Walau termengah-mengah semasa memberikan sepatah dua kata ketika majlis pelancaran ruang pejabatnya semalam, Catson Catson Global (M) Sdn Bhd di One City, Subang; selebriti terkenal Farah Nabilah optimis mahu beri peluang buat semua menjana pendapatan sambil menikmati makanan sampingan sihat. Kini sarat hamil dan hanya menunggu masa berbaki empat ke lima minggu bakal menyambut cahaya mata sulung, Farah berkongsi pengalaman dan perjalannya dalam meneroka dunia perniagaan bersama InTrend.


Kenapa memilih untuk membuat pelancaran pada saat-saat genting ini?
Sebenarnya kalau ikutkan perancangan awal lagi Fawa dah rancang untuk adakan majlis ini. Tetapi disebabkan isu penularan Covid-19, tempoh PKP jadi semuanya perlu ditangguhkan buat sementara waktu. Dan walaupun sarat hamil sekarang, Alhamdulillah Fawa tiada masalah malah masih lagi ada energi nak bekerja. Kata orang perlu banyak berjalan supaya senang nak bersalin kan? Hehehe, jadi Fawa teruskan bekerja. Ada yang meragui, boleh ke buat? Kenapa tak nak buat selepas bersalin? Tapi Fawa rasa kalau selepas bersalin mungkin lebih serabut. Mana lagi perlu uruskan bayi dan semuanya. Jadi Fawa fikir, lebih baik selesaikannya sekarang dan Fawa boleh tumpukan pada anak nanti.

Kredit Foto: IG Farah Nabilah


Bila dijangka bersalin dan bagaimana dengan persiapan setakat ini?
Insya-Allah Fawa dijangka bersalin sama ada penghujung Oktober atau awal November. Persiapan baby pula setakat ini Alhamdulillah semua kelengkapan dah dibeli cuma belum pack sahaja lagi.


Antara Farah Nabilah dan suami, siapa lebih excited membeli barang kelengkapan bayi?
Amirul: Rasanya dua-dua sama excited walaupun kami tak tahu lagi gender baby. Kami dah pergi scan tapi saja nak buat surprise dan tak nak tahu jantina bayi.
Farah Nabilah: Kami hanya beli barang-barang yang penting sahaja setakat ini macam pakaian, barut.

Kredit Foto: IG Farah Nabilah


Apa sikap pelik Farah Nabilah semasa mengandung?
Amirul: Setakat hari ini Alhamdulillah tiada yang pelik. She has been going through the pregnancy well. Cuma makan terlebih lah (senyum). Semua benda dia makan.


Perasaan Farah memandangkan makin dekat nak bersalin. Macam mana?
Sangat nervous sebenarnya sebab ini kali pertama. Dan tak tahu nak expect apa. Malah kadang-kadang Fawa boleh jadi overthinking pula. Ada masanya Fawa berkata pada diri, “Betul ke aku boleh buat ni? Caesar aje lah, takutlah”. Kadang-kadang bila tertidur pun mimpi benda-benda yang macam “Eh sayang, I dah nak bersalin ni” Hehehe. Tapi Fawa fikir kalau mak-mak kita boleh buat, jadi Fawa fikir Insya-Allah Fawa boleh buat juga.

Kredit Foto: IG Farah Nabilah

Berpantang pula bagaimana?
Fawa akan berpantang di confinement centre untuk 28 hari. Selepas itu Fawa akan sambung berpantang di rumah.


Pantang cara moden atau tradisional, mana satu pilihan Fawa dan kenapa?
Fawa lebih suka dan percaya kepada cara berpantang tradisional. Malah kalau untuk berurut pun, Fawa takkan pilih tukang urut biasa misalnya yang ada tawarkan perkhidmatan di Instagram. Memang kalau boleh nak cari bidan yang betul. Mengenai pantang cara moden, kita tak tahu kesannya lagi macam mana. Berbanding dengan cara berpantang tradisional. Kita dah nampak hasilnya apabila mak-mak kita masih lagi kuat dan jaga badan mereka sampai enam orang anak pun masih maintain.


Selepas berpantang, adakah Farah akan perlahankan karier sebagai pelakon atau teruskan momentum dan bekerja seperti biasa?
Tengok dulu keadaan macam mana. Kalau Fawa jenis yang okey tinggalkan baby, mungkin Fawa akan teruskan berlakon. Cuma untuk Bardox Fawa masih akan teruskan dan sambung komitmen sedia ada.

Kredit Foto: IG Farah Nabilah

Berat badan sekarang, kalau tak keberatan kongsikan?
Rahsia! Mana boleh beritahu, hahaha… Yang pasti lebih dari sebelumnya. Terlebih sangat, hahaha… Dah tiada morning sickness kan, jadi Fawa makan ajelah, hehehe…