gaya hidup

Tangani Depresi Waktu PKP, Ini Tips Ustaz Don – “Bagi Otak Kita Mengembara, Berhubung Dan Berbual Dengan Keluarga.”

gempak
Huda Hussain
17/07/2021
15:37 MYT
Sponsor Banner
Tangani Depresi Waktu PKP, Ini Tips Ustaz Don – “Bagi Otak Kita Mengembara, Berhubung Dan Berbual Dengan Keluarga.”
Masalah depresi, kemurungan dan pelbagai penyakit mental kian hangat diperkatakan dan ia benar-benar berlaku dalam kalangan kita. Betapa hebatnya impak pandemik ini, bukan sahaja membadai ekonomi dan kesihatan fizikal tetapi yang turut terkesan adalah kesihatan mental. Tidak dinafikan duduk terperap dirumah setiap hari, pergerakan yang terbatas ke sana sini sebelum ini sungguh menguji. Justeru apa perlu dibuat bagi mengelakkan seseorang cenderung melakukan tindakan yang akhirnya merugikan dan memudaratkan diri? Ustaz Don kongsi pandangan dan solusinya.
Kredit Foto: Google
Cara kita nak hadapi depresi dalam waktu sekarang. Ustaz boleh beri saranan untuk bagaimana hilangkan keresahan kita misalnya bila kita tengok peningkatan kes Covid-19 yang semakin mendadak sejak kebelakangan ini? Mungkin ada banyak jalan solusi. Tetapi yang nak dikongsikan inilah apa yang saya amal dan mudah untuk kita kenal pasti. Bila kita sebut soal depresi, kita tidak nafikan ada yang berkepakaran boleh berikan hujah. Misalnya doktor, berjumpa pakar psikiatri, makan ubat dan seangkatan dengannya. Ada orang yang boleh bercakap dari sudut psikologi dan boleh beri saranan tersendiri kerana mereka ahli dalam bidang itu. Kalau kita lihat dalam konteks agama dan sirah para Nabi, depresi atau tekanan berlaku kepada semua para anbia. Dan ketahuilah bahawa, tidak ada orang yang melalui tekanan perasaan yang paling kuat mengatasi para anbia. Nabi-Nabi lebih kuat depression mereka yang Allah SWT beri kepada mereka.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Contohnya Nabi Ayub, ada 12 orang anak lelaki dan kesemua anak-anaknya meninggal dalam satu malam yang sama. Even rakyat Palestin sekarang pun, tiada yang pernah diuji sedemikian. Ya, mereka melalui tekanan tetapi apa yang saya nak fokuskan adalah yang dilalui para anbia, tekanan dan ujian yang Allah beri kepada mereka jauh lebih tinggi, lebih dahsyat daripada kita.
Kredit Foto: Google
Sebab itu saya harap jangan ada orang berasakan seolah-olah tidak ada orang lain yang ditimpa sesuatu musibah atau ujian lebih teruk daripadanya. Saya ambil contoh Nabi Ayub, ada dua pandangan. Beliau diuji pada umur 51 dalam satu riwayat dan satu lagi riwayat beliau diuji pada umur 81 tahun. Orang yang paling kaya pada zamannya, yang paling berharta adalah beliau sendiri. Tetapi Allah uji Beliau diuji dengan kehilangan anak-anaknya pada satu malam sahaja. Beliau juga diuji sakit sehingga belasan tahun dan puluhan tahun yang tiada orang nak berkawan dengannya. Dan dia duduk seorang diri di hujung kampung.
Tengok pula Nabi Yunus, tekanan yang diberi masyarakat membuatkannya membawa diri naik ke kapal. Sudahlah difikirkan naik kapal mampu menyelesaikan masalah tetapi sebaliknya. Dia terjun lupa dalam perut ikan dan duduk berapa lama dalam perut ikan. Sajalah saya nak beri gambaran, kalau sesiapa tak bersetuju dengan percakapan saya bahawa para anbia ini diuji teruk. Walaupun doa mereka jauh lebih makbul daripada kita, tapi tengok Allah uji mereka macam mana? Antara Nabi yang tidak terlepas daripada diuji dengan hebat adalah Nabi Muhammad SAW. Baginda teruk diuji daripada Nabi-Nabi Allah yang lain sehinggakan ada tahun yang dinamakan tahun duka cita, tekanan perasaan bagi Nabi. Lihat pula, bagaimana cara Allah buat bagi Nabi untuk settle down atau boleh move on?
