Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Highlights

Suami Isteri – Ambil Sumber Makanan Ini Untuk Tingkatkan Hormon, Rangsang Mood Dan Tambah Tenaga.

Huda Hussain 06/06/2020 | 15:10 MYT
Mungkin ramai dalam kalangan kita tidak peka dengan pengambilan makanan khususnya dalam memastikan kelangsungan hubungan intim antara suami isteri. Atau mungkin pengetahuan asas kalian mengenai sumber makanan yang merangsang deria rasa dan membangkitkan keghairahan itu ada cuma tidak diamalkan sahaja. Berikut adalah enam jenis makanan yang dapat meningkatkan hormon, merangsang otak, dan menambah tenaga. Ia sangat bermanfaat dalam hubungan intim (khusus buat suami isteri!).
Kredit Foto: Google
Asparagus
Kaya dengan vitamin B6 dan folate yang dapat menstimulasi orgasme. Asparagus juga mengandungi vitamin E yang dapat meningkatkan hormon dan keghairahan lelaki dan wanita.
Kredit Foto: Google
Avokado
Bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan kulit, avokado merupakan buah yang bermanfaat untuk meningkatkan energi dan keghairahan bercinta. Kaya dengan kandungan mineral didalamnya yang baik untuk menjaga kesihatan jantung dan menurunkan kolesterol. Selain itu, avokado juga mengandungi Omega 3 yang membantu merangsang mood lebih tenang dan bahagia.
Kredit Foto: Google
Cili
Walaupun rasanya pedas, cili sebenarnya mengandungi capsaicin. Ia adalah sejenis zat kimia yang membantu melepaskan endorfin ke otak anda. Endorfin merupakan zat kimia yang bermanfaat dan menstimulasi seseorang untuk merasa bahagia.
Kredit Foto: Google
Coklat
Siapa tak suka coklat kan? Mengandungi trypothan, ia berupaya membantu tubuh menghasilkan serotonin, zat semula jadi ini mampu membuat anda merasa nyaman dan tenang dalam bercinta. Coklat juga mengandungi zat phenylethylamine yang merangsang otak untuk membuat anda bahagia
Kredit Foto: Google
Kerang
Tinggi kandungan zat besi dan mineral, kerang membantu meningkatkan penghasilan testosteron dan menjaga kesihatan ovarium. Selain terkenal dengan khasiatnya untuk meningkatkan kandungan darah dalam badan, terbukti kerang membantu meningkatkan fungsi seksual lelaki dan wanita.
Menurut Diane M. Becker MPH, ScD, Pengarah The Center for Health Promotion di Johns Hopkins School of Medicine menyatakan,"Jika mengambil makanan yang sihat untuk jantung, kaya serat dan rendah lemak, ini secara tak langsung amat bagus untuk merangsang mood jadi lebih baik.” Selamat mencuba!
#Suami Isteri #Hubungan Intim #Sumber Makanan
;