Kredit foto: IG @@iqbar_hakim


“SAYA tahu Mami dah tiada tapi sakitnya nak harung perjalanan empat jam setengah itu, hanya Allah saja yang tahu” ujar anak sulung Allahyarham Faziani Rohban, Iqbar Hakim.

Tanggal 18 Jun 2019 genap sebulan Allahyarham Faziani Rohban menghembuskan nafas terakhir. Pemergian yang terkesan lantas dicemburui ramai dan menjentik nurani benari-benar dirasai.

InTrend berkesempatan menemu bual secara eksklusif anak sulung arwah, Iqbar Hakim dan suami arwah, Hj Ahmad Shah Rizal Ibrahim. Sekadar mahu mengetahui bagaimana mereka sekeluarga melalui hari-hari mendatang selepas pemergian arwah yang dicemburui semua.


A post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on




Jika boleh diimbas semula momen Iqbar mendapat berita mengenai pemergian arwah Mami, apa yang Iqbar rasakan ketika itu?

Sebenarnya saya tertidur dek kerana penat menguruskan perniagaan. Saya tidur jam 4 pagi hari Sabtu itu. Kemudian tersedar dan apabila saya lihat telefon bimbit, terdapat 40 miscalled. Hati saya sudah mula membisikkan sesuatu.

‘Apa ni? Takkanlah sebab Mami?’ Soal saya dalam hati. Dan selepas sepupu memaklumkan Mami terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia, saya seakan tidak percaya.

Saya tampar muka saya berkali-kali. Termenung sekejap sama ada betul atau tidak? Hanya selepas beberapa ketika, barulah saya mendapatkan bantuan rakan memandu pulang ke Kota Bharu, Kelantan.




Dalam perjalanan pulang, apa yang berlegar dalam fikiran Iqbar?

Saya hanya mahu cepat sampai. Itu sahaja. Rakan saya yang memandu ketika itu. Tidak boleh saya gambarkan bagaimana perasaan ketika itu? Lima buah trailer kami potong, dan tidak ingat berapa had laju yang dipandu ketika itu.

Umpamanya saya dan rakan membahayakan diri memandu laju hanya semata-mata mahu tiba di rumah secepat mungkin. Dan takdir Allah, saya tiba jam 5.30 petang manakala jenazah Mami sampai di rumah dari Pattani jam 6 petang.

Lepas solat Maghrib jenazah dimandikan, dikafankan, solat dan kira-kira jam 10 malam, jenazah selamat dikebumikan. Masa berlalu begitu pantas dan rezeki arwah, jenazahnya segera diurus dan segala urusan dipermudahkan.

Usai segala urusan, malam itu Iqbar boleh tidur?

Saya rasa hanya mata sahaja terpejam dan tertidur. Sedangkan hati dan minda saya menerawang entah ke mana. Tak tahu bagaimana saya nak cakap. Hinggakan sekarang kalau nak tidur nyenyak pun susah.




A post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on




Bila kali terakhir Iqbar berbual atau berjumpa dengan Mami?

Jumaat malam, kira-kira beberapa jam sebelum arwah meninggal. Itupun kami berbalas WhatsApp soal kerja. Memandangkan saya disini dan Mami di Kelantan, jadi apa-apa yang melibatkan urusan kerja dan kalau saya mahu bertanya khabar; kami selalu berhubung menerusi WhatsApp.

Ada sebarang perubahan mengenai arwah Mami yang mungkin Iqbar dapat rasakan seperti petanda atau apa-apa yang tidak kena mungkin, bak kata orang ‘buang tabiat’?

Ada. Tetapi saya tidak pandang perkara itu sebagai perihal yang serius. Jujurnya, memang arwah banyak bercakap soal nak meninggal, mengenai kematian tetapi saya tidak ambil pusing.

Ya, kita semua tahu kita akan mati dan saya hanya fikirkan ya masa Mami akan sampai tetapi ia sekadar suatu hari nanti. Atau mungkin lambat lagi. Belum lagi. Tetapi tidak menyangka secepat ini dia pergi buat selama-lamanya.


178

← Kembali ke senarai artikel

jun 20, 2019 - 1575

“Memang Sakit RINDUKAN Orang Yang Dah Tiada. Kosong…” — Eksklusif Bersama Iqbar Hakim Selepas 30 Hari Mami Pergi

Mimpi arwah Mami hadir bertelekung putih sambil mengukir senyuman jadi azimat buat Iqbar Hakim kembali bangkit meneruskan legasi D’Nars dan menggalas amanah menjada adik-adik. Anak lelaki arwah yang kacak, berpendidikan dan pewaris empayar Mami!

