Read
“Waking Up To Him Makes Me Say, Oh He Is So Hot!” — FAZURA dilamun Cinta, Kini FATTAH Imamnya
Oleh: Vee Mukhtaram
Kredit foto: Kakifoto
NEW YORK CITY kala artikel ini laju berkeletak-keletuk di atas papan kekunci, Nur Fazura baru pulang dari tanah suci Mekah, dan mengumumkan bahawa dia sama belahan jiwa, teraju teratas, intan payung dan juara carta hatinya – Fattah Amin sudah selamat bertunang sebelum mereka (ditemani keluarga dan teman) terbang ke negara Jabal Rahmah itu. Punat telefon berdering dek panggilan dan whatsapp daripada teman, dan entah siapa bersoalan yang sama, benarkah bertunang? Sudah juga menikah? Oh, mengapa diri jadi tempat mereka bermain joran dan umpan?
Advertisement
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa saya (penulis) antara teman Nur Fazura yang diundang untuk melihat dia ditunangkan sama cinta utamanya Fattah Amin. Di dalam bilik tidur pak saudaranya di rumah nenda yang terletak di Petaling Jaya, saya melihat dia indah berbusana kebaya kundang lembut bertatah manik dan batuan kilat menyemai cahaya dek visual Rizman Ruzaini. Manisnya dia disolek Sheila Mohamad dan diterjemahkan huraian indah rambut oleh Ckay Liow.
Kala menunggu adab dan adat kedua-dua keluarga disudahkan di halaman utama hadapan, saya melihat dia duduk di kerusi, wajahnya tidak jauh daripada senyuman manis, yes, she is happy.
Gadis yang saya kenali lebih 10 tahun ini, yang bergelak tangis bersama, kembara pusing dunia sama, belajar dan dewasa bersama dikelilingi teman-teman sahabat-handai lain sudah met her match.
Someone who could make her take her steps a little bit slower, make her smiles a little bit brighter and make her the best person she wants to be.
Kredit foto: Blackpepperproduction
Gegar! Selepas beberapa hari mengumumkan #FattZura sudah bertunang, pada jam 9.50 di hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur, dengan sekali lafaz, Fazura menjadi yang halal untuk Fattah, dikelilingi cuma keluarga terdekat, mereka membatalkan wudhu’ di hadapan Tok Kadi dan saksi-saksi.
Terburu-buru dan mengapa terlalu berahsia? Semua ini Fazura jawab kala kami bertemu berteman secangkir Americano, sepotong kek dan jari manisnya yang tidak lagi kosong.
Kredit foto: Kakifoto
Tahniah Puan Fazura...
Alhamdulillah, can you believe it? I am married! Syukur sangat Faz rasakan kepada ketentuan Allah yang membimbing Faz kepada jalan yang ini, rasa diri sangat bertuah dan gembira, benarlah apa yang orang katakan, membina masjid itu sungguh manis dan berlimpah-ruah nikmatnya.
Bagaimana rasanya bila bangkit, suami ada di sisi?
Sejujurnya Faz masih lagi digesting dan processing hal ini, selepas selama ini menjadi seorang wanita yang hanya fokuskan pada kerja, kehidupan dan kebahagiaan diri sendiri, Faz bertuah kerana diperkenalkan kepada seorang suami dan kekasih yang elevate semua ini dan menjadikan ia bak nirvana.
Don’t get me wrong, I was happy being single and focusing on myself namun apabila Tuhan sudah bukakan pintu hati dan gerakkan nawaitu, semuanya tersusun indah.
Mengapa Fattah jadi pilihan?
Apabila bersama Fattah, Faz dapat rasakan keikhlasannya mahu berteman sama, his effort dan sincerity bikin Faz jatuh sayang kepada dia. Fattah walaupun manja, tidak melemaskan dan bijak beri ruang kepada Faz, terutamanya bila sibuk dengan tugasan, mahupun kala berpergian kembara sama teman- teman.
He knows I need my space, namun tidak pula terlalu acuh, dia tahu the perfect balance. Tidak mudah untuk ketemu kriteria itu dalam seorang lelaki yang hatinya terlalu baik. Faz juga melihat Fattah sebagai seorang imam yang boleh membimbing jalan Faz kala ini dan pada masa hadapan nanti.
Kredit foto: Blackpepperproduction
Bila terdetiknya hati bahawa Fattah was the one?
Ada satu ketika, kala kami bekerja on set Faz ternampak Fattah solat seorang diri di dalam bilik, terdetik di hati bahawa he could be the one, my imam, and in that moment I know that I was in trouble hahaha... Faz lebih jatuh cinta lagi kepada Fattah kala dia menghadiahkan bunga di pentas Kuala Lumpur Fashion Week pada Ogos lalu.
