gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Jefri Nichol Kalah Tinju Kali Ke-2, Bahu Kekasih Ameera Khan Cedera
HIBURAN
Sasha Abdul Aziz Kongsi Tips Banyakkan Susu Badan - “Pump Setiap 3 Jam, Minum Rebusan Barley & Red Dates”
HIBURAN
Bukan Gila Publisiti, Ini Sebab Sophia Albarakbah Buat Laporan Polis - “Saya Terima Ribuan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Michael Ang Tak Berniat Nak Halalkan Hutang - “Saya Dah Tunggu 9 Tahun, Pandai Pinjam, Pandailah Bayar!”

Mya Amri
Mya Amri
10/08/2025
05:50 MYT
Sponsor Banner
Michael Ang Tak Berniat Nak Halalkan Hutang - “Saya Dah Tunggu 9 Tahun, Pandai Pinjam, Pandailah Bayar!”
Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang menegaskan dia tidak berniat untuk menghalalkan duit dipinjam seorang jurugaya yang didakwa lari dari membayar hutang tertunggak hampir sembilan tahun.

Tak halalkan hutang

Bagaimanapun kata Michael, walaupun dia sudah penat menunggu untuk hutang itu dibayar namun memilih untuk tidak terus memburukkan individu terbabit secara berlebihan.

“Saya sudah malas, saya tidak halalkan tapi bagi saya, kalau dia kata dia ada usaha nak bayar, saya tunggu sajalah. Sebab kalau saya paksa dan burukkan dia, tak guna juga. “Saya sudah tunggu sembilan tahun, dia hutang saya sembilan tahun. Kalau saya nak bangkitkan hutang yang lain, ada artis lain, ada pengarah, tapi saya macam malas,” jelasnya.

Micheal berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media drama ‘Kerana Seorang Lelaki’ yang diadakan di GSC Mytown, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Buat pendedahan

Mengulas lanjut mengenai penghutang itu, Michael berkata individu tersebut hanya mula menghubunginya selepas dia membuat pendedahan secara terbuka di media sosial.

“Lepas saya muat naik hantaran dia ada hubungi saya, sebelum itu tiada. Selepas saya post, tak sampai dua minit dia hubungi saya.

“Dia kata kenapa saya sanggup buat macam ini, saya sudah bagi amaran saya nak ‘post’ tapi dia tetap tak mahu hubungi saya sehingga saya ‘post’,” ujarnya.

Pandai pinjam pandai bayar

Tambah Michael, dia membuat keputusan untuk tidak mahu terus mengejar atau mengambil tindakan keras terhadap individu berkenaan kerana tahu situasi kewangan yang sedang dihadapinya.

“Kalau saya kejar dia pun saya tahu dia tiada duit, kalau saya suruh orang cari dia pun, tiada gunanya. “Saya tak mahu ia menjadi isu di kemudian hari. Jadi pandai pinjam, pandailah bayar,” tegasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Michael Ang Pernah Berdepan Dengan Perangai Biadap Geng Basikal - “Hon Slow-Slow, Group Tu Boleh Stop & Tunjuk Jari Tengah”

ARTIKEL BERKAITAN:"Dapur Pun Kena Basmi Kuman, Stok Makanan Sedia Ada Kena Buang" - Michael Ang Masih Khuatir, Beri Saranan Buat Kieda Crepe

ARTIKEL BERKAITAN:Michael Ang Anggap Gurauan Tentang Penyakit Kelamin Sebagai Tidak Bermoral - “It’s Not Funny…”

ARTIKEL BERKAITAN:Michael Ang Dakwa Jurugaya Terkenal Lari Dari Bayar Hutang Hampir 9 Tahun - "Mak You Cakap Ada Beberapa Report Polis Pasal ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Michael Ang Tempelak Pasangan Dedah Aib Rumah Tangga Secara Live - “Dah Gila Agaknya…”

Terdahulu, Michael mendapat perhatian apabila memuat naik hantaran di media sosial mendedahkan sikap seorang jurugaya terkenal yang didakwa lari daripada membayar hutangnya.
Topic Berkaitan
#Michael Ang
#Hutang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement