,
Highlights

Rahsia Solekan Yang CANTIK Sebenarnya Bermula Dari Kulit Yang SIHAT – Jaga Muka Dulu, Baru Belajar MEKAP.

Afiza Kamarulzaman
23/09/2020
11:21 MYT
Ini antara maklum balas yang selalu dikongsikan oleh pemilik dan pegawai perhubungan awam beberapa jenama kosmetik dalam luar negara mengenai tabiat pembelian orang kita khususnya wanita Melayu. Kebanyakan wanita Melayu lebih gemar berhabis untuk alat solek berbanding produk penjagaan kulit.
Mereka lebih tertarik untuk membeli bedak asas, palet warna, gincu dan pemerah pipi walau berapa pun harganya berbanding rangkaian penjagaan kulit yang dirasakan tidak berbaloi. Ada sesetengahnya lebih suka membeli produk penjagaan kulit yang murah dan kurang kualitinya kerana berasakan ia tidak sepenting mana.
Ada pula yang hanya menggunakan pencuci muka sebagai rejim penjagaan kulit, lantas mengabaikan penggunaan pelembap, tabir suria dan lain-lainnya. Sedangkan jika memborong alat solek, mereka memiliki set lengkap untuk mendapatkan solekan sempurna daripada makeup base sampailah ke gincu.
Tidak salah untuk punya set lengkap alat solek, ia sangat bagus untuk menambahkan keyakinana seorang wanita. Namun, pada masa yang sama jangan dipandang remeh penjagaan kulit kerana ia adalah asas kukuh untuk kekal cantik selama-lamanya. Ia juga perlaburan untuk jangka masa panjang.
Kredit Foto: Google
Kalau Kulit Cantik, Solekan Pasti Mudah Melekap
Inilah kenyataan sebenar, walaupun di pasaran ada pelbagai rangkaian bedak dan penyamar cela yang mampu memudarkan cela dan kekurangan pada wajah. Namun, sampai bila kekurangan pada wajah harus bergantung pada mekap semata-mata? Selepas mekap dipadam, apa jadi pada wajah asli kamu?
Di sinilah pentingnya penjagaan kulit menerusi produk yang bagus dan disiplin diri. Jika kulit sudah sedia cantik, mekap hanya diperlukan sedikit cuma sekadar menambahkan seri pada wajah. Justeru, tidaklah terjadinya solekan seperti topeng sehingga mengenelamkan wajah asli seseorang itu.
Kerana itu, natural beauty selalu diperjuangkan oleh kebanyakan orang yang tahu menilai erti cantik itu yang sebenarnya. Cantik tidah memerlukan solekan yang keterlaluan. Ia cukup dicuitkan sekadar perlu, paling penting adalah kondisi kulit yang sihat dengan permukaan yang cukup lembapan dan mulus.
Kredit Foto: Google
Amalkan Penjagaan Kulit Ini Untuk Rejim Mudah
  1. Kulit harus dicuci minimum dua kali sehari. Carilah pencuci muka yang sesuai dengan kondisi kulit yang tidak mengeringkan kulit.
  1. Gunakan tualas bersih atau tisu pakai buang untuk mengeringkan permukaan kulit selepas ia dibilas.
  1. Dapatkan kosultasi daripada jurujual bertauliah sebelum memutuskan sesuatu produk itu sebagai set rasmimu. Lakukan analisis kulit untuk mengetahui keperluan dan jenis kulit kamu.
  1. Pelembap adalah wajib untuk dipakai selepas muka dicuci untuk menggantikan lembapan yang menyurut. Melaburkan lebih sedikit untuk pelembap yang berkualiti.
  1. Pakai krim mata dua kali sehari, yakni pagi dan sebelum tidur kerana ia bahagian paling sensitif dan mudah menua.
  1. Sebelum tidur, pastikan muka dalam keadaan bersih dan beroles pelembap terutamanya jika tidur dalam bilik berhawa dingin.
  1. Seminggu sekali skrub kulit dengan face scrub yang bertekstur halus dan tidak mengeringkan kulit untuk menanggalkan sel kulit mati.
  1. Jika ada duit lebih, sesekali buatlak rawatan wajah bersama pakar. Jika tidak, boleh sahaja melakukannya di rumah menggunakan produk yang ada.
  1. Minum banyak air putih untuk memastikan tubuh cukup air dan kulit tidak mengering.
  1. Rajin-rajinlah membelai wajah dengan mengurut lembut sekitar muka dan leher menggunakan face oil untuk melancarkan peredaran darah untuk kulit awet muda (boleh lihat di Youtube untuk cara-cara urutan wajah).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Influencer Kacak Hilang 1 Juta Pengikut Lepas Suruh Kerja Lebih Keras Untuk Beli Alat Solek

gempak
14/09/2023
14:45 MYT
Influencer mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai mengguris hati.
Laman Utama

“Apa Comel Sangat Macam Budak Sekolah Ni” - Bella Astillah Tetap Cantik Tanpa Make Up, Kulit Muka Bersih Betul!

gempak
19/07/2023
08:55 MYT
Baby face sangat muka Bella Astillah ni, cantiknya.
Laman Utama

[VIDEO] Difitnah Scammer, Pengasas Produk Depresi Teruk! - "Saya Kelar Tangan, Dengar Bisikan Bunuh Diri & Masih Bergantung Ubat"

gempak
14/06/2022
08:48 MYT
Pengasas produk viral, Amira Khan mengakui berdepan masalah depresi teruk selepas dibuli secara siber oleh beberapa pengguna media sosial termasuk rakan perniagaannya sejak setahun lalu.
Laman Utama

Tempah Kek Kahwin Swarovski Tapi Dapat Manik Biasa, Usahawan Selebriti Hampa - "Bayar RM7,000 Tapi Hasilnya Macam RM70 Jer"

gempak
16/02/2022
13:50 MYT
Kasihannya kena tipu...
Laman Utama

Mahu Kurangkan Bintik Hitam, Parut Jerawat & Cerahkan Kulit? Ini Cara Mudah Anda Boleh Cuba!

gempak
08/12/2021
10:41 MYT
Ramai tahu bintik hitam dan parut jerawat tak mudah dihilangkan tanpa menggunakan produk yang sesuai dengan kulit. Produk penjagaan kulit biasa tanpa formulasi khas yang dapat membantu hilangkan masalah kulit sebegini tidak akan membantu.
Unitar