Highlights

Selamat Pulang ke Kampung Beraya, Tapi Jangan Balik Terus Peluk Cium Mak Abah. Jaga SOP, Sama Macam PKP.

gempak
Afiza Kamarulzaman
07/06/2020
10:53 MYT
Sponsor Banner
Selamat Pulang ke Kampung Beraya, Tapi Jangan Balik Terus Peluk Cium Mak Abah. Jaga SOP, Sama Macam PKP.
Selamat pulang ke kampung halaman dan selamat bercuti buat rakyat Malaysia. Syukur, akhirnya kita berjaya melalui saat sukar dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020 ini. Tapi, ingat kita belum menang sepenuhnya!
Ringkasan Inti Pati PKPP:
  1. Perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan PKPD.
  1. Buka hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan dan ekonomi.
  1. Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazar ria, medan selera, pusat penjaja, trak makanan dan gerai makan boleh beroperasi.
  1. Lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, kolam pancing komersil dan penggambaran filem dibenarkan.
  1. Aktiviti sukan tidak melibatkan sentuhan badan seperti boling, badminton, memanah, menembak berbasikal dan konvoi motosikal dibenarkan.
  1. Renang, ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang dan hoki tidak dibenarkan.
  1. Aktiviti pelancongan domestik dibenarkan.
  1. Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan.
  1. Pembukaan sekolah akan dilakukan secara berperingkat.
  1. Pub, kelab malam, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema masih tidak boleh beroperasi.
  1. Perarakan keagamaan, kenduri dan rumah terbuka masih dilarang.
Kredit Foto: Google
Ramai Rancang Pulang Ke Kampung
Pastinya, ramai antara kita yang sudah merancang untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Syawal yang masih berbaki beberapa minggu ini. Ia satu perasaan teruja dan kerinduan yang tidak boleh disangkal lagi apabila buat pertama kalinya Aidilfitri dirai tanpa boleh merentas negeri tahun ini. Ramai yang berkorban rasa dan jiwa dek mematuhi arahan kerajaan demi memutuskan rantaian Covid-19.
Dan, apabila kebenaran sudah diberi, maka kita sudah tidak dapat menahan diri untuk pulang menziarahi ibu, ayah dan keluarga yang lama tidak bersua wajah. Apa pun yang ingin kita lakukan nanti, pastikan SOP tidak dikecualikan. Seperti kata Perdana Menteri Malaysia, hiduplah dengan norma baharu yang telah disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kredit Foto: Google
Ada Juga Mahu Bercuti Ubat Stres
Tidak ketinggalan juga ada yang mengambil kesempatan kebebasan merentas negeri ini dengan mahu memulakan percutian. Khabarnya, aplikasi perhotelan juga sudah mula sibuk diterjah pengguna internet. Ada yang mahu melepaskan rindu dendam kepada pantai dan permandangan menghijau setelah berbulan-bulan terperap di rumah demi kepatuhan pada PKP.
Ia tidak lagi menjadi kesalahan. Anggaplah juga ia sebagai satu bantuan kita terhadap ekonomi Malaysia pula setelah berjuang sama untuk memulihkan kesihatan negara. Amat penting untuk industri pelancongan dan industri lainnya sama-sama dibangunkan dan dijana semula bagi mengelakkan lebih banyak sektor industri terjejas dan pembuangan pekerja berterusan.
Kredit Foto: Google
9 Langkah Perlu Aplikasi Ketika Rentas Negeri Dibuat:
  1. Bawa hand sanitizer kemana sahaja kita pergi. Cuci tangan setiap kali menyentuh sesuatu yang terdedah atau bersentuhan dengan orang lain.
  1. Jaga jarak dengan orang ramai. Elakkan mengujungi tempat yang sesak, tepis orang di kiri dan kanan!
  1. Pakai mask ketika berada di tengah khalayak ramai atau ketika kamu sakit.
  1. Terhadkan pemberhentian di stesyen minyak atau kawasan R&R untuk mengurangkan kontak dengan orang lain.
  1. Siap sediakan stok makanan atau apa saja kelengkapan dalam perjalanan rentasa negeri terutamanya yang punya anak kecil untuk mengelakkan kamu terpaksa berhenti membeli barang di pertengahan jalan.
  1. Apabila sampai ke destinasi, jangan terus berpeluk cium dengan orang yang ditemui. Cukuplah dengan syarat tunduk dan senyum. Tidak perlu berjabat tangan sekali pun.
  1. Amalkan bercakap pada jarak yang jauh. Tidak perlu lagi berbisik-bisik atau bertepuk tampar.
  1. Elakkan membawa anak kecil atau warga tua yang berisiko berkunjungan di banyak tempat atau ke sana ke sini.
  1. Apabila terdapat tanda-tanda tidak sihat, lekas-lekaslah mendapatkan rawatan di klinik dan jangan berjumpa dengan orang ramai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live