Highlights

Tantrum Anak – Bagaimana Mahu Atasi Dan Berhadapan Dengannya? Kenali Punca, Fahami Emosi Untuk Tanganinya.

gempak
Huda Hussain
21/06/2020
06:13 MYT
Sponsor Banner
Tantrum Anak – Bagaimana Mahu Atasi Dan Berhadapan Dengannya? Kenali Punca, Fahami Emosi Untuk Tanganinya.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti pernah atau selalu berhadapan dengan situasi anak mengamuk atau dalam istilah lain tantrum. Sama ada dirumah atau di tempat awam, jika sampai masanya pasti bikin adrenalin kita juga menggelegak menahan amarah dan geram. Mana lagi mahu menenteramkan anak, memujuk dan tidak kurang juga pasti terselit perasaan malu apabila ada mata yang memandang. Mulalah diselubungi perasaan tidak selesa dan segera mahu menamatkannya. Dan perkongsian berikut pasti berguna untuk kita cuba fahami dan selami serta ketahui bagaimanakah caranya mahu menanganinya. Menerusi perkongsian Viral Muafakat Johor yang penulis temui di Facebook, ia amat berguna untuk semua ibu bapa amalkan.
Kredit Foto: Google
Ibu ayah bacalah... Anak berusia setahun setengah ke dua tahun setengah akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu. Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
Kredit Foto: Facebook Viral Muafakat Johor
  1. Pegang dia seperti dalam gambar ini.
  1. Bisikkan anda sayang dia dan fahami perasaannya.
  1. Baca ayat Al-Quran dan A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda dalam saat genting itu.
  1. Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang.
  1. Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukulnya kononnya untuk mendisiplinkan dia. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
Apa Itu Tantrum? Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak yang berusia 15 bulan hingga enam tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hiper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:
1) Kanak-kanak tidak cukup tidur. 2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur. 3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali. 4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan. 5) Emosi tidak tenteram (sering negatif). 6) Mudah marah dan mudah menangis. 7) Sukar dialihkan perhatiannya.
Tantrum termanifestasi dalam pelbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:
Kredit Foto: Google
Dibawah Usia 3 tahun ·Menangis ·Menggigit ·Memukul ·Menendang ·Menjerit ·Memekik-mekik ·Menghempaskan badan ke lantai ·Memukul-mukulkan tangannya ·Menahan nafas ·Menghentakkan kepala ·Melemparkan barang ·Menyangkung ·Memeluk tubuhnya
Kredit Foto: Google
Usia 3 hingga 4 tahun ·Menghentakkan kaki ·Berteriak ·Meninju ·Membantingkan pintu ·Mengkritik ·Merengek
Usia 5 tahun ke atas ·Memaki hamun orang lain atau ibu bapanya ·Menyumpah ·Memukul kakak, adik atau kawan-kawannya ·Mengkritik diri sendiri ·Memecahkan barang dengan sengaja ·Mengancam ·Merungut ·Trauma atau fobia terhadap sesuatu yang menekan emosi anak.
Punca Tantrum Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:
Kredit Foto: Google
1) Kehendak atau Keinginan Anak Di Halang Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.
2) Ketidakmampuan Anak Mengungkapkan Dengan Perkataan Kanak-kanak bawah usia empat tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan kekecewaan pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.
Kredit Foto: Google
3) Pergerakan yang Terhad Kanak-kanak yang hiper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibu bapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stres pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stres, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik. Si anak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya diperbolehkan.
4) Asuhan Ibubapa a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan. b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum. c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik atau buruk untuk anak.
5) Anak Kepenatan, Lapar atau Dalam Keadaan Sakit.
6) Anak Sedang Stres Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).
Kredit Foto: Google
7) Trauma Atau Fobia Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita menangani tantrum yang mungkin terjadi pada anak-anak kita. Bercakap dengan nada yang lembut dan memujuk boleh cuba dilakukan untuk ‘tackle’ semua emosi mereka yang sedang tantrum. Tetapi adalah penting untuk ibubapa mengawal emosi tanpa memarahi dan menjerit kepada anak-anak kerana ia akan lebih memburukkan keadaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live