gaya hidup

Sakit Lebih 10 Tahun, Lalui Berpuluh Kali Kemoterapi, Radioterapi – Elyana Luah ‘Struggle’ Lawan Kanser Limfoma.

gempak
Huda Hussain
27/11/2021
03:14 MYT
Sponsor Banner
Sakit Lebih 10 Tahun, Lalui Berpuluh Kali Kemoterapi, Radioterapi – Elyana Luah ‘Struggle’ Lawan Kanser Limfoma.
Semua maklum mengenai kondisi penyakit yang dialami penyanyi Elyana Emrizal sejak kebelakangan ini. Menderita akibat kanser limfoma sejak 10 tahun lalu, dia telah menjalani berpuluh kali rawatan kimoterapi dan radioterapi.
Dan baru-baru ini, Elyana sempat merakamkan sesi rawatan kemoterapi keempat di Pusat Perubatan Subang Jaya. Jika dilihat dari luaran, dia tampak sihat sahaja seperti orang lain walaupun susuk tubuh kian susut. Dalam video yang berdurasi enam minit itu, Elyana ditemani suami Khairul Anuar Husin merakamkan momen dan beberapa prosedur sebelum menjalani rawatan kemoterapi. Ujar Elyana, “Sebelum nak ambil darah dan buat chemo, kita makan dulu. Rasa pening sangat, nak muntah. Jemput makan” tuturnya singkat yang hanya makan dalam kereta.
Kredit Video: IG Elyana
Unit Haematology and Oncology Daycare bagaikan rumah keduanya untuk menjalani segala prosedur dalam sesi rawatan kemoterapi. Foto pertama yang dikongsi usai pendaftaran dilakukan adalah muat naik kuku kering dan sedikit mengelupas adalah situasi biasa bagi Elyana setiap kali melakukan kemoterapi.
Kapsyen “Everytime chemo saya mesti gemok. Thank you steroid” tulisnya semasa menimbang berat badan yang merekodkan bacaan 55.1kg. Kemudian setelah selesai ujian darah diambil, barulah rawatan kemoterapi dimulakan. “Sekarang tengah tunggu ubat chemo, so sambil tu kita dah makan ubat tahan muntah dan ubat tahan muntah untuk IV juga. So dua ubat tahan muntah. 'Hopefully' tak muntahlah,” kongsi Elyana lagi.
Ujarnya, sesi kemoterapi mengambil masa selama empat ke lima atau enam jam bergantung kepada kelajuan drip. Dan kemudian satu persatu ubat dimasukkan ke dalam drip dan dimulakan dengan ubat merah kata Elyana. “Lepas habis setiap satu ubat, dia akan 'flushing' baru masuk ubat yang lain,” ulasnya dalam nada ceria sambil jururawat memasukkan ubat kedua pula.
Kelibat suaminya membawa makanan turut dirakam ibu kepada dua anak ini. Lapar dan dahaga sewaktu melakukan chemo serasa tak dapat dibendung lagi walau hanya sempat menjamah makanan segera. Dan waktu suaminya membetulkan kasut lalu membantu si isteri ke tandas sambil menolak drip yang bergantungan menyentuh emosi. Rupanya inilah sebahagian daripada rutinnya setiap kali melakukan rawatan kemoterapi.
Kredit Foto: IG Elyana
Seterusnya ubat ketiga dimasukkan ke dalam drip sambil jururawat memeriksa bacaan tekanan darahnya. Hinggalah ubat keempat dimasukkan. Tulis Elyana, “Ubat yang keempat ni paling lama and paling kuat. So doktor akan bagi tidur, bye semua”.
Terasa syahdu melihatkan sang suami mengurut dan mengusap kaki si isteri yang sudah kepenatan sepanjang melakukan rawatan. Pastinya tubuh terasa penat apabila satu demi satu ubat dimasukkan ke dalam tubuh. Jika pada awalnya dia datang penuh semangat dan mengatur gerak langkah, pulangnya petang itu terpaksa ditolak menaiki kerusi roda.
Sudah pastinya tubuh Elyana tidak lagi bertenaga berbanding sewaktu tibanya dia ke hospital. Masakan larat mahu berjalan sesudah menjalani tempoh rawatan yang panjang. Ditambah pula dengan gejolak dalam perut yang bagaikan terasa mahu memuntahkan apa yang dimasukkan ke dalam tubuh. Ditambah pula dengan rasa loya dan pening.
Allahu, tak terbayang rasanya derita dan sakit yang ditanggungnya selama ini. Apa yang dimuat naik Elyana hanya sekadar perkongsian buat semua. Juga sekadar bekal semangat untuk dirinya juga kepada yang mungkin mengalami nasib sepertinya. Moga Elyana terus kuat berjuang dan bertahan juga doanya agar diberi kesembuhan dan perlindungan daripada Yang Maha Esa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live