,
Highlights

Sedih Masih Sendiri?– Raikan Zaman BUJANG Sepuasnya Sebelum Hidup Menjadi Milik Suami dan Anak 100%!

Afiza Kamarulzaman
13/06/2020
15:39 MYT
Kebanyakan gadis yang sudah melepasi usia 25 tahun mulai resah apabila diri masih belum dipunyai sang lelaki yang bakal menjadi imamnya. Apatah lagi, jika sering diasak pertanyaan oleh keluarga dan teman-teman, “Bila lagi?” Ada yang lebih kejam mungkin melanjutkan soalan, “Kamu memilih sangat ke?”, “Kamu nak mak cik carikan jodoh?” Yang buat mulut terkelu untuk menjawabnya.
Maka, ada yang terkesan hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Setahun demi setahun menyambut ulang tahun kelahiran bagaikan momen pedih untuk terus mengira umur tahun berikutnya. Makin gelisah apabila melihat semakin ramai teman-teman sebaya sudah pun kita apit sebagai bridesmaid. Apa lagi, apabila tahun seterusnya meraikan pula mereka untuk baby shower dan seterusnya majlis akikah anak sahabat.
Kredit Foto: Google
Raikan Diri Ketika Masih Solo
Jangan fikirkan sesuatu yang bukan dalam bidang kuasa kita kerana jodoh pertemuan adalah ketentuan Yang Maha Esa. Ya, kita boleh berusaha tapi jangan sehingga menekan diri mencari jawapan pasti kerana ia pasti datang jika sudah sampai masanya. Dalam keadaan sekarang ini, raikan diri dan hari yang dilalui seorang diri. Lakukan apa sahaja yang kamu teringin pada saat ini sebelum diri bertukar status.
Masa sedang sendiri inilah seharusnya kamu pecut tangga kerjaya dengan sederasnya. Lakukan kerjamu sehabis baik. Masa ini juga tiada yang marah jika kamu mahu bekerja lebih masa. Pergi pagi, balik senja. Tumpukan seluruh energi membina kejayaan dalam karier atau perniagaan. Masanya juga mencari duit sebanyak mungkin demi masa depan yang cemerlang untuk pasagan dan anak-anak nanti.
Kredit Foto: Google
Jika ada hobi tersendiri, lakukanlah sepuasnya sekarang. Andai kamu seorang kaki mengembara, pergilah bersama teman-teman seangkatan. Melancong seorang diri memudahkan pergerakan dan persiapan. Tidak perlu memikirkan keperluan orang lain apatah lagi jika sudah ada anak kecil nanti.
Habiskan juga masa berkualiti bersama ibu, ayah dan adik-beradik selagi masa bersama mereka masih ada. Apabila sudah bersuami, komitmen berkeluarga akan terbahagi dua. Ada keluarga mentua pula yang perlu diberi perhatian sama. Kalau balik beraya, perlulah amalkan sistem bergilir begitulah kalau ada hal-hal tertentu membabitkan keluarga. Pasti harus ditanya pihak suami juga. Agak berat, kan?
Kredit Foto: Google
Adakala Perkahwinan Bukan Destinasi Akhir
Bukan memburukkan institusi perkahwinan, namun kamu harus bersikap realistik pada zaman solo ini. Tidak semua alam perkahwinan itu disulami keindahan bak syurga. Cuba selak-selak sikit kisah rumah tangga kakak-kakak, abang-abang atau kawan-kawan, pasti ada yang mengeluh kesah mengenang nasib diri. Ada yang sampai berasa menyesal membuat keputusan berkahwin.
Berapa ramai gadis yang dulunya ceria dan seorang yang periang bertukar menjadi wanita muram dan depresi apabila sudah bergelar isteri? Berapa ramai gadis yang dulunya tampil bergaya berubah menjadi selekeh dan hilang keyakinan diri setelah dinikahi suami dan menjadi ibu? Adakah itu kebahagiaan sebagai seorang wanita yang kamu inginkan? Sedangkan saat ini kamu sedang bahagia dengan semua kecukupan kecuali suami.
Maka syukuri dahulu apa yang kamu miliki sekarang. Jodoh pasti ada jika ia sudah tertulis dalam takdirmu. Jodoh yang sampai lewat itu bukanlah petanda buruk kerana yang dapat awal pun ada kala tidak bertahan selama-lamanya. Bak kata orang, biar lambat asal selamat. Apa yang penting, jangan putus berdoa kepada Tuhan agar diberikan pasangan yang baik yang dapat membahagiakan kamu dunia dan akhirat.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Rimas Dengan Soalan Jodoh, Nadia Brian Dapat Banyak Mesej Lelaki Nak Kenal - “Saya Tak Tahulah Siapa Boleh Bersama Dengan…”

gempak
07/09/2024
06:55 MYT
Selagi masih memegang status ‘single’, pelakon Nadia Brian mengakui dia tidak berasa rimas mahupun penat dengan pertanyaan berkaitan jodoh.
Hiburan

"Saya Terlalu Sibuk!" - Amir Masdi Tak Sempat Fikir Fasal Cinta, Hanya Fokus Kerja Sahaja

gempak
02/09/2024
06:04 MYT
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan bahawa dia tidak memberi fokus kepada mencari pasangan hidup sebaliknya hanya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengembangkan kerjaya.
Hiburan

“Urusan Jodoh, Ajal & Maut Bukanlah Di Tangan Saya” - Mimi Lana

gempak
17/08/2024
09:55 MYT
Pelakon Mimi Lana tampil bersuara selepas hubungan percintaannya bersama aktor Syafiq Kyle kembali menjadi perbualan netizen.
Viral

Ananda Natasha Tak Tolak Berjodohan Dengan Ezra Kairo - "Kalau Ada Jodoh, Ada Lah"

gempak
12/08/2024
08:25 MYT
Dilihat semakin rapat dengan penyanyi, Ezra Kairo, bekas isteri kepada personaliti media sosial, Andika Putera, Ananda Natasha, tampil mengulas lanjut berkaitan perkara tersebut.
Hiburan

Terima Banyak DM Lamaran Selepas Tular Video Sedang ‘Solo’, Khairul Aming Kongsi Ciri-Ciri Pasangan Idaman!

gempak
27/07/2024
01:48 MYT
Pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming mendedahkan telah terima banyak mesej lamaran menerusi akaun media sosialnya.