Highlights

Tak Nak Orang Datang Beraya – Perlukah DIUMUMKAN di FB/IG Atau Beritahu Terus Kepada Yang Berhajat Saja?

Afiza Kamarulzaman
20/05/2020
12:58 MYT
Seperti yang kita tahu, tetamu itu bagaikan pembawa rahmat ke dalam rumah. Malah, Nabi sendiri menganjurkan kita untuk memuliakan para tetamu yang hadir ke rumah kita dengan melayan mereka sebaik mungkin, memberi makan yang baik-baik dan tidak menyakitkan hati mereka sepanjang berada bersama kita. Apatah lagi, pada hari yang mulia Hari Raya, kunjungan tetamu pastinya sesuatu yang sangat dianjurkan.
Namun, ia sangat berbeza tahun ini apabila PKP dilaksanakan dek penangan wabak Covid-19 yang belum selesai. Tetamu bagaikan ‘musuh’ yang perlu dijauhi. Sebaiknya, kita tidak digalakkan untuk berkunjungan pada Hari Raya nanti demi mengelakkan jangkitan Covid-19 semakin berleluasa. Ramai yang sedih kerana sudah terbiasa dengan kelazaiman kunjung-mengunjung ketika Lebaran muncul.
Kredit Foto: Afiza Kamarulzaman
Kunjungan Tetamu Tak Lebih 20 Orang
Seperti yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, kerajaan hanya membenarkan kunjungan maksimum 20 tetamu sahaja pada satu-satu waktu Aidilfitri nanti untuk setiap rumah. Namun, ia bergantung kepada keluasan rumah terbabit. Pada masa yang sama, penjagaan jarak dan kebersihan harus diteruskan sesuai dengan norma baru yang disarankan kerajaan.
Walaupu sudah diberi kebenaran seperti di atas, ada antara rakyat yang menolak untuk menerima tetamu pada Hari Raya atas alasan keselamatan bersama. Ia sesuatu yang baik juga kerana lebih baik mencegah daripada berdepan dengan risiko yang kita sendiri tidak tahu. Apatah lagi, jika di rumah itu terdapat warga emas dan mereka yang berpenyakit kronik yang punya risiko tinggi untuk mudah dijangkiti virus ini.
Kredit Foto: Google
Pengumuman Terbuka Tak Sopan?
Ada sesetengah orang sudah pun membuat pengumuman terbuka di akaun media sosial mereka dengan menyatakan tidak dapat menerima kunjungan tetamu Hari Raya nanti. Mungkin ini adalah situasi pertama yang kita alami, maka ada yang berasakan cara itu tidak sesuai dan kurang manis. Seolah-olah, tetamu itu ‘hadap’ sangat mahu mendatangi rumah mereka.
Bagi kebanyakan orang berpendapatan, dalam situasi sekarang ini, ramai sahaja yang sudah faham dengan situasi pandemik ini. Maka, mereka pasti teragak-agak juga juga mahu mengadakan kunjungan, apatah lagi yang bukan dalam kalangan saudara terdekat. Bukanah kebanyakan kita mempunyai kumpulan WhatsApp keluarga, boleh sahaja diumumkan di situ. Ia lebih telus dan terus. Lagi pula, bukan semua orang mempunya akaun media sosial atau rajin untuk ‘stalk’ akaun kita. Nanti, kata dah beritahu tak reti bahasa juga!
Kredit Foto: Google
Selama Ini Pun Rumah Tak Pernah Dibuka
Kata seorang teman, dia tidak kisah dengan tindakan orang yang mahu membuat pengumuman rasmi menolak kunjungan tetamu tahun inni. Namun, yang kelakarnya apabila pengumuman itu dibuat oleh mereka yang sememangnya tidak pernah membuka pintu rumah kepada tetamu pun selama ini. Tiba-tiba tahun ini, dia pula paling beria tidak mahu orang datang ke rumahnya.
“Sangat lucu apabila sepupu saya ini, begitu pantas memuat naik post di Facebooknya dengan caption, tidak dapat menerima tetamu kerana menyahut seruan kerajaan untuk duduk rumah. Sedangkan, ketika kerajaan tak melarang dulu pun, memang dia tidak pernah pun bagi orang datang rumah beraya. Dia sahaja yang rajin ke rumah orang. Hahaha...” Cerita teman ini yang bakal beraya di Kuala Lumpur saja.
Kredit Foto: Google
Harap Semua Faham dan Berlapang Dada
Kita tidak mahu kerana niat yang baik itu merosakkan hubungan silaturahim. Kita tidak mahu juga untuk mengutamakan kesihatan dan keselamatan, ada hati yang terluka dan menjauhi. Kalau boleh kita mahu menang daripada semua segi. Menang daripada segi kesihatan juga hubungan sesama insan. Seperti yang selalu kita dengar, niat tidak menghalalkan cara. Jadi, sebaik mana pun niat itu jika dilaksanankan dengan cara yang tidak elok, maka tiada gunanya.
Bertindaklah seumpama menarik rambut di dalam tepung. Rambut jangan putus, tepung tidak berserakan. Bagi yang mempunyai kenala dan saudara-mara yang tak terhitung ramainya, mungkin bolehlah membuat pengumuman rasmi seperti itu. Namun, bagi rumah yang kebiasaannya sudah tahu tak berapa kerat pun akan datang, maka berurusanlah secara terus kepada mereka yang mungkin berhajat untuk datang ke rumah.
Namun, penulis percaya dalam keadaan sekarang kebanyakan kita sudah bijak dan maklum dengan keadaan sekarang ini. Mereka pasti segan untuk datang ke rumah orang melainkan dengan jemputan tuan rumah itu sendiri. Semoga kita semua dilindungi Allah daripada wabak penyakit dan hubungan silaturahim juga tidak terancam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

gempak
26/04/2024
06:55 MYT
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Hiburan

Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”

gempak
24/04/2024
06:00 MYT
Aidilfitri 2024 merupakan sambutan Hari Raya paling hiba buat penyanyi, Kaka Azraff apabila dirinya terpaksa menyambut lebaran tanpa dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya. Berkongsi pengalaman tentang perayaan tanpa dua individu penting dalam hidup, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui sangat terkesan dengan pemergia
Hiburan

Lagi 5 Tahun, Rakyat Malaysia Bakal Sambut Aidilfitri dan Tahun Baru Cina Secara Serentak!

gempak
16/04/2024
07:00 MYT
Bagi sesiapa yang lahir pada tahun 1996 atau selepasnya, mungkin tidak mengetahui bahawa Malaysia pernah menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina secara serentak.
Hiburan

Aishah Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed Depan Rumah! - "Tambah Sesak Sebab Dapat Konsert Free"

gempak
14/04/2024
15:26 MYT
Juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Datuk Aishah menghiburkan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di hadapan kediaman keluarganya baru-baru ini
Hiburan

"Kesabaran Akan Bawa Ketenangan" - Syed Saddiq Beri Kata-Kata Semangat Buat Bella Astillah

gempak
14/04/2024
12:55 MYT
Momen pelakon Bella Astillah beraya di kediaman ahli politik Syed Saddiq pada Ahad mencuri tumpuan ramai.