Highlights

Perintah Kawalan Pergerakan – Demi Keselamatan, Kebaikan dan Kesihatan KITA Semua. Ayuh Malaysia, Beri Kerjasama!

gempak
Huda Hussain
19/03/2020
08:11 MYT
Sponsor Banner
Perintah Kawalan Pergerakan – Demi Keselamatan, Kebaikan dan Kesihatan KITA Semua. Ayuh Malaysia, Beri Kerjasama!
Hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa, saya percaya semua rakyat Malaysia tak lekang dengan telefon bimbit dan menonton televesyen untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini Covid-19 yang melanda negara kita. Tetapi malangnya ada yang ingkar dengan arahan yang diberi. Masih ada lagi yang duduk melepak di kedai kopi, bersiar-siar, berjogging dan lain-lain. Allahu... Apakah sukar bagi anda untuk memahami sepenuhnya arahan mudah ini? Berulang kali diingatkan dan bermula semalam juga pihak polis sudah mula melakukan sekatan jalan raya. Peringatan demi peringatan terus diberi dan jika masih berdegil, hukuman lebih berat menanti.
Kredit Foto: Google
Dan dalam sela-sela masa ini, tatkala saya dan suami bersama anak-anak menjalani rutin harian di rumah terus terfikir, bagaimana agaknya penjual-penjual di tepi jalan meneruskan kehidupan. Apatah lagi bagi mereka yang bergantung kepada pendapatan harian hasil jualan setiap hari. Sudah pastinya terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Namun, apakan daya, sudah itu yang dirancang terbaik untuk kita bagi mencegah penularan wabak ini terus menjangkiti manusia.
Kredit Foto: Google
Terbayang wajah mereka yang sentiasa ceria dan ramah menyambut pelanggan. Macam manalah agaknya makcik yang menjual nasi lemak, kakak jual goreng pisang, pakcik jual air tebu, abang jual burger dan ramai lagi. Memandangkan arahan dikuatkuasakan, aktiviti jual beli di pasar pagi, pasar malam dan seangkatan dengannya tidak lagi boleh beroperasi demi mengelakkan penularan wabak ini. Harapnya semua baik-baik saja dan ada pelan susulan sepanjang tempoh ini.
Kredit Foto: Google
Allahu… Sungguh tidak mudah melalui tempoh ini. Ya, kita semua diuji dan terkesan dengan situasi ini. Walau tidak mampu berjuang di barisan hadapan namun kita semua punya ‘struggle’ tersendiri. Apatah lagi kini pertengahan bulan, pasti ada yang bercatu makan sementara menunggu gaji. Atau mungkin tak ramai yang mampu membeli barang keperluan seperti makanan tatkala ramai yang menerpa membuat pembelian panik tempoh hari. Ada juga yang berkira-kira selama mana lagi mampu bertahan wang dalam dompet sehingga gaji. Dan saya menghela nafas panjang.
Semoga masih ada kekuatan dan daya kita untuk menempuh hari-hari mendatang. Jangan berhenti daripada memohon doa kepada-Nya agar kita terus dilindungi dan asbab situasi genting ini membentuk sifat sabar dan syukur dalam diri kita semua.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live