gaya hidup

Suami Isteri Akhir Zaman – Setuju Atau Tidak, Benteng AGAMA Harus Kuat. Barulah Hubungan Kukuh Dan Utuh.

gempak
Huda Hussain
24/12/2020
02:12 MYT
Sponsor Banner
Suami Isteri Akhir Zaman – Setuju Atau Tidak, Benteng AGAMA Harus Kuat. Barulah Hubungan Kukuh Dan Utuh.
Benar, tgak mudah hidup sebagai pasangan suami isteri dalam akhir zaman seperti apa yang dilalui kebanyakan daripada kita. Apabila keimanan dan asas agama hanya senipis kulit bawang, maka mudahlah dipengaruhi dengan anasir-anasir luar yang sudahnya akan memporak-perandakan rumahtangga. Bergembiralah iblis, bersorak rianglah syaitan apabila dapat meruntuhkan ikatan suci suami isteri.
Lantas, bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman ini?
1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Allah . Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.
Kredit Foto: Google
2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu. Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.
3. Banyakkan buat baik. Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.
Kredit Foto: Google
Semoga Allah menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman. Sungguh, takut dan ngerinya menjadi suami isteri hari ini. Moga Allah terus memegang hati dan menguatkan jiwa untuk hidup dalam rumahtangga. Sebelum lafaz ijab dan kabul dimetrai, penuhilah ilmu agama secukupnya. Bimbinglah pasangan ke jalan yang Allah redai.
Sungguh, ujian dan dugaan suami isteri akhir zaman ini cukup banyak. Andai hati bagaikan lalang; mudah dibawa ke kiri dan ke kanan berwaspadalah.
  1. Banyakkan sabar istighfar.
  2. Banyakkan zikir baca al Quran
  3. Solat taubat
Insya-Allah moga ikhtiar kita untuk mendirikan masjid yang disukai Allah dan disayangi Nabi Muhammad SAW ini akan terus dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live