Satu lagi contoh adalah ketika Faz ke Manila bersama teman-teman ntuk bercuti, Fattah bijak berikan ruang untuk Faz enjoy my time with friends, dia tidak melemaskan dan benarkan Faz untuk merindui dia.
This made me miss him more, pulang semula ke Kuala Lumpur, Faz terus mahu bertemunya kerana rasa kepingin yang amat.
Bisa kongsi bila Fattah melamar?
Oh my god, malunya! Faz kongsi sedikit ya, cuma untuk InTrend tahu! Hahaha... Fattah melamar pada malam hari kelahiran Faz selepas menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar itu. It was so romantic and I had no clue he was going to propose.
Bilik dipenuhi wangian dan kelopak bunga, cahaya lilin malam dan he spelled out “MARRY ME” menggunakan kelopak itu. Fattah melutut di hadapan Faz, dalam matanya I could see my future, susah senang bersama, anak-anak dan cucu-cicit semuanya Faz lihat dalam matanya, waktu inilah Allah bukakan hati Faz!
Kredit foto: Kakifoto
Berubah pasca bergelar isteri?
Adalah juga teman-teman bilang Faz lebih calm selepas berkahwin, I do feel it too, I am so much happier now. Dahulu Faz memang gembira, namun bila bertemu seorang companion yang sayangkan Faz dan mahu grow older bersama, makes me happy to have him by my side.
Sebaik bangkit tidur dan melihat Fattah di sisi, bagaimana rasanya?
Waking up to him makes me say, oh he is so hot! Hahaha... Kini, Faz mulakan hari bersamanya di sisi, rasanya bahagia sekali kerana kami sudah halal. Dialah imam Faz, penjaga dan dialah suami Faz.
Semuanya bikin diri mahu jadi isteri yang baik untuknya. Small things like making his breakfast dan segala taklik yang dibaca selepas bernikah itu sudah menjadi realiti. I have to take good care of him and I know he will do also.
Siapa percaya Faz kini bikin semua tanggungjawab itu, siapkan pakai, cuci baju, kemas rumah. Hangatkan makanan untuknya walaupun pulang lewat malam, tanggungjawab ini semua makes me so happy. I can’t wait to spend my whole life with him, insya-Allah.
Kredit foto: Kakifoto
Perihal Fattah yang mungkin orang luar tidak mengerti?
Dia seorang lelaki yang tegas dan strong pada luarannya, namun kala di rumah, dia manja amat bersama Faz, pulang sahaja daripada kerja dan rakaman, all he wants to do is cuddle and tell me about his day and asks me about mine. Simply to just be in my arms.
Kredit foto: Kakifoto
Apa seterusnya perancangan #FattZura?
Jadual kerjaya masih padat dengan obligations dan komitmen kerja yang perlu disudahkan. Selain itu kami mahu kembara bersama sebagai suami dan isteri. Tiada perancangan untuk cahaya mata kala ini kerana ini adalah masa untuk kami bermanja berduaan, namun jika ada rezeki tentunya kami tidak menolak, semuanya ketentuan Ilahi bukan?
Resepsi kami dicadangkan pada Februari tahun 2018 nanti, sebelum itu bakal berbulan madu ke Eropah hujung tahun ini dan just relax.
Bagaimana dengan majlis resepsi? Tiada perancangan atau tajaan?
Fattah dan Faz tinggalkan segala perancangan kepada team yang telah kami upah, bertuah amat kerana dikelilingi teman-teman dan pengurusan yang kreatif dan bekerja keras untuk menyudahkan majlis kami nanti.
Mahu jadikan majlis itu nanti satu hadiah dan keraian untuk semua keluarga, teman-teman dan tetamu yang dijemput. Selepas itu kami akan adakan sebuah majlis resepsi khas untuk peminat-peminat yang sentiasa menyokong.
Kredit foto: Blackpepperproduction
Mengapa majlis pertunangan dan nikah terlalu berahsia?
Kami tahu bahawa we belong to the fans, mereka yang sentiasa berada bersama kami, cuma untuk dua majlis yang ini Fattah dan Faz benar-benar mahukan ia menjadi peribadi buat keluarga dan teman- teman erat cuma, it is our day and we wanted to celebrate it.
Ada yang bilang ia terburu-buru walhal Fattah dan Faz sudah merancang lama dahulu sejak Fattah melamar pada September lalu. Keluarga Faz juga sangat private dan jarang benar Faz berkongsi hal mereka di media massa, jadi Faz hormati privacy mereka dan keluarga Fattah juga.
