gaya hidup
Syarikat Korporat Prihatin Teruskan Sumbangan PPE, Mask, Tanki Oksigen, Katil Buat Hospital Yang Memerlukan. SYABAS!
Wan Hai Lines (M) Sdn Bhd di bawah program Corporate Social Responsibility telah menyumbang peralatan perubatan kepada tiga buah hospital di Lembah Klang berjumlah kira-kira RM160,000.
Hospital yang menerima sumbangan ini ialada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Bekalan perubatan yang disumbangkan termasuk PPE Coverall, topeng muka N95, Tikar Anti-Viral, Tangki & Katil Aliran Tinggi Oksigen (termasuk tilam dan bantal). Ini adalah inisiatif syarikat ini dalam membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dan semua rakyat Malaysia selama berada dalam pandemik agar rawatan sebaiknya dapat diberikan sewajarnya. Inilah tradisi program CSR mereka saban tahun.
Advertisement
Sumbangan ini telah diterima oleh Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Dr YB Dr Haji Zulkarnain bin Haji Mohd Rawi, Pengarah HUKM YBHG. Profesor Dato Dr Razman Jarmin and Dr Geetha di Hospital Sungai Buloh.
Antara faktor mengapa ketiga-tiga hospital ini dipilih sebagai penerima sumbangan kerana di sinilah terdapat banyaknya kes Covid-19 dirawat. Dan, mereka berharap dengan adanya sumbangan ini dapat membantu menampung kekurangan sumber perubatan yang ada dalam memenuhi kepadatan pesakit.
“Ketika berlakunya wabak, ini adalah hospital yang menangani pesakit dengan jumlah yang tinggi, kami telah memutuskan untuk memberikan sokongan kepada mereka untuk meringankan beban mereka dalam masa yang sukar ini untuk memastikan mereka dilengkapi dengan semua kemudahan. Ini adalah inisiatif syarikat kami selama wabak ini untuk memastikan semua rakyat Malaysia selamat dan mendapat rawatan dan rawatan perubatan yang sewajarnya. Pada program CSR, adalah tradisi kami untuk melakukannya setiap tahun,” ujar wakil Wan Hai Lines (M) Sdn Bhd.
Mereka melihat sumbangan ini sangat penting terutamanya stok PPE untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan barisan hadapan dapat berjalan sempurna tanpa risiko. Tambahan pula, kakitangan frontliners harus sentiasa berada dalam keadaan selamat daripada berkontak rapat dengan orang awam.
Pusat kesihatan misalnya masih kekurangan bekalan PPE bagi melindungi petugas kesihatan daripada wabak COVID-19. Oleh itu, pihak Wan Hai Lines menyahut seruan kerajaan untuk menghentikan penularan wabak ini dengan menyalurkan PPE kepada petugas barisan hadapan.
Dalam pada itu, Wan Hai Lines turut giat membantu kerajaan dengan melakukan saringan kesihatan, dan ingin berganding bahu untuk bersama Malaysia pada waktu pandemik ini. Oleh sebab itu, jutawan Taiwan bertindak membantu Malaysia untuk menjalinkan hubungan dua hala.
Must-Watch Video