,
Terkini

Naim Daniel Teruja Dapat Berlakon Bersama Rosyam Nor Dalam Siri i.D – “Saya Lebih Kepada Excited Sebenarnya Cumanya…”

Umirah Halim
23/02/2024
13:00 MYT
Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel meluahkan rasa keterujaannya ketika diberi peluang bergandingan bersama aktor hebat, Datuk Rosyam Nor di dalam drama bersiri i.D.
Walaupun hanya sempat beraksi bersama dalam satu babak, bagi Naim, pengalaman tersebut sangat berharga baginya.
“Saya kenal Rosyam Nor dah lama cuma tak pernah berlakon sekali. Saya lebih kepada excited je sebenarnya cumanya saya berlakon dengan dia satu scene sahaja.
“Tetapi satu scene ini bermakna bagi saya sebab scene itu memang best sangat,” katanya ketika ditemui Gempak.

Berita Trending: Aedy Ashraf Sanggup Bleach Rambut Demi Hidupkan Watak Jazman Rahim

Dalam pada itu, Naim ketika ditanyakan tentang meminta bimbingan/tunjuk ajar untuk berlakon daripada Rosyam Nor, Naim menjawab;
“Dia banyak cerita banyak tentang zaman kegemilangan dia dulu lah, saya tidak lah directly meminta dia untuk mengajar tetapi dia suka bercerita.
“Rosyam Nor memang seorang story teller jadi dia memang suka bercerita sahaja pengalaman dia dulu,” ujarnya lagi.

Berita Trending: Naim Daniel Cabar Diri Main Dua Karakter Yang Berbeza Di Dalam Naskhah I.D

Untuk pengetahuan, siri drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat pelakon terkenal tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi) dan ramai lagi.
Saksikan I.D bermula bermula 23 Februari, setiap Jumaat jam 9 malam.
Siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 ini bakal bersiaran pada 23 Februari, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.
Sinopsis I.D
I.D, mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.
Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lee Minho Cadang Berkahwin - "Saya Rasa Sudah Tiba Masanya Untuk Saya ..."

gempak
25/08/2024
13:55 MYT
Pelakon lelaki Korea terkenal, Lee Minho menyatakan bahawa dia ingin mempunyai keluarganya sendiri pada masa hadapan.
Hiburan

Baim Wong Kongsi Pengalaman Bekerja Bersama Anna Jobling - “Dia Memang Bagus, Cuma Dia..”

gempak
20/08/2024
12:55 MYT
Pelakon dari seberang, Baim Wong tampil berkongsi pengalaman sewaktu di set penggambaraan bersama aktres Anna Jobling menerusi filem pertama arahannya iaitu, Lembayung.
Hiburan

Rosyam Nor Rancang Buka Lebih Banyak ST Rosyam Mart Bermula Tahun Depan

gempak
03/08/2024
21:55 MYT
Pelakon Datuk Rosyam Nor mewakili suara kebimbangan pelanggan-pelanggan ST Rosyam Mart mengenai kenaikan harga barang akibat peningkatan harga diesel.
Hiburan

X-Change: Ikut Plot & Karakter, Hariz Hamdan Akan Terus Lakonkan Babak ‘Daring’

gempak
27/07/2024
02:55 MYT
Pelakon Hariz Hamdan menyatakan akan sentiasa mempertimbangkan untuk melakonkan mana-mana babak dalam drama yang memerlukan dirinya untuk membuat aksi ‘daring’.
Hiburan

Kilafairy Tolak Tawaran Berlakon Di Hospital, Masih Trauma Dengan Pemergiaan Arwah Ibu - “Saya Rasa Perasaan Ini Akan Ada…”

gempak
16/07/2024
00:55 MYT
Sudah lebih setahun ibunya yang juga penyanyi, Allahyarham Rohana Jalil meninggal dunia, namun pelakon dan penyanyi Kilafairy, 30, mengakui masih belum mampu mengendalikan trauma kehilangan dengan baik.