Ramai yang teruja menyambut bulan puasa ini terutamanya bagi mereka yang dahagakan pahala dan mahu beramal sehabis baik. Ada juga yang seronok menjalani ibadah puasa untuk melatih perut lebih bersederhana.


Tidak kurang juga yang menjadikan amalan berpuasa ini sebagai ‘sambil menyelam minum air’. Katanya, mahu kurus ketika bulan Ramadan ini kerana kurangnya makan dan minum di siang hari.


Apa pun matlamatnya, pastikan perbetulkan niat dan kesungguhan. Jadikan, keutamaan untuk mengejar amal dan ibadah. Jika dapat turun berat badan, ia bonus. Seperti kata Pelatih Kesihatan, Arif Sukri ini.


Kawal Kuantiti dan Kualiti Dalam Diet


“Saya tak sahur. Masa berbuka pun ratah lauk je. Berat turun, tapi kulit saya jadi gelebeh la coach.”

Saya bukan nak takut-takutkan. Tapi ini salah satu kesan buruk dari crash diet.

Anda akan kurus tapi hasilnya tak baik. Kulit jatuh, form badan tak cantik, persen otot menurun, dan paling buruk kemungkinan berat akan naik dua ganda lebih banyak bila stop diet.

Crash diet ni dibuat oleh mereka yang tidak sabar dalam menurunkan berat. Dia tinggal nasi, tak makan sahur dan masa puasa ni makan lauk je masa berbuka.

Diet bukan begini caranya. Nasi dan protein tidak bersalah dalam diet. Kawal kuantiti dan kualiti dan buat senaman sekadar mampu.

Terutama masa Ramadan ini. Tak perlu tergesa-gesa. Sampai berjoging memanjang, sahurnya tidak, berbuka pun makan nak jemput sikit-sikit sahaja.

Kawan-kawan.

Diet sepatutnya mengubah diri kalian ke arah yang lebih baik. Bukan sekadar dapat kurus semata-mata. Jika kurus yang kau cari, itu bukan satu gaya hidup yang sihat.

Mohon. Jika ada kawan-kawan kalian yang amal crash diet tolong sampaikan ini kepada mereka. Sekali tersalah langkah, sukar nak kembali dapat yang baik.

Tak apalah Ramadan ini berat tidak turun banyak mana pun. Sikit pun sudah memadai.

Kena beringat. Ramadan fokus kita adalah pada gandakan amal ibadah. Pengurangan berat, kesihatan yang semakin baik itu adalah bonus yang diberi oleh Tuhan.

Berbuka nanti jangan makan sikit sangat. Kerana dirimu begitu berharga.


Antara sebab berat masih tak turun-turun lagi, walaupun berpuasa di bulan Ramadan:

1. Sahur tu dah ok jaga portion, tapi masa berbuka makan tak ingat dunia.

2. Banyaknya minum Air manis. Walaupun nampak kecil, namun segelas air sirap mempunyai 150kcal. Kalau 3-4 gelas dah berapa.

3. Kuih muih. Air manis mungkin dah kawal. Tapi kuih manis keliling pinggan juga tak cantik.

4. Rehat tidak cukup. Tanpa rehat yang cukup hormon kortisol akan meningkat dalam badan. Tidur mesti cukup.

5. Banyak pasif. Kurangnya berjalan dan banyak duduk setempat semata-mata.

6. Badan dah memang kurang air dan lemak. Camana nak turun lagi. Huhu.

7. Lepas makan terus kalut-kalut nak timbang. Camana nak tengok turun.

Semaklah kepada diri sendiri. Anda di berada di situasi yang mana. Dah semak kenalah muhasabah. Jangan ulang hal sama ya.


-Arif Sukri