,
Kecantikan

“Saya Nak Kehidupan Yang Lebih Sihat Pada Usia 40 Tahun” – BOSCO Berjaya Hilang 78kg Tanpa Ubat Atau Surgeri

Afiza Kamarulzaman
15/06/2021
14:46 MYT
Ramai mengenalinya sebagai jurusolek berbakat besar, sangat loud dan penampilannya sentiasa menarik perhatian ramai. Walau bertumbuh gempal, Bosco sangat yakin dan seringkali tampil dengan gaya stylish dan lain dari yang lain. Selama-lamanya dia sudah terbiasa dengan susuk tubuh begitu, tiba-tiba sesuatu menyedarkannya untuk berubah.
“Tahun depan saya akan berusia 40 tahun. Saya mula memikirkan tentang kesihatan dan gaya hidup saya. Mungkin sekarang belum ada penyakit kronik, tapi akan datang? Kalau dah sakit nanti, siapa pula nak menjaga? Saya juga suka berfesyen, mungkin itu juga dorongan kuat saya untuk mengubah bentuk badan saya mencapai berat badan ideal,” ujarnya.
Katanya, setiap kali melihat baju-baju yang dia teringin untuk gayakan tapi ‘tak mampu’, membakar semangatnya untuk turunkan berat badan. Dan, setiap kali rasa ‘down’, dia akan lihat kembali baju-baju ini untuk memastikan misinya itu diteruskan walau apa pun godaan yang datang.
Bermula Pada Hujung Tahun 2020
Bosco memulakan misi menurunkan berat badannya pada Disember tahun lalu. Dia tidak sangka usahanya itu membuahkan hasil apabila ada kawan-kawan yang mula menegur bentuk badannya yang mengecil dan raut wajah yang sudah cengkung selepas beberapa bulan. Daripada berat badan 174 kg, kini Bosco boleh tersenyum bangga dengan berat badan 96kg yang dimilikinya.
“Saya mula perasaan usaha saya berhasil apabila melihat muka di cermin. Saya ni jenis suka ‘feeling’ depan cermin. Ketika saya senyum di depan cermin itu, saya dapat lihat gusi bahagian dalam mulut saya. Bermakna saya sudah cengkung apabila rahang pun sudah jelas kelihatan,” kongsinya lagi.
Dan seperti dijangka, hasil ini bukan datang bergolek. Bosco mengakui bekerja keras untuk memiliki berat badannya sekarang. Seperti yang kita tahu proses menurunkan berat badan bergantung pada 70 peratus melalui pemakanan dan selebihnya melalui senaman. Jadi, Bosco melakukan kedua-dua itu secara konsisten.
Diet Ketat, Makan Sekali Sehari Saja
“Pada enam bulan pertama saya langsung tak ambil sumber karbohidrat. Nasi, roti, kuih, mee, semua itu saya tak sentuh langsung. Malah, minyak pun tidak termasuk minyak zaitun. Gula dan garam apatah lagi, memang saya jauhi. Saya tidak ambil sarapan. Saya hanya makan sehari sekali saja.
Menu saya seperti oat atau epal hijau dua biji. Kalau yang lebih berat seperti sayur, telur atau ayam, saya akan masaknya secara rebus saja tanpa garam. Cukup renjisan lada hitam sebagai perasa. Daging merah pun saya tak ambil. Begitulah ketatnya pemakanan saya.”
Walaupun dikenali sebagai seorang yang ‘kaki masak’ satu masa dulu, Bosco tegar untuk bertahan tidak makan walaupun sesekali dia memasak untuk kawan-kawannya. Semua itu terletak pada kawalan psikologi kita katanya.
Jogging 8km Sehari
Tidak hanya mengawal pemakanan, untuk memastikan dia kekal ‘fit’ dan bentuk badannya ‘firm’, Bosco turut turun padang melakukan aktiviti fizikal seperti berlari. Hari-hari dia akan jogging sejauh 8km. Kemudian, balik ke rumah sambung workout. Bosco sentiasa pastikan badannya selalu berpeluh.
“Kalau tidak berpeluh, saya jadi resah. Saya suka apabila badan basah dengan peluh kerana saya rasa sihat. Kalau dulu, kawan ajak bersenam saya mula rasa nak marah kerana tak mampu nak bawa badan. Sekarang, jadi seronok pula. Dan ya, saya pun sedar sejak badan dah ringan, emosi jadi lebih positif dan kurang nak marah,” tambah Bosco.
Nasihat Untuk Yang Selalu ke Laut
Bosco hanya ketawa kecil apabila diminta memberi nasihat kepada mereka yang selalu ke laut apabila mahu berdiet? “Mental kena kuat. Kita perlu tahu matlamat kita. Jangan buat sebab terikut-ikut orang. Buat kerana kita memang mahukannya. Itu semua bergantung pada kekuatan psikologi bukan fizikal.”
Bosco turut menambah, ada kala dia juga pernah rasa give up tapi lekas-lekas diatasi dengan melihat ke dalam cermin apa yang dimiliki sekarang ini. “Setiap kali rasa nak makan benada tak sihat, saya akan cakap pada diri sendiri, tak rasa rugi ke dengan usaha keras sebelum ini hanya untuk sepinggan makanan itu?”
“Percayalah, apabila kita berjaya mendapatkan berat badan yang diimpikan, ia satu kepuasan yang tak terhingga. Gembiranya lain macam. Saya sendiri berasa sangat seronok apabila dapat menyarungkan semula baju-baju lama yang dah tak kuat tu. Paling penting kena selalu positif, okey! Saya target nak dapat berat 65kg hujung tahun ni. Insya Allah,” akhirinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Hilang 113KG, Influencer Mukbang Nikocado Dedah Dah Lama Rancang Buat Sosial Eksperimen - “Saya Cukur Kepala Supaya Orang Tak Kenal…”

gempak
10/09/2024
14:55 MYT
Selepas 11 bulan menghilangkan diri, Youtuber mukbang sensasi Nikocado Avocado baru-baru ini mengejutkan orang ramai dengan penampilan terkininya yang semakin kurus.
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Viral

"Saya Tiada Niat Nak Menggoda Sesiapa" - Adib Bananadibs

gempak
03/09/2024
09:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan muda, Adib Bananadibs tidak terfikir foto bersinglet yang dikongsikan di platform media sosialnya punyai niat tersembunyi.
Keluang Man

“Dah 10 Bulan Diet, Hanya Ambil Karbohidrat & Protein” - Nas Sanggup Korban Makanan Sedap Demi Keluang Man

gempak
24/08/2024
21:55 MYT
Pelakon utama filem Keluang Man iaitu Nas Muammar Zar sanggup berkorban demi menjayakan karakter dan tanggungjawabnya dalam filem itu.
Hiburan

Didakwa Menggeletis Selepas Badan Kurus, Netizen Backup Abby Abadi - “Nama Pun Berlakon..”

gempak
24/07/2024
11:55 MYT
Selepas tampil dengan penampilan yang semakin langsing, setiap hantaran yang dimuatnaik pelakon Abby Abadi pasti meraih perhatian wargamaya.