gaya hidup

Nak ISTERI SOLEHAH, Lemah Lembut? SUAMI Dulu Perlu SOLEH Dan LEMAH LEMBUT. Kerana Isteri Adalah Cerminan Suaminya.

gempak
Huda Hussain
27/03/2021
04:49 MYT
Sponsor Banner
Nak ISTERI SOLEHAH, Lemah Lembut? SUAMI Dulu Perlu SOLEH Dan LEMAH LEMBUT. Kerana Isteri Adalah Cerminan Suaminya.
Menjalani hidup sebagai suami isteri sememangnya menuntut kesabaran, persefahaman, tolak ansur dan banyak lagi. Contohi apa yang dilalui emak ayah kita. Bagaimana mereka bersabar hinggalah ajal yang memisahkan mereka di dunia ini. Teladani dan ceduk apa yang baik daripada pasangan suami isteri untuk kita adunkan dalam acuan perhubungan kita suami isteri.
Dan semestinya setiap yang berkahwin mengimpikan rumahtangga yang berkekalan hingga ke Jannah. Namun untuk sampai ke destinasi abadi itu bukanlah mudah. Asam garam rumahtangga, tengkar-rajuk-pujuk dilazimi hinggalah keserasian dicapai antara keduanya. Berbicara mengenai impian, sudah pasti kita mahukan yang terbaik untuk pasangan dalam membentuk rumahtangga kita sendiri kan? Ada yang mendambakan suami alim persis Neelofa dan PU Riz, tak kurang juga yang mengimpikan suami sporting dan penyayang seperti Alif Satar, atau suami brutal dan kelakar tetapi pegangan agama tetap menjadi tunjang dalam keluarga mirip Johan.
Kredit Foto: Google
Waima apapun impian kita, jika mahukan yang terbaik, mahukan isteri solehah dan lembut tutur bicaranya; maka si suamilah yang perlu membimbing. Tunjukkan cara, didik dan asuh berlandaskan agama. Seperti yang dipetik daripada nukilan Mealova Gifts, ada kebenarannya jika diperhalusi sedalamnya.
Psikologi Dalam Rumahtangga: “Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa.”
Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar. Kerana itu, mereka bertengkar setiap hari. Atas alasan seringnya bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim. Akhirnya, mereka bercerai dan sang suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. Sang mantan isteripun tak lama kemudian berkahwin lagi.
Mereka masih belum dikurniakan anak. Perkahwinan baru keduanya masing masing berjalan dengan sangat lancar.Tetapi selepas berkahwin, isteri baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumah tangga mereka berakhir sama seperti yg dulu, sedikit sedikit bertengkar. Isteri barunya bahkan tidak mahu mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri.
Kredit Foto: Google
Rakan saya merasa nasibnya tidak baik, mengapa ia selalu memilih isteri yang kurang baik, setiap hari ia mengeluh. Sampai suatu hari, di suatu majlis makan malam ia secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas isterinya. Pada awalnya kedua lelaki ini tidak bercakap apa apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama.
Akhirnya rakan saya tak boleh menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumahtangga mereka. Suami baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara. Ia berkata, “Isteri saya adalah wanita yang sangat hebat, sangat perihatin dan lembut, ia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Juga sangat menyayangi saya, ia sentiasa bersikap baik kepada ibu bapa, saudara, dan teman teman saya. Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya perlukan perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali. “
Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu ia sama sekali tidak menyedarinya? Pasti ini semua cuma bualan suami baru isterinya ini untuk membuat dia bingung. Tak lama kemudian, kebetulan sekali lagi, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan suami barunya sedang membeli-belah. Dia bersembunyi dan memerhatikan, akhirnya ia menyedari pasangan itu benar benar bahagia.
Kredit Foto: Google
Kebahagiaan itu boleh dilihat dari senyuman bekas isterinya yang selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan lembut yang diberikan oleh lelaki di sebelahnya itu. Sebenarnya, di bermacam situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua bergantung pada lelaki. Pada detik wanita memutuskan untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia bersama suaminya. Walaupun dalam perkahwinan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi.
Saat anda merasa tidak puas dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi. Jadi, jika anda mahukan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat. Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi “isteri seseorang” mempunyai potensi menjadi malaikat. Saat anda boleh melakukannya dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk sesosok malaikat yg sempurna.
Kredit Foto: Google
Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki. Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki. Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki. Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki. Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki. Kerosakan wanita adalah hutang lelaki.
Wanita adalah sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yang dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu. Umpama satu peribahasa melayu, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024