Hiburan

Mawar Rashid TERINSPIRASI Dengan Penghijrahan Lofa – “Banyak Pahala Kak Lofa, Doakan Mawar Juga Ya...”

gempak
Afiza Kamarulzaman
16/10/2020
07:08 MYT
Sponsor Banner
Mawar Rashid TERINSPIRASI Dengan Penghijrahan Lofa – “Banyak Pahala Kak Lofa, Doakan Mawar Juga Ya...”
Semakin hari, semakin ramai umat Islam (tidak hanya selebriti) memilih untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dengan mendekati ajaran Islam sebenar. Cuba memahami apa yang Allah suka dan murka. Lantas, perlahan-lahan menguatkan hati untuk terus berada di landasan yang betul. Tiada apa lagi yang lebih benar dalam hidup ini selain matlamat menuju alam akhirat kelak.
Selebriti terkenal, Neelofa membuat kejutan semalam apabila memilih untuk mengenakan niqab atau purdah sebagai penampilan barunya. Walaupun sebelum ini, beliau sudah pun nekad untuk mengubah imejnya yang tidak mahu lagi bertudung tapi tidak mengikut syariat, namun tidak sangka pula, sejauh ini Neelofa membuat keputusan.
Alhamdulillah, rata-rata memberi sokongan positif, malah ada yang mengalirkan air mata kala Neelofa mengumumkan penghijrahannya itu. Antara yang mendedikasikan ucapan tahniah ialah pelakon, Mawar Rashid dalam akaun Instagramya yang menyentuh hati. Dia yang memanggil Neelofa sebagai Kak Lofa turut terkejut pada awalnya.
Kredit Foto: IG Mawar Rashid
Menurut Mawar, betapa sayangnya Allah swt dan Rasulullah saw terhadap Kak Lofa lantas memberikan hidayah sebegitu buatnya. Sememangnya hidayah itu milik Allah dan hanya yang benar-benar layak akan memiliknya. Mawar begitu terinspirasi dengan penghijrahan besar Neelofa itu.
Tambahnya, perubahannya hari ini juga didorong oleh perasaan ingin memberikan pengaruh dan inspirasi yang baik kepada followersnya. “Alhamdulillah Allah swt bagi peluang kepada Mawar untuk dikenali ramai orang, ada followers. Mawar fikir, mungkin Allah swt bagi Mawar peluang ini untuk Mawar kongsikan benda-benda yang baik kepada orang yang tengok Mawar...” Coretnya di Instagramnya.
. Katanya lagi, inilah juga faktor mengapa dia memilih untuk berhijrah juga. “Mawar nak menjadi contoh yang baik kepada semua orang yang melihat Mawar.. YOU! You all semua yang baca caption Mawar inilah yang buat Mawar rasa lebih kuat untuk tidak membuat perkara yang tidak baik..”, Luahnya lagi.
Namun, Mawar berharap orang tidak salah faham. Ia bukan bermaksud Mawar berubah kerana manusia tetapi pilihannya untuk menuju destinasi Allah swt. Ketakutan kepada Allah dan rasa mahu dekat dan cinta kepada Allah dan Rasul menguatkan lagi hati Mawar untuk berubah menjadi yang lebih baik. Inilah makna sebenar kebahagian yang dicari.
Dan, Mawar juga tidak nafikan tidak mudah untuk menjadi orang yang dikenali kerana ia jalan yang mudah untuk kita mendapat dosa, tapi kalau dikendali dengan baik mudah juga beroleh pahala,jika setiap platform digunakan sebaik mungkin. Insya-Allah. .
Ketika befikir sendirian, Mawar terdetik di hati, “Ya Allah, betapa besarnya pahala Kak Lofa. Apabila tengok di grup Telegram, Masya-Allah, hebat sungguh perjuangan Kak Lofa itu. Alhamdulillah, bahagia buat Kak Lofa. Mawar doakan Kak Lofa terus istiqomah dalam setiap perintah Allah swt. Teruskan memberi inspirasi kepada kami semua. Allahuakbar... doakan Mawar juga...” Akhirinya di situ.
Masyaa’Allah.. betapa sayang nye ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW terhadap kak lofa.. “Hidayah itu milik Allah SWT” . . Betul2 terinspirasi dengan penghijrahan besar yang kak lofa buat kali ni.. Allahuakhbar ? . . Dari dulu, Mawar sentiasa fikir apa benda yang terbaik Mawar boleh bagi inspirasi kpd followers Mawar.. dan skrg mawar da tau hala tuju mawar.. inspirasi utk ke jalan ALLAH SWT..Alhamdulillah Allah SWT bg PELUANG kat Mawar untuk dikenali ramai orang, ada followers.. Mawar fikir, mungkin Allah SWT bg Mawar peluang ni, untuk Mawar ‘kongsikan’ benda2 yang baik kpd org yg tengok Mawar.. . Dan.. Nilah antara salah satu faktor Mawar berhijrah jugak.. sebab Mawar nk menjadi contoh yang baik kpd semua org yg melihat Mawar.. YOU! you all semua yg baca caption Mawar ni lah yang buat Mawar rasa lebih kuat untuk tidak membuat perkara yg tidak baik kerna benda yg x baik itu boleh dipengaruhi oleh org ? jangan salah faham.. bukan mawar brubah ni sbb manusia.. Faktor utama Mawar pilih destinasi ni, kerana Allah SWT.. Kerana Mawar takut dengan ALLAH SWT.. dan nk dekat dan nakkan Cinta dari Allah & Rasulullah.. nak mencari makna sebenar KEBAHAGIAAN.. jd YOU are my supporters my dear followers ? Sbenarnya bukan mudah utk jadi ‘org dikenali’ ni.. mudah untuk kita mendapat dosa sebenarnya.. dan mudah utk dpt pahala juga.. insyaa’ALLAH ?? . Back to kak lofa, i am so proud of her.. pergi mana2, mesti semua org sebut pasal kan lofa.. semua org terINSPIRASI dengan perjuangan beliau.. Mawar duk fikir sorang2.. besar nye pahala kak lofa.. bile tgk dkt telegram grup tu lagi.. Masyaa’Allah.. hebat sgt2 perjuangan kak lofa.. Alhamdulillah bahagia untuk kak lofa.. Mawar doakan kak lofa terus istiqomah dalam setiap perintah Allah SWT dan teruskan bg inspirasi kepada kami semua. Allahuakhbar ? doakan Mawar jugak semua..
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024