gaya hidup
Nak Isteri Jadi BIDADARI Syurga, Suami Juga Perlu Jadi Imam Penyuluh Cahaya, Bahagianya Rumah Tangga.
Bukan mudah menjadi pemimpin, apa lagi memimpin isteri dan keluarga sendiri. Ada orang mampu menjadi ketua terbaik di tempat kerja, namun belum tentu dapat mengetui keluarganya sendiri. Ada pemimpin mampu memimpin negara dengan bijaksana, namun belum pasti boleh mengemudi keluarga sendiri ke jalan lurus.
Begitulah kita sebagai khalifah di muka bumi ini, penuh tanggungjawab tapi sarat juga kelemahan. Maka, apa jua yang ingin dilakukan, berbaliklah kepada agama dan ilmu yang diamalkan. Tiada sumber rujukan yang lebih baik melainkan apa yang terdapat dalam ajaran agama kita, maka kenapa perlu buntu mencari penyelesaian lain?
Kredit Foto: Google
Semua orang mengimpikan sebuah keluarga yang harmoni yang akhirnya akan bersatu bergembira di taman syurga. Namun, syurga itu terlalu mahal harganya. Untuk mendapatkan seseuatu yang mahal, banyak pengorbanan perlu dilakukan. Begitulah kalau mahu membawa isteri dan anak-anak ke syurga.
Suami perlu tahu bagaimana cara dan amalannya agar tiada seorang dalam ahli keluarganya yang keciciran di negari abadi kelak? Maka perelokkanlah akhlak isterimu, maka isterimu pula akan menyempurnakan akhlak dan jiwa anak-anak. “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum perempuan, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka” (QS an-Nisaa’: 34).
Kredit Foto: Google
Peranan Suami Dalam Menjadikan Isteri Solehah:
- Beriman dan bertakwa – inilah ciri-ciri paling utama untuk menjadi suami yanng bertanggungjawab dunia akhirat. Ia bukan dimiliki dari kecil, ia boleh dididik dalam diri menerusi ilmu, dan kemudian diamalkan. Suami yang sarat jiwanya dengan iman, pasti saja dapat membentuk isteri yang baik.
- Cukupkan keperluan keluarga – tugas utama seorang suami pastinya mencari nafkah buat anak isteri. Maka, usahalah sedayanya untuk memberi kecukupan dan keselesaan buat mereka agar mereka tidak kekurangan.
- Tunjuklah contoh teladan yang baik - jika mahu acuan yang sama terbentuk kepada isteri dan anak-anak yang melihat, jadilah idola buat mereka. Jadikan kamu seorang tunggak keluarga yang dihormati dan dibanggakan.
- Berbakti kepada orang tua – tidak kira sama ada orang tuamu sendiri atau ibu ayah isteri. Dengan ini kamu juga menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dan menyejukkan isteri isteri akan kebaikan suami itu.
- Doa dan reda kepada isteri – jangan sesekali tinggalkan doamu buat isteri, sentiasa reda dan maafkan isteri walau ada perbuatannya yang menyakiti hatimu. Ingatlah, reda Allah kepada isteri terletak juga pada reda suami terhadap isterinya.
- Banyakkan memberi nasihat – nasihatlah isteri dengan sebaik-baik kata-kata dan selembut-lembut lisan. Jika ada salah silapnya segeralah diperbetulkan dengan hujah-hujah yang mudah untuk isteri fahami.
- Banyakkan bersabar – kekuatan seorang suami terletak pada tinggi kesabaran yang ada dalam dirinya kala melayan kerenah isteri. Hati isteri sangat rapuh tidak boleh dididik dengan kekerasan. Berlemah-lembutlah dan tenang melayaninya.
- Cukupkan ilmu isteri – menjadi tanggungjawab suami untuk mendidik isteri dengan ilmu bermanfaat. Selalulah membawa isteri ke majlis-majlis ilmu dan sama-sama menelaah pelajaran agama, bersoal jawab dengannya dan saling mencari penyelesaian dalam sebarang kemusykilan.
- Imam di rumah – Sesekali jadilah imam dalam solat berjemaah bersama ahli keluarga. Sudahi solat jemaah dengan sedikit takzirah atau berpesan-pesan.
- Sentiasa ambil berat – prihatin dan pekalah dengan masalah atau perubahan yang berlaku kepada isteri. Ada kala isteri bukanlah mahu penyelesaian sangat tapi lebih kepada pendengar yang sudi melayani luahan hatinya.
Must-Watch Video