gaya hidup

Memang Anak Itu REZEKI. Tapi ‘Family Planning’ Penting Juga. Itu Pun Dikira Usaha Kita Sebagai Ibu Bapa.

gempak
Huda Hussain
15/12/2021
09:25 MYT
Sponsor Banner
Memang Anak Itu REZEKI. Tapi ‘Family Planning’ Penting Juga. Itu Pun Dikira Usaha Kita Sebagai Ibu Bapa.
Bagi pasangan suami isteri yang sudah punya anak pasti maklum mengenai kepentingan merancang kehamilan. Terutamanya selepas melahirkan anak sulung. Banyak faktor yang perlu diberi tumpuan. Bukan sahaja penting daripada aspek kesihatan dan kondisi ibu yang baru habis berpantang umpamanya, tetapi mengambil kira faktor ekonomi dan kedudukan kewangan keluarga perlu diberi keutamaan.
Maklum sajalah dengan kenaikan haga barang semasa, mana lagi mahu membeli pampers, susu, keperluan dan peralatan bayi yang lain, wang untuk dibayar kepada pengasuh, makan minum seharian, belanja dapur, bil dan utiliti; dan senarai itu semakin berjeda panjangnya. Semua itu melibatkan kos yang bukan sedikit.
Kredit Foto: Google
Maka lantaran itu dalam hal ini pada firasat penulis kurang wajar andai ibu bapa mahu bergantung harap pada rezeki anak. Ya, benar tidak dinafikan hakikat itu ada ‘magisnya’. Sungguhpun begitu, sebagai ibu bapa yang sudah ‘masak’ dan lebih maklum tentang keperluan masing-masing maka menjadi kewajaran untuk tetap mengamalkan perancangan keluarga.
Faedah Merancang Keluarga:
  1. Meningkatkan Kualiti Hidup Wanita, Pasangan dan Anak-anak
Faktor masa umpamanya menjadi kunci dalam skop ini. Ibu bapa mempunyai masa yang sesuai untuk mengajar dan memahami anak-anak. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru mendapat anak sulung. Pastinya jarak kehamilan penting supaya masa yang ada dapat diisi dan dimanfaatkan untuk sama-sama belajar bagaimana menguruskan anak, memahami kerenah dan gelagatnya, bagaimana untuk kawal dan gilap potensi anak dan sebagainya.
  1. Membantu Wanita Merancang dan Menjarakkan Kehamilan Untuk Kesihatan Ibu dan Anak Yang Lebih Baik
Berumur diantara 20 dan 35 tahun adalah kategori usia yang disifatkan sesuai untuk hamil berdasarkan saranan mereka yang berkepakaran dalam soal ini. Selain itu, kelahiran anak terakhir sekurang-kurangnya dua tahun lalu atau mempunyai masalah perubatan yang terkawal dan optima. Dan paling penting adalah tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Kondisi dan persediaan tubuh misalnya bagi ibu amat penting. Keupayaan dari segi mental dan fizikal perlu untuk melalui fasa hamil, melahirkan dan berpantang. Sama ada bersalin secara normal atau pembedahan, faktor kesihatan dan keadaan ibu perlu diberi perhatian sewajarnya.
Kredit Foto: Google
  1. Mengelakkan Kehamilan Yang Tidak Diingini
Oleh kerana itulah kondisi tubuh dan kesihatan ibu penting dalam soal ini. Seeloknya kita tidak mahu si ibu hamil dan melahirkan bayi dalam keadaan berisiko dalam pelbagai sudut.
  1. Menyelamatkan Nyawa Ibu dan Bayi
Penting untuk kita pastikan keselamatan ibu yang hamil dan bayi yang bakal lahir berada dalam keadaan yang sihat. Bagi mengelakkan sebarang risiko, maka dengan itu amalan merancang penting agar si suami juga memahami keadaan isteri dan anak.
Selebihnya antara suami dan isteri perlu ada persefahaman. Suami perlu prihatin dan memahami keadaan isteri, dan begitu juga sebaliknya. Bincang dan perhalusi secara terperinci dalam semua segi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live