gaya hidup

Tiada KOMPAUN Dikeluarkan Pada 1 Syawal – BAGUS! Rakyat Malaysia Semakin Bijak dan Reda...

gempak
Afiza Kamarulzaman
14/05/2021
00:43 MYT
Sponsor Banner
Tiada KOMPAUN Dikeluarkan Pada 1 Syawal – BAGUS! Rakyat Malaysia Semakin Bijak dan Reda...
Menurut laporan Awani, pematuhan orang ramai terhadap prosedur operasi standard (SOP) khususnya kesalahan berkaitan larangan kunjung-mengunjung atau ziarah Aidilfitri berada pada tahap memuaskan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar, berkata tiada sebarang kompaun dikeluarkan berhubung kesalahan itu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis.
Beliau berkata yang ada hanyalah kompaun dikenakan ke atas kesalahan tidak memakai topeng muka selain tidak mengamalkan penjarakan fizikal, lapor Bernama. "Pemerhatian di kawasan perumahan juga mendapati jumlah kenderaan adalah tidak banyak menandakan tiada aktiviti berkumpul yang ketara oleh orang awam.
"Walau bagaimanapun pemantauan dan rondaan akan kekal dilakukan dari semasa ke semasa dalam memastikan keadaan ini kekal untuk jangka masa yang lama," katanya ketika ditemui Bernama pada Jumaat.
Kredit Foto: Google
Rakyat Malaysia Akur Raya Ikut SOP
Walaupun pada awal pengumuman PKP 3.0 yang lalu, rata-rata rakyat Malaysia menzahirkan rasa tidak puas hati dan kurang bersetuju terutamanya yang berkaitan SOP Aidilfitri, namun tiada bantahan rasmi dilakukan rakyat Malaysia. Malah, sehingga tibanya 1 Syawal, semua rakyat Malaysia nampaknya menerima dengan lapang dada.
SOP Aidilfitri itu termasuklah larangan merentas negeri dan daerah dan aktiviti ziarah rumah ke rumah. Walaupun ia sukar untuk diterima kerana pada Aidilfitri tahun lalu, merentas daerah dan aktiviti berkunjungan masih dibenarkan, namun rata-rata rayat Malaysia nampaknya tetap patuh akan arahan tersebut.
Ini terbukti apabila tiada kompaun dikeluarkan sepanjang 1 Syawal yang lalu. Menerusi laman media sosial juga, rakyat Malaysia dilihat berkongsi kesederhanaan sambutan Hari Raya dengan seisi rumah sahaja.
Seperti kata salah seorang warga Kuala Lumpur, Aisyah Daud, “Saya dan suami memiih untuk merayakan Aidilfitri ini di rumah bersama tiga orang anak kami saja. Walaupun jarak rumah kami dengan ibu ayah hanya 10km, tapi kami tidak mahu mencari masalah. Biarlah kami berkorban.”
Dan kata seorang lagi warga maya yang sudah dua tahun tidak dapat pulang ke kampung halamannya di Mersing, Hafiz Isa, “Memang sedih apabila sudah dua tahun saya beraya sendiri di KL, saya bujang pula tu. Jadi, saya beraya dengan kawan serumah saja. Alhamdulillah, ada saja orang yang sudi hantarkan juadah raya seperti rendang dan lemang,” ujarnya yang menyambut baik SOP yang ditetapkan kerajaan itu.
Kredit Foto: Google
Yang ‘Terlepas’ Itu Harap Muhasabah Diri
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ada juga segelintir orang Malaysia yang terlepas melakukan kesalahan SOP Aidilfitri ini. Mereka inilah ‘tikus-tikus’ yang berjaya meloloskan diri demi mahu beraya mengikut kehendak hati.
Bukan dengki, tapi ia dirasakan satu ketidakadilan apabila kebanyakan kita sanggup berkorban demi kesejahteraan semua, tapi ada seorang dua yang bersikap pentingkan diri dengan merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman yang mungkin membawa virus yang tidak kelihatan.
Ada juga yang mengambil kesempatan berkunjungan rumah ke rumah dengan pelbagai helah dan alasan. Entahlah. Mungkin mereka terlepas pada undang-undang negara tetapi sendiri ingatlah, dan sepatutnya malu apabila melakukan kesalahan pada diri sendiri.
Kejujuran diri itu tanda aras dalam kualiti diri seseorang. Ia tidak boleh dilaraskan menerusi kena atau tak denda oleh pihak berkuasa. Terlepas daripada hukuman bukan bermakna satu kejayaan tapi ia kegagalan diri anda sendiri dalam menjadi rakyat yang bertanggungjawab.
Apa pun, tahniah kepada kalian yang kekal dengan SOP yang ditetapkan. Kita bukan ‘bodoh’ atau ‘lurus’, tapi kita ada kualiti dan class diri yang kita sendiri pegang sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live