Kredit Foto: Google
Pertama, Allah bawa Nabi dalam satu perjalanan malam iaitu tidak lain tidak bukan, Israk Mikraj. Dalam perjalanan itu kita dapat faham bahawa; bila kita dalam keadaan depression; kita perlu mengembara melihat alam. Dengan keadaan pandemik hari ini yang membuatkan kita tak boleh ke mana-mana, bukalah YouTube dan tengok keajaiban ciptaan Allah yang ada di negara-negara lain. Jangan tengok tiktok, gosip dan sebagainya. Tapi tengok keindahan Jaipur di India, Kashmir di Pakistan, Australia, Ireland, Scotland, Jepun dan lain-lain misalnya. Tonton dokumentari negara-negara lain yang ada di dunia ini. Biar kita tengok dunia ini luas. Sebab itu Nabi pergi berjalan, tengok tempat-tempat. Sampai di Bukit Tursina tempat di mana Nabi Musa berbicara dengan Allah, Nabi solat dua rakaat disitu. Kemudian Nabi dibawa ke Madinah yang sebelumnya dikenali dengan nama Thayyibah ataupun Yathrib pada awalnya hingga Baginda menukar kepada Madinah. Tiba disitu Nabi Muhammad solat dua rakaat.
Dan ketika ditanya Malaikat tahukah Baginda mengenai tempat itu, jawab Baginda tidak. Tetapi Malaikat terlebih dahulu memberitahu bahawa disitulah tempatnya Baginda akan berhijrah. Sedangkan Nabi Muhammad belum berhijrah lagi ketika itu. Semuanya diceritakan dalam peristiwa Israk Mikraj. Seolah-olah memberi gambaran kepada kita bahawa dengan pergi mengembara melalui medium hari ini misalnya YouTube; kita mengembara dan secara tidak langsung kita boleh rangka perancangan lima tahun akan datang ke mana kita nak pergi, apa kita nak buat.
Kredit Foto: Google
Secara tak langsung ia akan hilangkan keresahan, depresi dan beri peluang supaya kita dapat belajar perkara baru. Otak kita ada sistem tersendiri. Ia perlu ada input, diisi supaya mendorong kita mencari sesuatu yang beri manfaat, kelainan, perkara yang baru dan segar.
Kalau kita tidak terikat dengan PKP dan masih alami depresi, kita akan sarankan supaya pergi berjalan. Melancong, bercuti, daki bukit dan sebagainya. Tengok betapa luasnya ala mini. Sebab itu Allah tidak cukup dengan membawa Nabi pergi Israk sahaja tetapi Allah bawa Baginda naik untuk diperlihatkan bumi ini seluas mana, langit ini tinggi mana? Allah tunjuk kekuasaan-Nya. Dalam erti kata lain, supaya kita nampak kebesaran Allah melalui besarnya alam ini.
Kredit Foto: Google
Kedua, Allah beri Nabi jumpa para anbia lain di tingkatan langit-langit. Langit pertama dipertemukan dengan Nabi Adam, langit kedua berjumpa dengan Nabi Isa, langit ketiga Nabi Yusuf. Kenapa Nabi Muhammad dipertemukan dengan para anbia itu semua? Istilahnya, regeneration.
Bila kita dalam keadaan depression, telefon emak ayah, datuk nenek, adik-beradik, saudara-mara. Berbual dan berhubung dengan mereka. Bersembang, dengar pandangan, bergurau senda ia akan memberi satu kelegaan dan kegembiraan. Sebab manusia ini namanya insan. Insan dalam kamus bukan saja datang daripada perkataan nisian (pelupa), ia juga berasal daripada perkataan anisah (manja).
Kita adalah makhluk yang social. Makhluk yang mahukan perhatian, sifatnya manja. Dan sebab itulah juga kita tengok, pakar yang membincangkan isu depression kata mereka apabila seseorang depresi; apa yang dia mahu buat? Dia nakkan privasi, duduk seorang diri dalam bilik, tidur, duduk di tempat gelap, nak berkurung, murung. Macam mana nak atasinya adalah dengan hanya perlu keluar dari semua ini. Ya, faham dalam waktu PKP kita tak boleh keluar. Tapi telefon kan ada, call mak ayah, semua keluarga. Bersembang, luahkan perasaan. Itu jalan penyelesaiannya selain solat dan banyakkan berdoa kepada Allah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024