Kredit foto: Radiusite

KOLEKSI busana pengantin Ika Radiusite yang mula diperkenalkan pada Ogos 2017 amat menekankan gaya minimalis dan manis untuk digayakan khusus buat bakal pengantin.

Pengasas Radiusite, AtikahnAshari mempunyai minat yang mendalam terhadap industri fesyen sehingga sentiasa mencari kelainan dalam setiap perniagaan yang diceburinya bermula dengan Radiusite, Dreemika dan Dreemikids seterusnya yang terbaru Ika Radiusite.

Menampilkan koleksi busana pengantin yang berkualiti tinggi dengan harga menarik, ia sesuai menjadi pilihan buat bakal mempelai. Pelanggan boleh memilih baju pengantin dengan saiz sedia ada atau tempahan khas.

Kredit foto: Radiusite

Kredit foto: Radiusite

Kredit foto: Radiusite

DIPERINDAH ‘LACE’ BERKUALITI

Selain itu juga, Koleksi Busana Pengantin Ika Radiusite turut menawarkan servis pre order buat mereka yang ingin menggayakan koleksi Ika Radiusite pada harga mampu milik, berpatutan serta berkualiti.

Bagi team Ika Radiusite, “Kami mahu bakal pengantin bergaya pada hari bersejarah itu dengan rekaan busana pengantin yang ringkas tetapi tetap terlihat cantik dan elegan. Dan kerana itu kami amat menitikberatkan pemilihan fabrik renda yang bukan sahaja cantik tetapi berkualiti.”

Kredit foto: Radiusite

Lebih menarik dan istimewa, bagi memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat, Ika Radiusite turut menawarkan koleksi bagi bakal mempelai yang mempunyai bajet khusus pada kos yang lebih rendah.

Antara koleksi baju kurung pre order yang ditawarkan seperti Divya Kurung, Prisha Kurung dan Akisa Kurung. Bermula dengan saiz XS hingga saiz 2XL. Koleksi ini menampilkan warna pastel yang sesuai digayakan bakal ratu sehari seperti putih, mint green, dusty pink, baby blue, light grey, soft peach, dan krim.

Disertakan dengan selendang percuma, bakal pengantin boleh memilih rekaan pre order pada harga bermula daripada RM399 hingga RM999.

UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT:

• Laman Web: www.radiusite.com.my • Instagram: @radiusite • Facebook: Radiusite

Kredit foto: Radiusite

Kredit foto: Radiusite