Highlights

“Saya Tidak Akan Nikahi Suami Saya Kalau Bukan Kerana Isterinya, Tunggu Kami di Sana Kak,” – Nurul Zahid.

gempak
Afiza Kamarulzaman
05/11/2020
07:36 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tidak Akan Nikahi Suami Saya Kalau Bukan Kerana Isterinya, Tunggu Kami di Sana Kak,” – Nurul Zahid.
Salam takziah diucapkan kepada Dato’ Nurul Zahid seisi keluarga atas pemergian madunya, Datin Bahazanariah binti Baharudin pada 5 November 2020, jam 4.16 pagi di Hospital KPJ Damansara. Menurut Nurul di Instagramnya, Allahyarhamah telah bertarung penyakit barah tahap empat sejak bulan Ogos yang lalu.
Menerusi posting beliau di Instagramnya, Nurul sering berkongsi kebahagian yang dilaluinya bersama suami, Dato’ Saiful Nizam Mohd Yusoff, madu dan anak-anak mereka. Mereka juga sering dilihat bersama-sama melakukan aktiviti riadah, bercuti, meraikan perayaan dan sebagainya.
Ternyata, kehidupan bermadu yang ditunjukan mereka sungguh indah dan jarang berlaku dalam kalangan mereka yang hidup berpoligami. Inilah contoh keluarga sakinah yang diimpikan setiap isteri dan pastinya kehilangan Allahyarhamah memberi kesan mendalam kepada Nurul sendiri.
Akan Filemkan Kisah Cintanya dan Suami
Menerusi satu posting yang dimuatnaik beliau pada 9 Oktober 2020, sempena sambutan hari jadi Allahyarhamah, Nurul mengakui mencintai kedua mereka kerana Allah taala. Kalau tidak kerana wanita berjiwa besar itu yang datang menjemputnya masuk ke dalam keluarganya, tidak mungkin dia mahu menikahi suaminya itu.
“Nurul, kahwinlah dengan Sepul, jagalah dia...” Masih terigang-ngiang permintaan arwah kepada Nurul ketika datangt melamarnya. Allahuakbar. Jarang-jarang berlaku, isteri yang mahu menjodohkan suaminya dengan perempuan lain. Tambahnya lagi, beliau berhasrat untuk memfilemkan kisah cintanya dan suami satu hari nanti.
Maaf Kerana Merahsiakan Sakitnya
Nurul juga memohon maaf kepada semua kerana terpaksa merahsiakan penyakit yang dihadapi oleh madunya itu. Arwah pernah mengidap barah pada 2015 dan ia kembali pada Ogos lalu, menyerang paru-paru, hati dan tulang. Selama itu, mereka keluar masuk hospital menjaga arwah. Ternyata, arwah sangat kuat.
Nurul turut meluahkan rasa rindunya kepada madu yang dipanggil Kakak itu. Kakaklah sumber kekuatan beliau. Luahnya lagi, “Siapa yang nak pujuk Nurul bila Sepul marah Nurul?” Inilah tiga tahun yang indah buat Nurul dapat bersama arwah. Nurul berjanji akan menjaga amanah arwah, menjaga suami dan anak-anak dengan baik.
Sekali lagi salam takziah buat Nurul, suami dan seisi keluarga. Diharapkan kalian tabah menghadapi kehilangan ini. Semoga arwah ditempatkan bersama roh-roh mereka yang beriman. Amin...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024