,
Highlights

“Saya Risau Kalau Dia ‘Makan Luar’. Ini Berlaku Kalau Dia Tak Kuat Agama. Ada Ilmu Agama Tak Semestinya...”

Huda Hussain
24/11/2020
15:10 MYT
Memahami kehendak hubungan seksual khususnya dalam kalangan suami isteri adalah perihal penting. Secara tidak langsung, ia juga akan menentukan kelangsungan hubungan dalam rumahtangga yang dilayari bersama. Pernah penulis terbaca pesan orang tua waima bergaduh macam mana teruk sekalipun, suami isteri jangan tidur berasingan. Terbukti isu ini tidak kurang pentingnya kerana sementelah halal disisi agama, sewajarnya tiada alasan untuk menolak ajakan pasangan bagi menyempurnakan nafkah batin ini. Tetapi pokok pangkalnya, komunikasi dan persefahaman antara suami dan isteri turut memainkan peranan dalam hal ini.
Seperti yang dikongsikan seorang kaunselor, Fadzli Aziz yang cuba merungkai dan memahamkan kepentingan isu ini untuk ditangani secara holistik sesama suami isteri. Betapa besar impaknya dalam menentukan hala tuju hubungan suami isteri. Bukan untuk menyalahkan suami ataupun isteri sebaliknya membuka minda untuk mengetahui kepentingannya.
Situasi...
“Puan, jangan pandang rendah pada keperluan seksual suami. Bahaya” kata saya. Dipendekkan cerita. Ia adalah perbualan saya dalam satu sesi kaunseling yang saya lakukan di pusat kaunseling saya.
“Saya faham En Fadzli, tapi dia juga kena faham. Saya tak de mood. Lagipun saya penat bekerja. Kerja saya bukan kerja pejabat. Saya business online. Jadi nak kena melayan customer. Lagipun belajar lah tahan nafsu sikit. Asyik mahu je” jawabnya. Itu luahan isteri. Saya tak boleh tentukan ianya betul atau salah. Tugas saya hanya menimbulkan celik akal supaya dia nampak dari sudut perspektif suami juga.
Kredit Foto: Google
“Puan, seksual ni adalah keperluan biologi kerana Allah ciptakan lelaki dengan hormon testosterone yang banyak. Jadi keperluannya tinggi. Bukan sekadar kemahuan. Ibarat makan. Puan makan banyak tak? Suami makan banyak tak? Bab makan pun dah berbeza kan. Makan ni boleh tahan diri dari makan? Boleh. Sebab itu adanya puasa. Tapi berapa lama boleh tak makan? Emosi kita boleh tahankan, jangan makan. Tapi biologi dah tak tahan. Pedih rasa perut, berangin dan lagi teruk kena gastrik. Keperluan seksual tak lah sampai jadi gastrik. Heheh. Tapi puan, kesan yang lebih besar adalah emosi. Lelaki yang tak ‘dapat’, keperluan emosinya mudah terganggu , makin sensitif dan lebih bahaya mudah terangsang visualnya. Ini kebiasaannya. Ada kajian mengenainya.
Bayangkan puan, dalam keadaan beginilah, lelaki nampak semua wanita cantik. Rakan pejabat nampak menawan dan seksi. Mata jadi makin meliar. Diperhatikan bentuk badan kawan perempuan. Bayangkan suami puan adalah suami yang baik. Dia nak jadi orang baik, cuba jaga mata, pandangan dan diri agar tak buat benda haram.
Kredit Foto: Google
Saat dia perlukan puan yang sudah halal padanya, tiba-tiba puan tidak berfungsi, tidak mahu untuk meredakan keperluannya atas alasan puan takde mood dan busy. Menyelesaikan keperluannya bukan ambil masa yang lama pun puan. Tapi besar impaknya. Peranan puan besar sebenarnya untuk bantu dia jaga diri dan jadi baik”. jelas saya dari sudut pandang lelaki.
“Tapi En Fadzli, saya tanya kawan-kawan saya suami diorang tak macam tu pun. Takdelah seminggu sekali tapi ada yang sebulan sekali”.
“Puan, puan kahwin dengan suami puan, bukan suami kawan puan. Cara makan pun berbeza-beza apatah lagi keperluan seksual. Jangan bandingkan. Ada lelaki, kalau keinginan dia tinggi, tapi jarang bersama isteri, ada kemungkinan dia lepaskan sendiri. Samada melalui pornografi dan masturbasi. Yang saya risau kalau dia ‘makan luar’. Ini berlaku kalau dia tak kuat agama. Ada ilmu agama tak semestinya kuat agamanya. Ada orang kuat pegangan agamanya walau kurang ilmunya”. jelas saya.
“Faham...hmmmm”.
“Puan, kalau puan nak suami puan jadi orang yang baik, maka puan bantulah dia uruskan nafsunya. Keperluan seksual suami tak akan dapat diuruskan sendiri melainkan isteri. Sebab itu dia kahwin dengan puan. Eksklusif puan adalah pengurus nafsunya. Maka peranan puan besar. Andaikata dia curang walaupun telah buat segalanya, paling tidak puan sudah berlepas diri dengan dosanya sendiri.”
Kredit Foto: Google
Penting juga isteri untuk memahami karekter lelaki dan keperluannya lebih mendalam. Sebab saya sedang menulis satu buku khas untuk isteri iaitu tentang bagaimana memahami lelaki dan apa keperluannya secara khusus dan bagaimana seni berkomunikasi yang sesuai. Saya seterusnya menyambung lagi sesi untuk teroka lebih mendalam. Wallahuaalam
Kredit: Fadzli Aziz
Konklusi...
Benar, bagi para isteri mungkin tidak adil untuk meletakkan kesalahan dibahu mereka sahaja. Ya, faham penat dengan kerja-kerja pejabat, letih menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Tetapi sampai bila ia harus dijadikan alasan untuk terus-terusan menolak ajakan suami?
Dan di pihak suami pula, bantulah isteri anda. Ketika melihat dia terkejar-kejar menguruskan segala, ambil alih dan tolong yang mana perlu. Ringankan beban isteri dengan ringan tulang membantunya. Saling melengkapi antara satu sama lain, bukankah itu lebih indah pada pandangan mata?
Kredit Foto: Google
Kembali kepada perkara asas yakni dengan berbincang dari hati ke hati. Luahkan apa yang tidak puas hati. Cari jalan penyelesaian melalui komunikasi dua hala supaya jelas dan terang semuanya. Keperluan batin memang menjadi tanggungjawab sesama kita untuk memenuhinya. Lakukannya dengan penuh rasa kasih sayang, penghormatan dan kewajipan bersama. Barulah harmoni dan hubungan suami isteri kekal mewangi hingga ke akhirnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tapis Pamer Kebahagiaan Di Sosial Media, Musim Artis Bercerai Buat Hati Syamel Gusar - "Kita Dah Didedahkan Dengan..."

