gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sasha Abdul Aziz Kongsi Tips Banyakkan Susu Badan - “Pump Setiap 3 Jam, Minum Rebusan Barley & Red Dates”
HIBURAN
Bukan Gila Publisiti, Ini Sebab Sophia Albarakbah Buat Laporan Polis - “Saya Terima Ribuan…”
VIRAL
Kes Zara Qairina: "Che Ta Buka Mata Masyarakat, Tuntut Keadilan Secara Terbuka" - Dr Afif
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Kes Zara Qairina: "Che Ta Buka Mata Masyarakat, Tuntut Keadilan Secara Terbuka" - Dr Afif

Amri Hassan
Amri Hassan
10/08/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Kes Zara Qairina: "Che Ta Buka Mata Masyarakat, Tuntut Keadilan Secara Terbuka" - Dr Afif
Kejadian tragis yang menimpa pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah agama di Papar, terus mengundang perhatian masyarakat. Tragedi itu mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan insiden buli oleh pelajar senior.
Lebih memilukan, keluarga mendedahkan Zara pernah menyuarakan rasa takut terhadap individu tertentu di asrama namun mendakwa tiada tindakan jelas diambil.
Gelombang solidariti kian memuncak apabila golongan selebriti lantang bersuara menuntut siasatan yang adil dan telus.
Doktor dan penceramah kesihatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, 44, yang sering berhadapan dengan kes buli, menyifatkan peranan selebriti sangat penting dalam memacu kesedaran.
“Sebagai doktor yang sering berhadapan dengan kes buli, saya berdiri teguh di belakang selebriti, netizen dan masyarakat yang prihatin terhadap nasib Zara serta mahu tegakkan keadilan. Mereka adalah penggerak kesedaran iaitu mata masyarakat atau ‘watchdog’ yang memantau setiap pergerakan kes itu.
"Tanpa gesaan atau ‘perjuangan’ selebriti, mungkin kes ini tidak berjalan atau dibincangkan secara serius seperti sekarang. Mungkin juga tanpa suara lantang selebriti, kes ini boleh didiamkan begitu sahaja.
"Jadi peranan selebriti dan netizen yang bergerak pantas sangat memberi impak besar kepada masyarakat. "Masyarakat atau netizen mahukan kebenaran. Selagi mana peminat ikut dan terdorong untuk melakukan perkara baik disebabkan selebriti itu, selagi itulah pahala mengalir dengan izin Allah,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain itu turut mengakui mendapat inspirasi daripada pelakon Rozita Che Wan untuk berani bersuara.

“Sejak awal kes ini jadi bualan, saya lihat Che Ta adalah antara artis yang cukup lantang bersuara membela nasib Zara. Kiranya Che Ta buka mata masyarakat dalam isu ini.

"Saya masih ingat, di Instagram miliknya Che Ta membongkar persoalan bagaimana suspek utama kes itu boleh meninggalkan asrama di waktu kejadian. Bagaimana pihak asrama membenarkan suspek keluar sedangkan itu adalah kes kematian.
"Menurut Che Ta lagi, berkemungkinan suspek adalah anak orang kenamaan apabila kes kematian itu tidak diambil serius ketika itu, dakwanya. Saya juga sokong apabila Che Ta cakap, kalau kita semua berdiam, kes itu berkemungkinan akan didiamkan.
"Baginya, rakyat wajar berani bersuara supaya pihak atasan terus menjalankan siasatan. Jika saya sebelum ini berhadapan dengan mangsa buli hanya di klinik, keberanian Che Ta bersuara dan membela nasib Adik Zara telah memberi inspirasi, semangat dan dorongan kepada orang ramai untuk menuntut keadilan secara terbuka.
"Jadi, saya dan masyarakat luar sana bersemangat untuk memperjuangkan Justice for Zara,” katanya.
Selain Rozita, antara selebriti lain yang turut menyuarakan sokongan termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Iesya Toh, Bella Astillah, Mimi Lana dan ramai lagi.
Dr Afif dalam masa sama berharap semua pihak memberi kerjasama baik kepada pihak polis agar siasatan berjalan lancar.
“Seperti yang didakwa oleh banyak pihak, ada yang menganggap terdapat ahli politik cuba melambat-lambatkan kes ini kerana mahu masyarakat terus lupa. Dakwa mereka, kononnya ahli politik yang terlibat menganggap Melayu mudah lupa terutamanya apabila timbul isu lain pula nanti.
"Jadi, mereka sengaja lengah-lengahkan kes ini, kata mereka. Bukan itu sahaja, saya ada dengar khabar angin kononnya suspek yang menyebabkan kematian Zara dalam proses menukar nama, wajah dan cap jari di Jabatan Pendaftaran Negara atau menukar identiti diri jika keadaan memaksa.
"Kita sendiri pun tidak tahu sejauh mana dakwaan-dakwaan tersebut. Macam-macam spekulasi timbul. Dalam masa yang sama, kita juga perlu menghormati siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis. Kalau tak ada maklumat yang sahih, janganlah sebarkan kerana ia boleh mengganggu proses siasatan yang sedang berjalan.
"Saya yakin pihak polis tidak sesekali membezakan-bezakan kes yang melibatkan golongan B40 dengan T20 seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dalam media sosial. Dakwa mereka negara kita seolah-olah dikuasai oleh orang politik atau orang kaya saja,” ujarnya.
Terdahulu, Rozita Che Wan turut berharap kes kematian Zara mendapat pembelaan sewajarnya.
“Kebanyakan kes buli tidak terbela. Namun untuk arwah Zara, semoga ada sinar dan keadilan. Semoga peguam yang menguruskan kes ini diberikan ketenangan dan kelancaran untuk menegakkan kebenaran,” luahnya.
Topic Berkaitan
#Che Ta
#Kematian
#sekolah
#Buli
#Sabah
#Soladiriti
#Dr Afif
#Zara Qairina
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement