gaya hidup

Perlis, Sarawak & Labuan Dah Boleh ‘Dine-In’. Seronoknya Dapat Makan Kat Warung! Selangor, KL Bila Lagi?

gempak
Huda Hussain
05/08/2021
09:47 MYT
Sponsor Banner
Perlis, Sarawak & Labuan Dah Boleh ‘Dine-In’. Seronoknya Dapat Makan Kat Warung! Selangor, KL Bila Lagi?
Tiga negeri menjadi perintis peralihan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas merekodkan prestasi amat baik iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa Rabu. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu dicapai menerusi mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung perkembangan pelaksanaan PPN.
Sungguhpun begitu, beliau mengingatkan negeri-negeri tersebut supaya terus mematuhi SOP dan peraturan ditetapkan bagi menambah baik situasi pandemik di negeri masing-masing. Antara kelonggaran yang diberi kerajaan bagi negeri yang melangkah ke Fasa 3 PPN adalah seperti berikut:
Kredit Foto: Google
Lantaran itu, bertebaran di media sosial apabila rakyat Perlis memuat naik foto makan di restoran. Alahai, berbulu saja kita yang memandang. Makan hati gigit jari serasanya. Tetapi apakan daya, nasib berpihak kepada mereka. Kali terakhir penulis berpeluang dine-in adalah Disember tahun lalu. Haa, rasanya macam dah bertahun tak makan di luar.
Kredit Foto: Facebook
Melihat kembali kelonggaran yang disenaraikan apabila beralih ke Fasa 3 PPN, pastinya kebenaran dine-in di restoran walaupun hanya dua orang dibenarkan duduk semeja disambut gembira semua. Baik orang awam mahupun peniaga, khabar gembira ini sekurang-kurangnya mampu menarik nafas lega dalam kalangan peniaga. Mereka dapat beroperasi seperti biasa walaupun masih perlu mematahui SOP yang ditetapkan. Dan paling penting, terubat rindu nak makan di luar setelah hampir enam bulan duduk dirumah.
Kredit Foto: Google
Selain itu, kebenaran merentas daerah sudah tentunya melegakan semua jika berjaya melangkah ke Fasa 3 PPN. Pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu juga dibenarkan beroperasi selain salun kecantikan turut dibuka mengikut pematuhan SOP. Banyak lagi kelonggaran yang sudah pasti berpihak kepada semua setelah menginjak ke peringkat ini.
Kredit Foto: Google
Dan persoalannya, khusus bagi negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; agaknya bila pula tiba giliran kita untuk merasai makan di luar ya? Memandangkan kes positif di Selangor sahaja semalam mencatatkan angka 8,549; seakan tidak nampak bayang kita boleh keluar makan di restoran dalam waktu terdekat. Mungkinkah hujung tahun? Hmm, buat masa ini dalam mimpi ajelah ya. Realitinya, sama-sama kita nantikan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live