Highlights

Rezekilah Kalau Dapat SAHABAT Yang Baik, Tak Lupa Kawan – Yang Menjadi Telinga Mendengar, Bahu Berpaut.

gempak
Afiza Kamarulzaman
15/01/2020
04:26 MYT
Sponsor Banner
Rezekilah Kalau Dapat SAHABAT Yang Baik, Tak Lupa Kawan – Yang Menjadi Telinga Mendengar, Bahu Berpaut.
Sahabat Sejati Sahabat Dikenang Sepanjang Hayat
Seorang sahabat itu hadir dengan kerelaan kita menerimanya. Ia bukan kurniaan yang ‘terpaksa’ kita terima dek perkongsian darah atau keturunan. Maka, seharusnya seorang sahabat itu menjadi watak tambahan dalam cerita hidup kita secara indah dan penuh makna. Kita memilih dia sebagai sahabat. Suatu pilihan yang boleh ditambah baikkan demi sebuah hubungan nan sempurna dan berkekalan.
Namun, ada kala persahabatan itu diuji dengan ranjau dan kemelut. Ada kawan yang hadirnya membawa bahagia, ada pula yang wujudnya memporak-perandakan kehidupan. Tidak hairanlah kenapa orang tua dulu lagi sudah mengingatkan kita agar berhati-hati dalam memilih kawan. Ada kawan yang depan nampak baik di belakang kita ditikamnya. Ada kawan depan pun kita mulutnya menyakitkan hati, di belakang juga kuat mengutuknya.
Andai memiliki kawan yang baik, anggaplah ia anugerah terindah dan rezeki buatmu. Bukan semua mudah dipertemukan dengan seorang sahabat yang sudi menerima kita seadanya. Dan, rezeki besar jika dapat kawan yang sanggup bersama kita susah dan senang. Apabila sudah senang, dia tidak lupa diri dan kawannya. Kita sentiasa ada di ingatannya. Kita tidak pernah dilupakan, sentiasa prihatin keadaan kita sama ada dalam sedih dan bahagia. Itulah kawan yang dicari.
Sekiranya, dipertemukan dengan kawan yang makan kawan atau kamu tahu dia mengkhianati dirimu, maka jangan berfikir panjang untuk meninggalkannya. Angkat kaki dan bawa diri. Tidak rugi jika dia kamu jauhi. Lekas bertindak daripada menunggu lama sehingga menjadi parasit menghancurkan hidupmu.
Kredit Foto: Google
Ciri-Ciri Sahabat Yang Disayangi:
  • Apabila kita dalam keadaan sukar, dia sentiasa ada untuk menjadi pendengar setia dan menghulurkan bantuan jika dia berkemampuan untuk melakukannya.
  • Dia tidak mudah menghukum kita walau dalam apa jua keadaan dan tidak sesekali cepat terpengaruh dengan fitnah dan kata-kata orang terhadap kawannya.
  • Apabila ada orang memburuk dan cuba menjatuhkan sahabatnya, dia akan menjadi adiwira melindungi dan menjaga aib kawannya itu.
  • Keprihatinannya melebihi keluarga sendiri. Saat kita sakit dialah orang yang paling susah hati. Setiap masa akan memantau keadaan kita agar stabil.
  • Kasih-sayangnya sentiasa ditunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan.
  • Dia bukan hanya memuji tetapi sentiasa menjadi penasihat terbaik dan paling jujur jika kawannya tersilap langkah.
  • Dia bagaikan tempat rujukan seperti sebuah perpustakaan setiap kali kita memerlukan idea dan petunjuk.
  • Saat kita lemah, dia akan menjadi ‘motivator’ yang menyalakan kembali semangat untuk kawannya kembali bangun dan berjuang untuk hidupnya.
  • Sentiasa meraikan perkara-perkara penting dalam hidup kawannya. Apa yang menggembirakan kawannya akan menjadi kegembiraan buatnya juga, jauh sekali untuk dia cemburu.
  • Berkongsi rezeki yang ada. Saat dia senang, dia tidak lupakan kawannya itu. Dia tidak lokek berbelanja untuk kita sebagai tanda penghargaan buat sahabat itu.
Kredit Foto: Google
Ciri-Ciri Sahabat Yang Dijauhi:
  • Kawan makan kawan dan pengkhianat
  • Kawan yang mengata buruk kita kepada orang lain
  • Kawan yang menunggu masa untuk kita jatuh dan bertepuk tangan
  • Kawan yang tidak ikhlas dalam perhubungan
  • Kawan yang menjauhkan diri apabila kita susah
  • Kawan yang mencaras kita
  • Kawan yang menyebarkan aib dan kelemahan kita
  • Kawan yang memberi nasihat jahat
  • Kawan yang mendorong kita melakukan maksiat
  • Kawan yang merampas kebahagian kita
  • Kawan yang manis mulutnya tetapi hatinya tidak kepada kita
  • Kawan yang sentiasa memberi seribu alasan saat kita perlukannya di sisi
  • Kawan yang hanya nampak kita apabila dia susah
  • Kawan yang suka mengambil kesempatan
  • Kawan yang suka menyindir dan berkata kesat
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live