Highlights

Pelihara KESIHATAN dan Kecantikan Walau Ketika PKP – Takut Lepas Berkurung; Berat Naik, Lesu, Penyakit Lain Datang.

gempak
Afiza Kamarulzaman
11/04/2020
14:40 MYT
Sponsor Banner
Pelihara KESIHATAN dan Kecantikan Walau Ketika PKP – Takut Lepas Berkurung; Berat Naik, Lesu, Penyakit Lain Datang.
Kita tidak mahu pula nanti, lepas habis Perintah Kawalan Pergerakan ini nanti, timbul pula tekanan dan masalah lain kepada diri. Bukankah seronok kalau kemenangan menentang Covid-19 ini kita raikan dengan penampilan diri kita yang lebih baik atau setidak-tidaknya tidak berubah banyak, maksud penulis perubahan ke arah yang negatif seperti kenaikan berat badan yang melampau, kulit wajah bermasalah dan lain-lainnya.
Kita juga tidak mahu selepas itu nanti akan timbul pula penyakit lain yang juga berbahaya untuk diri kita, seperti kencing manis, darah tinggi, gout, gerd dan sebagainya. penyakit-penyakit ini juga berbahaya dan boleh memudaratkan. Jadi, sebaiknya masa yang ada ini kita manfaatkan dengan ilmu dan kebaikan dan bukannya mendatangkan kemudaratan sampingan. Ya, kita harus terus duduk di rumah tetapi duduk bukan bererti menambahkan masalah kesihatan lain.
Kredit Foto: Google
Kawal Pemakanan
Ada yang kata tak apalah, makan saja apa mahu dimakan, asalkan saja kita duduk di rumah. Boleh makan tetapi lihatlah jenis kalori dan kuantitinya juga. Kurangkan pengambilan makanan berminyak, bergula, bergaram dan terlalu tinggi karbohidratnya. Seimbangkan antara makan pagi, tengah hari, petang, malam dan kudapan.
Banyakkan Bergerak
Bukan boleh ke gimnasium atau berlari di luar rumah. Betul. Buatlah apa sahaja aktiviti yang boleh di rumah, asalkan sahaja boleh mengeluarkan peluh. Buat kerja rumah atau cuci kereta pun dikira sebagai senaman. Tiada alasan untuk tidak mengeluarkan peluh walaupun hanya berjalan dari ruang tamu ke dapur berulang kali.
Teruskan Rutin Jaga Muka
Ini penting walaupun duduk di rumah, kekalkan amalan mencuci, menyegar dan melembapkan kulit wajah setiap hari. Dan, pada siang hari, tetaplah memakai tabir suria kerana sinar UV tetap boleh menembusi ruang di dalam rumah.
Kredit Foto: Google
Ambil Suplemen, Vitamin C
Dan sebagainya seperti yang disarankan doktor untuk meningkatkan stamina badan dan antibodi. Dalam keadaan sekarang, pertahanan imun badan sangat penting agar kamu tidak mudah diserang penyakit.
Dapatkan Cukup Tidur
Aktiviti tidur lebih baik daripada hanya makan, makan dan makan. Namun, jangan terlebih tidur pada siang hari kerana ia membuatkan badan menjadi lesu. Tidur hanya untuk seketika sekitar jam 12 tengah hari. Dapatkan kualiti tidur yang baik ketika malam harinya. Jangan berjaga pada waktu malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024