Skip to main content

Budaya Popular

“Saya Masih Sihat & Aktif” - Adam Corrie Terkilan, Kesal Difitnah Meninggal Dunia

astro_gempak_adam-corrie-terkilan-kesal-difitnah-meninggal-dunia.jpg
Pelakon, Adam Corrie meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak yang sengaja menyebarkan berita palsu mengenai kematiannya di media sosial, baru-baru ini.


Masih hidup dan sihat

 
Menerusi perkongsian di Instagram, Adam atau nama lengkapnya Adam Corrie Lee Abdullah menegaskan bahawa dia masih hidup dan berada dalam keadaan sihat.
 
Hantaran itu juga turut disertakan dengan tangkap layar berita kematian itu.
 

“Assalamualaikum semua, baru-baru ini saya menerima banyak mesej bertanyakan tentang khabar angin yang mengatakan saya telah meninggal dunia.

"Alhamdulillah, saya masih sihat dan aktif seperti biasa,” tulisnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Terpisah Sejak Lahir, Adam Corrie Kongsi Detik Pertemuan Semula Dengan Adik - "Pertama Kali Lihat Dia Saya Tahu..."

ARTIKEL BERKAITAN:3 Tahun Tak Ada Kerja Selepas Umum Peluk Islam, Adam Corrie Isi Masa Dengan Majlis Ilmu - “Saya Rasa Berbaloi Kena ‘Banned’ Dekat…”

ARTIKEL BERKAITAN:Peluk Islam, Adam Corrie Syukur Isteri Selamatkan Dari Ilmu Agama Kurang Tepat: “Ini Perbuatan Syirik…”

ARTIKEL BERKAITAN:Makan Mi Wantan Pakai Chopsticks, Adam Corrie Dikecam Netizen - "Lagi Afdhal Makan Pakai Tangan.."


ARTIKEL BERKAITAN:“Pengalaman Sendiri, Tiada Zuriat Selama 10 Tahun”- Adam Corrie Nasihat Para Suami Usaha Sungguh-Sungguh Sebelum Fikir Kahwin Lain


Jangan kongsi benda tak benar


Dalam hantaran yang sama, Adam juga turut berpesan supaya orang ramai untuk menyemak kesahihan apa sahaja berita terlebih dahulu sebelum berkongsi.
 

“Fitnah sebegini bukan sahaja membingungkan keluarga dan rakan-rakan saya, malah boleh menimbulkan kebimbangan di kalangan mereka yang mengenali saya,” maklumnya.

 
Berikut merupakan kenyataan penuh Adam:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Advertisement

Must-Watch Video