,
Personaliti

Rezeki SARAH Meninggal Asbab Wabak, Lahirkan Anak dan Pada Hari Terakhir Bulan Haram – Kau Pergi Jua...

Afiza Kamarulzaman
09/08/2021
01:56 MYT
Banyak kali Shuib panggil balik, bangunlah sayang, anak-anak tunggu... namun Sarah tidak mampu untuk kesekian kalinya menuruti kemahuan suami tersayang...
Subuh tadi, kita dikejutkan dengan berita pemergian selebriti terkenal Siti Sarah yang dimaklumkan oleh suaminya Shuib di akaun Instagramnya. Allahyarhamah Siti Sarah Bt Raisuddin pergi pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM).
Seperti yang semua sedia maklum, pada 25 Julai lalu, Allayarhamah, suami dan semua anak-anaknya Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, dan Ariq Matin, 6 tahun disahkan positif Covid-19 apabila terdahulu pembantu rumah mereka disahkan positif.
Sarah yang sedang hamil tujuh bulan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut kerana diklasifikasikan sebagai golongan berisiko tinggi, manakala suami dan anak-anak menjalani kuarantin di rumah.
Dan, pada 6 Julai, Jumaat, Shuib memberitahu bahawa Sarah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan kerana kondisinya yang tidak berapa baik. Sekitar jam lima petang hari yang sama, doktor berjaya mengeluarkan bayi mereka. Anak ke empat Shuib ini diberi nama Ayash Affan. Sedihnya, Shuib sendiri belum sempat melihat anaknya sehingga ke hari ini kerana dilahirkan pra matang.
Beberapa hari lepas, keadaan Sarah dilaporkan berada pada tahap turun naik. Ada kala Allayarhamah menunjukkan reaksi positif, namun semalam sebelum memulakan bacaan yasin secara virtual beramai-ramai, Shuib ada memaklumkan bahawa paras oksigen isterinya turun sehingga 40% dan sangat membimbangkan.
Sarah sangat disayangi ramai. Ini jelas dapat dilihat dengan begitu banyak doa dan kata-kata indah dititipkan selama arwah ‘ditidurkan’. Namun...sudah termeterai janjinya dengan sang pencipta akan pergi pada hari ini, walau menerima begitu banyak doa-doa untuk Sarah kembali bangun, Sarah tetap berpegang pada janjinya, Allahyarhamah pergi jua menemui Illahi, meninggalkan dunia ini.
Amalan Yang Dah Disusun Cantik
Pada kala ini, ramai yang ditinggalkan Sarah di dunia ini pasti menangis sebak mengenangkan arwah yang pergi pada usia masih muda, meninggalkan anak-anak yang masih kecil, suami yang masih dahagakan kasih-sayangnya, juga seorang bayi yang belum sempat ditatap, dipeluk dan disusukannya.
Namun, pujuklah lara hatimu itu dengan yakinilah bahawa Allahyarhamah beroleh banyak ‘rezeki kematian’ yang belum tentu kita perolehi. Ia wajar untuk kita cemburui. Yang ditinggalkan di dunia ini bersifat sementara, sedangkan di sanalah tempat kekal untuk kita hidup selamanya. Sarah mungkin diberi pinjaman masa yang sedikit untuk meraikan kejayaan di dunia dan bersama suami serta anak-anaknya di sini, tapi percayalah kegembiraannya lebih abadi di sana menanti suami dan anak-anak kembali ke pangkuannya. Insya Allah..
Rasulullah SAW Bersabda: "Mati Syahid itu ada tujuh selain mati terbunuh dalam perang fii sabilillah, iaitu : mati karena penyakit tha'un (wabak), mati karena tenggelam, mati karena penyakit lambung, mati karena sakit perut, mati karena terbakar, mati karena tertimpa reruntuhan, dan perempuan yang mati karena hamil atau melahirkan," (HR Ahmad, Abu Dawud, Nasai dan Malik).
Dan, bayangkanlah juga sepanjang kehamilan itu, berapa banyak pahala yang Allah janjikan kepada ibu mengandung dibawa Sarah mengiringi kematiannya? Subhanallah...
Meninggalnya Allahyarhamah Siti Sarah juga pada hari terakhir bulan haram, bulan yang dimuliakan Allah SWT. Esok, umat Islam akan menyambut Awal Muharram. Dan perginya juga jatuh pada hari Isnin yang menjadi hari kesukaan baginda Rasulullah SAW.
Menerusi perkongsian Instagaram Nadir Al-Nuri, aktivis kemasyarakatan di Gaza, Allahyarhamah Sarah sempat mengadakan korban sempena Aidiladha baru-baru ini. inilah korban terkakhir arwah yang dilakukan bersama-sama bapanya, Raissuddin, suami dan anak-anak sebagai bekalan untuk mereka di akhirat kelak.
Malah, menjenguk ke Instagram arwah juga, banyak perkongsian baik-baik yang dimuatnaiknya. Dan, beberapa minggu sebelumnya, Allahyarhamah banyak membantu orang-orang susah dengan memberi bantuan makanan bersama suaminya. Sarah juga diakui oleh kebanyakan rakan-rakannya, seorang yang suka memberi hadiah dan membuatkan orang di sekelilingnya gembira. Arwah sangat pemurah.
Firman Allah SWT dalam surah al Hadid; 18 yang maksudnya, “sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18).
Lebih menguntungkan, pemergian Sarah juga diiringi reda suami. Inilah salah satu perkara paling penting untuk seorang isteri yang mahu menemui Tuhannya dalam keadaan yang suci bersih dan dirahmati malaikat.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktunya, melaksanakan puasa pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk surga dari pintu mana saja ia kehendaki.”
Maka, janganlah kita sedihkan lagi, reda dan lepaskanlah perjalanan Allayarhamah ke negeri abadi dengan tenangnya. Insya Allah, dia pasti menemui kesejahteraan setelah melakukan segala kebaikan dan tanggungjawabnya di dunia ini.
Sama-sama kita doakan Allahyarhamah dan juga seluruh umat Islam yang telah pergi meninggal kita diberi kematian Husnol khotimah. Dan, kita yang masih bersisa nyawa ini marilah jadikan kebaikan seseorang itu sebagai ikutan dan perbanyakkan amal dan bekal di sana nanti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia

gempak
22/11/2024
00:08 MYT
Pemain gitar utama Spider, Hanafi Hamdan atau Napie meninggal dunia selepas lebih empat bulan diserang angin ahmar.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

“Dengan Rasa Amat Sedih, Dimaklumkan Bahawa Bonda Tersayang…” - Ibu Nora Ariffin Meninggal Dunia

gempak
19/11/2024
11:24 MYT
Ibu kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin Datin Hajjah Wan Azizah Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Viral

Penari Balet Terkenal Dunia Maut Jatuh Bangunan 5 Tingkat

gempak
18/11/2024
01:34 MYT
Industri tarian balet kehilangan seorang penari terbaik dunia, Vladimir Shklyarov selepas dia diumumkan meninggal dunia pada 16 November 2024.
Hiburan

Liza Abdullah Anggap Allahyarham S Atan Ibarat Keluarga Sendiri - “Arwahlah Yang Kenalkan Saya Dengan Bekas Suami”

gempak
17/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan penyanyi, Liza Abdullah, 60, gagal menahan rasa sedih dengan pemergian komposer terkenal tanah air, Allahyarham Datuk S Atan yang meninggal dunia pada Sabtu
Unitar