Personaliti

“Tips Perkahwinan; Pertama Ciuman, Kedua Isteri Suka MATERIAL, Kalau Mampu Suami Bagilah,” – Ustaz Syamsul Debat

Afiza Kamarulzaman
03/09/2021
05:37 MYT
Dalam episod Rumah No 107 malam ini, di samping mengundang Amar Baharin, Amyra Rosli, Nabil Mahir dan Ayda Jebat, pada hujung segmen turut menjemput Ustaz Syamsul Debat berkongsi nasihat dan tips membahagiakan rumahtangga. Masing-masing nampak teruja kala melihat kelibat Ustaz secara virtual itu.
Walaupun muncul untuk tempoh beberapa minit sahaja, banyak juga perkongsian dan ilmu yang sempat dikongsikan ustaz dalam program tersebut. Bagus untuk difahamai dan diamalkan oleh pasangan bagi mengharmonikan lagi bahtera yang dilayari bersama.
Mukadimah ustaz tentang perkahwinan, ujarnya, “dalam urusan rumahtangga kita, tiada siapa boleh mencorakkannya termasuklah mak ayah sendiri. Hanya pasangan suami dan isteri yang mampu menentukan. Dua asas utama dalam masjid yang dibina ialah kepercayaan dan kasih-sayang.
Mengambil contoh kedua-dua pasangan selebriti yang berada di depannya, kata ustaz, “sebagai contoh bukan senang pasangan artis nak bagi suami atau isterinya berlakon dengan orang lain. Inilah pentingnya kepercayaan untuk mengukuhkan kerukunan.”
Memetik hadis Nabi yang bermaksud, “aku bangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.”
Jelas Ustaz Syamsul, “maka inilah yang dianjurkan dalam Islam untuk berkahwin. Milikilah anak seramainya tapi ikutlah pada jumlah yang munasabah dan kemampuan dalam keluarga itu.”
Tujuan Perkahwinan Untuk Lebih Tenang
Antara matlamat dalam sebuah perkahwinan adalah menikmati rasa tenang. Pasti semua melalui saat itu sebaik menikah hati lebih tenang kerana hubungan sudah halal tidak seperti zaman bercinta atau bertunang dulu, pasti ada rasa takut-takut, apa lagi bimbang dengan bisikan iblis.
Dalam sesebuah perkahwinan juga, menilai pasangan menerusi luaran bukan pilihan tepat kerana kecantikan itu berbeza pada mata masing-masing. Isteri itu pasti akan nampak cantik di mata suami saat dia sanggup susah senang bersama suaminya.
Antara tips yang ustaz titipkan dalam meningkatkan kebahagiaan bersama pasangan pertama, ciuman dan kedua ialah ‘benda’. “Sudah menjadi sifat orang perempuan sukakan benda atau material. Jadi, para suami kalau mampu bagilah saja walaupun mulutnya kata tak nak. Ambillah hati isteri sesekali,” pesan Ustaz Syamsul.
Sedikit kupasan beliau tentang poligami, nasihat ustaz, “kalau tambah bini hanya buat anda tambah dosa, janganlah buat. Lebih banyak bini, lebih banyak tanggungjawab akan dipersoalkan di akhirat nanti.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

THSS: Raih Naib Juara The Hardest Singing Show, Ayda Jebat Tumpang Gembira Kemenangan Aepul

gempak
15/07/2024
10:30 MYT
Penyanyi Ayda Jebat memaklumkan bahawa dia tidak berasa ralat dalam dirinya walaupun mendapat tempat kedua di konsert final The Hardest Singing Show musim pertama malam tadi.
the-hardest-singing-show

THSS: Aepul Roza Dinobat Juara, Bawa Pulang RM150,000! - "Saya Terkejut, Tak Pernah Menang Apa-Apa"

gempak
14/07/2024
16:10 MYT
Tahniah!
the-hardest-singing-show

THSS: Didakwa Tak Nasihat Isteri, Nabil Mahir Terima Teguran Netizen Dengan Terbuka

gempak
08/07/2024
13:55 MYT
Suami kepada penyanyi, Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir tampil mengulas dakwaan netizen mengenaidirinya yang tidak menjalankan peranan sebagai suami dengan baik.
Hiburan

THSS: Salah Landing Hingga Terkena Bahagian Czer Sewaktu Latihan, Ayda Jebat Kongsi Keadaan Terkini

gempak
07/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ayda Jebat memaklumkan bahawa tempat pembedahan bersalin (czer) di perutnya berdenyut ketika melakukan latihan bagi minggu ke-8 The Hardest Singing Show.
the-hardest-singing-show

Ayda Jebat Pesan Kepada Peminat Jangan Sesekali Bercakap Buruk Mengenai Artis Lain Di Media Sosial

gempak
09/06/2024
02:47 MYT
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mendedahkan sebab mengapa dia meluahkan perasaan mengenai rasa tidak suka sesetengah kelompok individu terhadapnya dirinya, terutama ketika dia kini sedang mengikuti pertandingan The Hardest Singing Show (THSS).