Trend yang sangat menakutkan hari ini adalah apabila setiap budi dan bakti yang kita lakukan seolah-olah wajib dimuatnaik di media sosial. Jika orang tidak nampak di media sosial kita ada gambar atau video membuat kerja amal, terus kita dicop ‘tak prihatin’, ‘tak membantu’ dan sebagainya.
Sedangkan ada orang memang tidak aktif dengan media sosial. Ada juga yang jenis tidak pandai bermain ‘content’. Dia buat apa dia mahu buat, selesai, sudah. Tidak terfikir mahu dijadikan bahan di Facebook atau Instagram. Ada pula yang memang tidak suka memberitahu orang akan kerja amal dan sedekah jariah yang dibuat.
Begitulah setiap manusia berbeza cara dan pemikiran. Sangat menyedihkan apabila muncul begitu banyak golongan individu yang suka sangat mengecam orang yang tidak menunjukkan kerja amal dan bantuan mereka. Ya Allah, ini sikap yang sangat mendukacitakan dan wajar dibendung.
Jangan kita biasakan sesuatu yang bukan tuntutan agama. Sedangkan sebaik-baik amalan dan sedekah itu adalah yang apabila tangan kanan memberi, tangan kiri pun tidak tahu. Kenapa mahu dikutuk orang yang mengikut ajaran agamanya? Dan, orang yang menunjuk dan riak pula dibangga-banggakan.
Tolonglah ingat dosa. Dosa mengecam, dosa membuat fitnah dan dosa menyakitkan hati orang yang berbuat kebaikan.
Jika kamu suka dengan ‘content’ mereka yang berbuat kebajikan, teruskan menyokong tetapi kamu tiada hak untuk memaksa orang lain mengikut apa yang kamu suka. Yang baik untuk kamu belum tentu baik untuk orang lain. Sungguhpun, atas alasan memberi inspirasi atau untuk mengajak orang lain berbuat yang sama, tapi ia bukanlah satu trend wajib untuk semua.
Entah-entah yang senyap dan diam itu, sedekahnya lebih banyak, bantuannya lebih diterima di sisi Allah. Cumanya, dia tidak dapatlah pujian di dunia, tidak diagung-agungkan, tidak viral. Tapi, usahlah sedih, ganjaran untuk orang yang ikhlas memudahkan urusan orang lain sudah dijanjikan Allah di akhirat nanti.
Dalam Surat Al-Baqarah Ayat 262 Allah berfirman, "Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudia mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti perasaan (si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Allah."
Selain itu, Allah juga menegaskan firman-Nya dalam Al-Baqarah Ayat 264 bagi orang yang memamerkan amalan sedekahnya. Allah berfirman, " Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan (si penerima)."
Afiza Kamarulzaman
Mon Dec 27 2021


“Tolong Sapu Hati I Please” - Muka Macam Pelakon You? Hasrat Gadis Ini Jumpa Cleaner Kacak Akhirnya…
Ramai mendakwa lelaki berkenaan kelihatan seperti watak drama bersiri You, Joe Goldberg

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP1
Macam mana dengan show tadi? Best? Kalau korang nak lagi, apa kata korang layan kapsul ni pulak. Jom kita tengok apa persiapan dorang sebelum bermulanya show tadi. #MysteryRankingShowMalaysia

#TravelMana: Tambang Kereta Api Tenom RM1.20 Sehala, Percutian Gadis Ini Ke Sabah Tular! - “Boleh Bau Angin Segar”
Bucketlist!

“Sepatutnya Last Check Up…” - Berkat Jumaat, Anzalna Selamat Bersalin Anak Kedua
Lepas Elfira, Anzalna pula bersalin. Tahniah, ramainya baby tahun ni hehe

Elfira Loy Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
Alhamdulillah...

“Jangan Paksa Mereka Ubah…”- Sheikh Muszaphar Dedah Anak Kidal Banyak Kelebihan
Kidal ni memang rare!

“Jangan Buang Anak, Hubungi Saya” - Iesya Toh Ambil Inisiatif Jadi Talian Bantu Mangsa
Baguslah Iesya Toh nih.

“Padam Video Sebab Masalah Teknikal” - Agensi Nafi Dakwaan Netizen, Yoo Eun Hye & Kim Jong Kook Tak Bercintalah!
Eh couple ke tak ni sebenarnya?

Rossa Bakal Luah 25 Tahun Usia Nyanyian Dalam Konsert Mega
Wah kejap je dah 25 tahun?

Bersolek Ala Glamor Seperti Kilafairy Atau Natural Look Macam Nadia Brian Untuk Lebaran Kali Ini?
Dah cantik bersolek, kesihatan gigi jangan dilupa.