,
gaya hidup

Ramai Wanita Amerika Perasan PAYUDARA Mereka Membesar Lepas Suntikan Pfizer – Berita Baik Ke Buruk Tu?

Afiza Kamarulzaman
27/07/2021
13:30 MYT
Isu ini mula diperkatakan selepas seorang remaja perempuan dari Norway tular mendedahkan di akaun TikToknya bahawa suntikan vaksin Pfizer yang diterimanya memberi kesan sampingan luar biasa buatnya, lapor Sputnik News, beberapa minggu lalu.
Gadis bernama Emma,17, itu berkata, selepas mendapat suntikan vaksin Pfizer beberapa minggu lalu, payudaranya membesar dan saiz pakaian dalamnya berubah dengan ketara.
“Saiz payudara saya kini menjadi tumpuan apabila memuat naik video di laman TikTok. Ramai kenalan yang menegur perubahan ini. Apabila saya membuat carian online, rupanya ramai wanita di Amerika Syarikat (AS) yang turut mendapat kesan sampingan pembesaran payudara seperti saya,” ujarnya.
Seorang pakar kesihatan memberitahu stesen penyiaran Norway, NRK bahawa kesan sampingan itu mungkin berkaitan dengan kelenjar yang membengkak selepas mendapat suntikan vaksin dan ia bukan satu simptom yang membimbangkan.
“Kami telah melihat beberapa kes di mana kelenjar payudara wanita sedikit membengkak selepas disuntik vaksin,” kata Ketua Doktor di Pusat Diagnostik Payudara Nordland Hospital.
Backmann berkata, penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan itu boleh menjalani imbasan mamogram selepas empat minggu menerima suntikan jika berasa risau dengan keadaan tersebut.
Inilah Emma yang mendakwa mengalami pembesaran payudara selepas suntikan Pfizer
Manakala, di San Franciso, California, beberapa orang pakar turut mengakui bahawa simptom payudara membesar selepas suntikan vaksin Pfizer sebenarnya tindak balas imunisasi yang berlaku selepas individu tersebut disuntik pada bahagian lengan, lapor akhbar Daily Star.
Pengarah Pusat Penjagaan Payudara Universiti California San Francisco, Dr. Laura Esserman berkata, apabila individu itu disuntik pada bahagian atas lengan, adalah normal bagi kelenjar limfa untuk membengkak sebagai sebahagian daripada tindak balas imunisasi.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan yang menyebut bahawa ramai wanita di Amerika Syarikat (AS) berasa bimbang kerana mengalami bengkak pada bahagian payudara selepas menerima suntikan vaksinasi Covid-19 yang dikhuatiri merupakan simptom kanser payudara.
Keadaan itu telah menyebabkan bilangan wanita di negara itu menemui doktor bagi menjalani ujian mamogram meningkat.
Selain di AS dan Norway, perkara serupa turut dilaporkan di seluruh dunia, di mana ramai wanita mendakwa payudara mereka membesar selepas menerima suntikan vaksin Pfizer sekali gus mewujudkan istilah ‘pembesaran payudara Pfizer’.
Menurut beberapa pakar, selain sakit tekak atau simptom seperti selesema, payudara membengkak boleh berlaku kepada sesetengah individu selepas mendapatkan suntikan.
Bagaimanapun, Kolej Radiologi Diraja Australia dan New Zealand melaporkan keadaan bengkak seperti itu tidak berlaku dalam kalangan wanita yang menerima suntikan vaksin AstraZeneca.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mahu Bekas Isteri Sedap Dipeluk Punca Teuku Ryan Kutuk Tubuh Ria Ricis

gempak
08/05/2024
02:09 MYT
Teuku Ryan akhirnya bersuara susulan tersebar dokumen mahkamah usai sah penceraian di antara dirinya dan Ria Ricis yang antaranya mengandungi dakwaan pelakon tersebut menghina bentuk tubuh bekas isteri sebagai terlalu kurus dan memiliki payudara ‘rata’.
Hiburan

Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan

gempak
06/05/2024
08:30 MYT
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Viral

16 Kali Buat Pembedahan, Katie Price Dakwa Pemilik P*yudara Terbesar Di Britain

gempak
20/04/2024
14:50 MYT
Model Katie Price mendakwa dirinya sebagai pemilik payudara terbesar di Britain dengan ukuran 2120 CC menerusi beberapa siri pembedahan yang dilakukan terhadap aset tersebut.
Hollywood

Pelawak Wanita Buka Baju Tayang Payuda*a: “Kalau Lelaki Boleh…”

gempak
24/01/2024
22:55 MYT
Seorang pelawak wanita komedi berdiri menerima kecaman hebat selepas melakukan tindakan di luar batasan sewaktu membuat persembahan baru-baru ini.
Laman Utama

Victoria Beckham Menyesal Besarkan Payudara, Takut Anak Perempuan Tahu

gempak
19/12/2023
14:55 MYT
Kenapa menyesal?
Unitar