
15:54 MYT
Baru-baru ini, Mawar Karim dan Fizo Omar membuat kenyataan rasmi di instagram masing-masing bahawa Mawar dan anaknya, Mariam disahkan positif Covid-19. Mereka yang dijemput ambulans dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut. Berikut antara titipan kata-kata Fizo di Instagramnya.
Nukilan Fizo Omar:
“Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, sya nak maklumkan bahawa anak sya Wan Maryam, dan bekas isteri sya Mawar telah disahkan positive Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital. Syukur alhamdulillah keadaan mereka stabil. Saya telahpun menjalani Swab test pada 2 jan 2021 dan alhamdulillah keputusannya adalah negative.
Sya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kpd semua front liners yg terlibat bertungkus lumus utk “berperang” dgn Covid-19 demi menjaga keselamatan kita semua. Pesanan kpd semua, jangan ambil mudah dgn COVID-19 dan patuhilah kepada segala SOP kerana ia memberikan kesan emosi yg sangat mendalam apabila terjadi kpd diri sendiri ataupun keluarga anda.
Sya sangat hargai doa anda semua. Semoga Maryam dan Mawar cepat sembuh dan seluruh rakyat Malaysia yg menghadapi cabaran Covid-19 ini.”
#kitajgakita #terimakasihfrontliners #covid_19
Fizo Harap Semua Ikut SOP
Fizo yang dikecualikan menjalani kuaratin kerana tidak berhubung rapat dengan mereka menasihati semua masyarakat agar mengambil langkah berjaga-jaga. Jangan terlalu bebasa walaupun kerajaan memberi kelonggaran kerana virus ini tidak dilihat dengan mata kasar. Selagi tidak dirasai sendiri, selagi itu kita cuai.
Fizo melahirkan rasa sedihnya apabila hanya dapat melihat perkembangan anaknya di video sahaja. Beliau sangat susah hati dan sedih kerana tidak dapat menjenguk mahupun membantu berada di sisi mereka saat ini. Namun, tetap berasa lega dan bersyukur sekurang-kurangnya, Mariam ada ditemani ibunya. Tidak dapat dibayangkan jika Mariam sendirian ditahan.
Sama-sama kita doakan keselamatan Mawar, Mariam dan seluruh rakyat Malaysia agar dijauhi dari wabak ini dan kita dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Isteri Lalui ‘Bad Day’, Ini Cara Fizo Omar Pujuk - “Apa Yang Dia Buat Sangat Amazing”

gempak
27/05/2024
04:55 MYT
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri berkongsi pengalaman berdepan dengan hari yang tidak begitu baik dan lancar buatnya.
Hiburan

“Memang Darjat Ibu Kena Tinggikan Daripada Sesiapa Pun” - Fizo Omar

gempak
27/02/2024
07:55 MYT
Fizo berpendapat doa ibu sangat penting.
Viral

Isu Pengikut Media Sosial Kurang Senang Dengan Mentua, Isteri Fizo Berpendapat – “Masuk Saja Alam Perkahwinan, Kita Tiada Pilihan”

gempak
18/02/2024
09:55 MYT
Fazeera beri pendapat mengenai mentua.
Laman Utama

"Sebelum Ini Saya Rasa Saya Hebat, Famous... Sebenarnya Saya Salah" - Fizo Omar

gempak
09/09/2023
15:49 MYT
Seramai 300 usahawan muda dan pemimpin organisasi bakal dilahirkan melalui inisiatif Innovative School of Management (ISM)
Laman Utama

Fizo Omar & Isteri Timang Cahaya Mata Perempuan Kedua - “Diberi Peluang Untuk Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Ibunya”

gempak
20/05/2023
00:54 MYT
Alhamdulillah tahniah!
Unitar