Oleh: Huda Hussain

Intrend iqbar 1

Kredit foto: IG @@iqbar_hakim

“SAYA tahu Mami dah tiada tapi sakitnya nak harung perjalanan empat jam setengah itu, hanya Allah saja yang tahu” ujar anak sulung Allahyarham Faziani Rohban, Iqbar Hakim.

Tanggal 18 Jun 2019 genap sebulan Allahyarham Faziani Rohban menghembuskan nafas terakhir. Pemergian yang terkesan lantas dicemburui ramai dan menjentik nurani benari-benar dirasai.

InTrend berkesempatan menemu bual secara eksklusif anak sulung arwah, Iqbar Hakim dan suami arwah, Hj Ahmad Shah Rizal Ibrahim. Sekadar mahu mengetahui bagaimana mereka sekeluarga melalui hari-hari mendatang selepas pemergian arwah yang dicemburui semua.

Jika boleh diimbas semula momen Iqbar mendapat berita mengenai pemergian arwah Mami, apa yang Iqbar rasakan ketika itu?

Sebenarnya saya tertidur dek kerana penat menguruskan perniagaan. Saya tidur jam 4 pagi hari Sabtu itu. Kemudian tersedar dan apabila saya lihat telefon bimbit, terdapat 40 miscalled. Hati saya sudah mula membisikkan sesuatu.

‘Apa ni? Takkanlah sebab Mami?’ Soal saya dalam hati. Dan selepas sepupu memaklumkan Mami terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia, saya seakan tidak percaya.

Saya tampar muka saya berkali-kali. Termenung sekejap sama ada betul atau tidak? Hanya selepas beberapa ketika, barulah saya mendapatkan bantuan rakan memandu pulang ke Kota Bharu, Kelantan.

Dalam perjalanan pulang, apa yang berlegar dalam fikiran Iqbar?

Saya hanya mahu cepat sampai. Itu sahaja. Rakan saya yang memandu ketika itu. Tidak boleh saya gambarkan bagaimana perasaan ketika itu? Lima buah trailer kami potong, dan tidak ingat berapa had laju yang dipandu ketika itu.

Umpamanya saya dan rakan membahayakan diri memandu laju hanya semata-mata mahu tiba di rumah secepat mungkin. Dan takdir Allah, saya tiba jam 5.30 petang manakala jenazah Mami sampai di rumah dari Pattani jam 6 petang.

Lepas solat Maghrib jenazah dimandikan, dikafankan, solat dan kira-kira jam 10 malam, jenazah selamat dikebumikan. Masa berlalu begitu pantas dan rezeki arwah, jenazahnya segera diurus dan segala urusan dipermudahkan.

Usai segala urusan, malam itu Iqbar boleh tidur?

Saya rasa hanya mata sahaja terpejam dan tertidur. Sedangkan hati dan minda saya menerawang entah ke mana. Tak tahu bagaimana saya nak cakap. Hinggakan sekarang kalau nak tidur nyenyak pun susah.

Bila kali terakhir Iqbar berbual atau berjumpa dengan Mami?

Jumaat malam, kira-kira beberapa jam sebelum arwah meninggal. Itupun kami berbalas WhatsApp soal kerja. Memandangkan saya disini dan Mami di Kelantan, jadi apa-apa yang melibatkan urusan kerja dan kalau saya mahu bertanya khabar; kami selalu berhubung menerusi WhatsApp.

Ada sebarang perubahan mengenai arwah Mami yang mungkin Iqbar dapat rasakan seperti petanda atau apa-apa yang tidak kena mungkin, bak kata orang ‘buang tabiat’?

Ada. Tetapi saya tidak pandang perkara itu sebagai perihal yang serius. Jujurnya, memang arwah banyak bercakap soal nak meninggal, mengenai kematian tetapi saya tidak ambil pusing.

Ya, kita semua tahu kita akan mati dan saya hanya fikirkan ya masa Mami akan sampai tetapi ia sekadar suatu hari nanti. Atau mungkin lambat lagi. Belum lagi. Tetapi tidak menyangka secepat ini dia pergi buat selama-lamanya.

Perubahan ketara yang Iqbar rasakan kini selepas pemergian arwah Mami?

