Coretan Ustaz Don Daniyal buat isteri, Husna Zahry di Instagramnya:


Wahai Isteri, Jaga lah solat kerana, solat itu wajib, Bukan pada suami untuk menegur Tetapi wajib bagi setiap individu.

Wahai Isteri,
Jaga lah solat kerana, solat itu tiang agama, Bukan pada suami sebagai ketua Tetapi tiang bagi setiap jiwa.

Wahai Isteri,
Jaga lah solat kerana,
Solat itu benteng di akhirat,
Bukan pada suami
Tetapi benteng bagi setiap diri yang disoal nanti.

Wahai Isteri,
Jaga lah solat kerana,
Solat itu adalah kunci,
Bukan pada suami yang terkadang alpa
Tetapi kunci bagi setiap yang mengangkat syahadah .
Wahai Isteri,
Jaga lah solat kerana, solat itu cahaya, Bukan pada suami yang beragama Tetapi cahaya bagi setiap yang mendirikannya.

Wahai Isteri,
Aku suami, aku cinta kamu kerana الله,
Kerana itu aku menulis untaian nasihat,
Bukan kerana aku suami tetapi kerana kamu isteri.

Wallahu a'lam
Coretan lama
Tetap segar untuk
@husnazahry
.
Don Daniyal Don Biyajid
Makkah al-Mukarramah
24 Safar 1437H
6 Disember 2015


Kredit Foto: Instagram Ustaz Don Daniyal