gempak
20/10/2024
03:55 MYT
Pelantun lagu Hidup Dalam Mati itu berkata dia dan isterinya yang juga penyanyi Ernie Zakri juga pernah berdepan cabaran dalam perkahwinan sama seperti pasangan suami isteri lain.
Viral

“Sengaja Atau Tidak Sengaja, Suami Wajib Bayar Hutang Nafkah Tertunggak” - Ustaz Azhar Idrus

gempak
10/10/2024
07:25 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan hukum suami berhutang nafkah dengan isteri.
Viral

Usahawan Nur Amira Titip Pesanan Untuk Lelaki Berstatus Suami - “Hat Perempuan Pula Tak Payah Galak Dengan Laki Orang…”

gempak
03/10/2024
02:55 MYT
Perkongsian pempengaruh dan usahawan Nur Amira di platfrom Thread mengenai status suami dan isteri menarik perhatian netizen.
Terkini

Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu

gempak
18/09/2024
11:55 MYT
Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.
Berita

Diisytihar Musuh Selepas Keluar GISB, Bekas Jemaah Cerita Perit Hidup Tiga Tahun Dipisah Anak Isteri - "Fikiran Didoktrin, Mereka Ditempatkan Di Negara ..."

gempak
16/09/2024
04:25 MYT
Kisah syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa memanipulasi penghuni rumah amal mereka ternyata masih memberi kesan mendalam buat seorang bekas pengikut kumpulan berkenaan.
Unitar