Semakin lama kian terasa. Apa yang lebih ketara adalah dari segi tanggungjawab. Jika sebelum ini saya hanya fikir soal diri dan keluarga sahaja. Tetapi lepas ni saya perlu fikir perihal staf, orang sekeliling dan menguruskan perniagaan secara khasnya.

Ada mimpikan arwah selepas ketiadaannya?

Ada, tiga hari selepas arwah meninggal. Dalam mimpi itu, arwah Mami datang memakai telekung putih dan hanya tersenyum sahaja tanpa berkata apa-apa. Dan melihatkan senyumannya dalam mimpi itulah yang menguatkan saya hari ini.

Umpamanya, kehadiran arwah Mami dalam mimpi itu yang banyak beri kekuatan, memberi semangat untuk saya jalani kehidupan seperti biasa hingga hari ini.





A post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on





Bila masanya yang Iqbar benar-benar mampu bangkit (walaupun tidak boleh move on sepenuhnya) tetapi masih mampu berjumpa orang sekeliling, bisa tertawa dan jalani hidup seperti biasa?

Keesokan hari selepas saya mimpi arwah Mami. Barulah saya update Instagram seperti biasa. Memandangkan saya suka menulis, maka saya manfaatkan medium media sosial untuk berkongsi cerita mengenai arwah.

Saya tulis tentang perihal arwah yang banyak memberi motivasi dan sebagainya. Selain itu, pengikut Instagram juga banyak membantu memberi kata-kata semangat dan positif. Umpamanya semakin hari semakin saya kuat berdepan dengan realiti.

Jika rindukan arwah Mami, apa yang Iqbar buat?

Dengar semula apa yang arwah Mami leterkan (tersenyum). Buka balik WhatsApp dan dengar voice note arwah. Tonton semula video-video arwah. Terubat sedikit kerinduan apabila mendengar suaranya.

Saya takkan delete segala perbualan dengannya. Itulah bekal saya kala melayan lara rindukan kepadanya. Selain itu apabila saya teringatkan arwah, saya akan bacakan Al-Fatihah.

Andainya tidak tertanggung rasa sedih itu, saya akan menangis. Ada masa-masanya saya tidak mampu sekat dan menahan daripada mengalirnya air mata. Ia membuatkan saya lega seketika.

Sekurang-kurangnya itu yang saya mampu untuk meluahkan perasaan. Seperkara lagi, saya fikir tidak boleh terlalu melayan rasa sedih, terkenangkan pemergiannya berlama-lama. Saya sematkan dalam minda, saya perlu kuat demi meneruskan amanat perniagaan arwah dan untuk adik-adik.

Apa yang mungkin merisaukan Iqbar kini?

Soal perniagaan mungkin tidak menjadi perkara utama untuk saya bimbangkan atau merasakan satu bebanan menguruskannya. Kerana saya memang minat berniaga. Tetapi saya lebih risaukan adik-adik.

Membantu menguruskan perniagaan ini memerlukan saya berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Saya tidak dapat tengok-tengokkan mereka selalu.

Jadi, apabila dapat bersemuka dengan adik-adik, melihat apa yang mereka buat menjadi satu kelegaan. Tetapi apabila tidak melihat mereka, rasa khuatir dan bimbang itu ada.






A post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on




Apa pesanan terakhir arwah Mami?

Teruskan apa yang kami lakukan seperti biasa. Jaga keluarga dan bisnes. Pada saya itu bukan pesanan terakhir tetapi itulah yang selalu dipesan.

Memandangkan arwah meninggal minggu ke dua bulan Ramadan dan kita semua mulai sibuk melakukan persediaan menyambut Syawal. Apa yang membuatkan Iqbar rindu yang teramat dalam dengan arwah Mami apabila bercakap perihal Lebaran?

Suasana di pagi Raya. Susah rasanya nak berhadapan dengan realiti pagi itu. Kami adik-beradik mula rasa janggal. Dah kurang seorang ahli keluarga kami.

Pada saya, mungkin kalau ketiadaan adik-beradik perasaan itu lain. Tetapi apabila kehilangan ibu, sakit dan peritnya sukar untuk saya gambarkan.

Pemergian Mami kami sifatkan sebagai sesuatu yang mengejut. Jika dia sakit, ia soal lain. Mungkin kita boleh persiapkan mentaliti. Tetapi berhadapan dengan pemergian Mami yang secara tiba-tiba, sesuatu yang sukar untuk kami hadam namun kami akur dan redha.

