HIBURAN
Memang Meriah! Temui Sherry Al-Hadad, Zizan Razak, Mierul Aiman, dan Nadhir Nasar Di Pesta #MeriahLainMacam bermula 15 Mac
Bersempena dengan sambutan Aidilfitri 2025, Astro dengan berbesar hati mempersembahkan Pesta #MeriahLainMacam yang merupakan sebuah acara istimewa dimana Astro bakal menampilkan pelbagai kandungan eksklusif dan aktiviti hiburan menarik untuk seisi keluarga.
Acara ini juga memberikan peluang kepada peminat untuk bertemu dengan selebriti kegemaran mereka termasuk menyaksikan tayangan khas serta menikmati pelbagai aktiviti interaktif yang bertemakan kemeriahan Syawal.
Pesta ini bakal berlangsung di tiga lokasi utama, iaitu Suria KLCC, Dataran Merdeka, dan Pavilion Kuala Lumpur, bermula 15 Mac sehingga 23 Mac 2025.
Menjadi lokasi pertama, Pesta #MeriahLainMacam di Suria KLCC bakal menampilkan duta RaRa Astro 2025, iaitu Sherry Al-Hadad, Zizan Razak, Mierul Aiman, dan Nadhir Nasar.
Mereka akan berkongsi mengenai kempen istimewa ini serta tayangan perdana iklan Raya 2025 bertajuk Lain Macamnya Raya yang mengangkat nilai kekeluargaan dan keindahan Syawal dengan mesej positif dan menyentuh hati.
Peminat juga berpeluang bertemu dengan selebriti dari kandungan khas Astro sempena Raya antaranya adalah One Cent Thief 2 (Azira Shafinaz), Gimme The Mic Raya (Shazreen Shaharum, Raes Ariffin, Bulan Asyraff), First Wives (Mimi Lana, Melissa Campbell) dan Dia Imamku (Kamal Adli, Fikhree Bakar, Haneesya).
Bagi melengkapkan kemeriahan, Astro dengan kerjasama Rocketfuel turut mempersembahkan dua lagu Raya eksklusif iaitu Meriah Lain Macam nyanyian Hael Husaini & Nadeera Zaini dan Nyam Nyam Ketupat gandingan hebat daripada Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania & Miss Alvy pada acara tersebut.
Pada 22 Mac pula Astro juga menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Dataran Merdeka, dengan kerjasama RASA Bubur Lambuk Wira, Ideaktiv, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).
Acara ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan masyarakat melalui amalan berkongsi rezeki sempena bulan Ramadan.
Tidak berhenti disitu, bagi acara kemuncak, Astro akan membawa duta RaRa Astro 2025, Nadhir Nasar dan Meerqeen untuk bersama-sama selebriti lain antaranya Harissa Adlyn, Evertts Gomez, Thompson Goh, Lorenzo, Sweet Qistmina, Faizal Hussien dan Nadia Aqilah untuk memeriahkan Pesta #MeriahLainMacam di Pavilion Kuala Lumpur pada 23 Mac bagi berkongsi mengenai kempen Meriah Lain Macam termasuk program-program menarik yang bakal menanti anda semasa musim perayaan.
Pesta #MeriahLainMacam bukan sekadar acara hiburan, tetapi juga platform untuk menghubungkan peminat dengan selebriti kegemaran mereka dalam suasana penuh kemesraan dan kegembiraan.
Melalui gabungan hiburan, nilai kemasyarakatan, dan jalinan ukhwah yang erat, Astro berusaha untuk menjadikan sambutan Hari Raya 2025 lebih istimewa, unik, dan bermakna untuk semua.
Untuk maklumat lanjut, ikuti @astromalaysia dan @sookamalaysia di media sosial serta sertai perbualan dengan #MeriahLainMacam.
Must-Watch Video