Syurgalah hendaknya tempatnya di sana.

Bagaimana pula dengan Papa?

Papa Alhamdulillah semakin hari semakin okey. Tetapi sejauh mana dia kuat itu saya tidak pasti. Kerana maklum sajalah, hubungan suami isteri ini lain perihalnya.

Mungkin Papa belum seratus peratus pulih atau recover sepenuhnya kerana saya maklum pasti mengambil masa yang lama untuk dia membiasakan diri, menerima semua ini. Mungkin dua atau tiga bulan.


A post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on



Penerimaan adik-beradik pula bagaimana?

Mereka perlu banyak diberi kekuatan dan peringatan dari aspek psikologi. Misalnya saya ingatkan adik-adik, “Kita akan jumpa Mami balik nanti. Mami kat syurga sekarang.

Mami ada je tengok kita tapi kita tak nampak Mami.” Terutama sekali bagi adik-adik yang kecil. Yang bongsu baru berumur enam tahun. Ada juga kadang-kadang dia bertanyakan soalan yang tidak terjangkau dek akal seperti, “Siapa yang ganti Mami?”“Tak apalah, biar adik je yang ganti”.

Selepas arwah Mami tiada, saya perhatikan adik-adik semakin pandai menguruskan diri dan berdikari juga dalam masa sama lebih matang. Walaupun arwah sudah tiada tetapi arwah sudah ajar mereka dari awal.

Mereka tahu apa yang perlu dibuat, itu dan ini. Pada saya apabila mereka sudah berdikari dari awal, Insyallah mereka besar kelak ia akan memudahkan mereka untuk survive mengharungi hidup ini.

Selain suasana pagi Raya, apa lagi perkara yang membuatkan Iqbar rindukan Mami?

Saya rindu dengan kiriman WhatsApp daripadanya yang berkisarkan soal kerja. Sebab itulah rutin kami setiap hari. Dua bulan lepas, kali pertama saya bersiaran di televisyen untuk mempromosikan produk D’Nars.

Selepas tamat sesi itu, Mami akan terus WhatsApp saya. Beri komen dan ulas semula apa yang saya cakap ketika bersiaran.

Sama ada okey atau apa yang perlu dibaiki, dia akan beritahu. Seminggu selepas arwah pergi, saya perlu muncul sekali lagi untuk siaran secara langsung sebuah stesen televisyen. Dan selepas tamat program, saya rasa pelik dan janggal pula.

Rasa ada sesuatu yang tak lengkap. Baru tersedar yang Mami dah tak WhatsApp lagi, Mami tidak akan komen apa-apa dah. Umpamanya rasa kekosongan ketika itu.


A post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on



Hanya selepas pemergian arwah barulah kita semua maklum mengenai sifatnya yang amat pemurah. Terlalu banyak sedekah, bantuan, zakat dan sumbangan lain disalurkan. Memang sifat arwah begitu?

Memang sikapnya begitu, dari dahulu lagi. Mami kalau boleh mahu sumbangannya itu umpama tangan kanan memberi, tangan kiri pun tak perlu tahu.

Malah itu juga dituntut, menghulur sedekah tanpa perlu dihebah-hebahkan kerana kalau dicanang, bukanlah sedekah namanya. Tidak ikhlas pula nanti. Dan takkanlah pula saya mahu menguar-uarkannya. Kerana terbukti amal jariah yang arwah Mami yang ‘bercerita sendiri’.

Alhamdulillah syukur, semua yang kami dengar cerita yang baik-baik sahaja.

Sifat arwah Mami yang Iqbar contohi dan boleh dijadikan ikutan ramai?

Sikapnya yang selalu pemurah. Sudah terbentang di hadapan mata kita kebaikan amal jariah dan sedekahnya.

Hinggakan saya fikir, bukan saya saja tetapi orang lain turut sama akan terikut atau mungkin terinspirasi untuk berbuat yang sama seperti arwah. Sedekah dan zakatnya hingga ini masih berterusan.

Seperkara mengenai arwah, kalau dia terserempak dengan sesiapa pun dia akan sedekah. Tidak kiralah ke mana dia pergi. Kalau berjalan di kaki lima, ke tandas misalnya; tangannya ringan hulurkan sedekah.




Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!

Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!

Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri

Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri

Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”

Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”

Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”

Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”

Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”

Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”

Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini

#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini

Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”

Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”

Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”

Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”

Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang

Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang

Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?

Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?

Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.