Namun kami lunaskan janji kami kepada media dan peminat, selepas beberapa hari semua gambar sudah kami lepaskan untuk mereka kongsikan.
Kredit foto: Kakifoto
Selepas bertunang, kalian terus ke Mekah, bagaimana di sana?
Aturan Allah itu tiada pincangnya dan cukup cantik. Selamat sahaja bertunang Faz dapat ke Tanah Suci ditemani Fattah dan kedua-dua belah keluarga. Ke sana untuk berdoa dan memohon Allah permudahkan segalanya dan merestui hubungan kami.
Juga di sana kami dapat merapatkan lagi hubungan sama kedua-dua keluarga Faz dan Fattah. Menjadi tetamu Allah dan berjemaah bersama-sama, Faz melihat ini adalah satu persediaan sebelum kami bernikah.
Kini sudah tidak kekok lagi untuk Fattah mengimamkan Faz dan rasa seronok apabila dapat bersolat sama.
Kredit foto: Blackpepperproduction
Mengenali keluarga Fattah, bagaimana?
Mereka adalah satu unit keluarga yang Faz sangat impikan, mereka merendah diri, penyayang, ikhlas dan tidak gilakan limelight. Mereka tidak mengadili Faz walaupun Faz tidak berhijab, pertama kali bertemu Faz terus serasi sama keluarga Fattah, they make me feel at home. Famili Faz pun menyenangi mereka sekeluarga.
Selesa digelar ‘the next power couple’?
Rasanya gelaran ini cuma diberikan oleh orang di luar sana, namun bukanlah visi kami untuk menjadi the next power couple, kerana ia juga bisa menjadi satu dugaan untuk kita takbur dan meninggi diri dengan segala perhatian yang diberikan kepada kami.
Mungkin harus muhasabah diri supaya tidak rasa diri terlalu penting dan think highly of ourselves. Risau juga!
Kredit foto: Kakifoto
Masih sibuk sama jadual kerja?
Disember ini Faz ke Jakarta bersama Fattah untuk tayangan perdana Ayat-Ayat Cinta 2, filem ini ditayangkan Januari ini, kami merakam scene Faz di Edinburgh.
Juga ada lem Pontianak yang bakal mula rakaman, sebuah filem epik produced dan arahan oleh Glen Goei dan Gavin Yap. Filem arahan Bernard Chauly berjudul Lahzeye Bi Payan juga bakal ditayangkan Februari nanti dan ia dirakamkan di Iran.
Seronok bekerja dengan produksi luar?
Faz sememangnya seorang peminat filem Ayat-Ayat Cinta dan dahulu pernah ada crush kepada Fahri, jadi apabila Faz dapat peluang untuk terlibat sama dalam filem ini tentunya gembira dan teruja amat.
Rakaman lem Lahzeye Bi Payan di Iran pula mencabar daya lakonan Faz, tentunya di bawah pimpinan Bernard Chauly you can never go wrong. Ia fasal kisah cinta pasangan yang baru sahaja berkahwin, cabaran budaya dan keluarga baru.
Bagaimana pula dengan New York?
Faz sangat gembira dan berbesar hati InTrend sudi bersama Faz ke New York. Walaupun sudah pernah menjejakkan kaki ke The Big Apple, namun ini pertama kali Faz menghadiri Minggu Fesyen New York, tahun lepas sudah dijemput untuk hadiri pertunjukan Coach bersama Yuna, sayangnya jadual tidak begitu terbuka.
Pengalaman ini cukup bermakna kerana ia cukup humbling dan menyeronokkan. Bertemu dengan insan-insan dunia fesyen yang cukup kreatif, melihat sendiri betapa besarnya pengaruh fesyen di sana. Seronok juga bertemu dan berbual sama Selena Gomez dan Stuart Vevers, siapa sangka foto bersama Selena dikongsi dengan banyak sekali.
Selain itu Faz juga punya wawancara bersama E! dan beberapa work related meetings. Tentunya rakaman bersama InTrend dalam ceraian House of Doll yang dipertontonkan di pentas Fesyen Kuala Lumpur Ogos lalu! 2017 is such an exciting year.
Kredit foto: Kakifoto
Rumusan 2017 bagaimana?
Nombor 7 memang Faz rasakan as my lucky number, dilamar pada 27 September, bernikah pula pada 27 November. In one word, this year would be called whimsical, dan magical! Siapa sangka 2017 Faz kini bergelar isteri.
Setelah bertahun sceptical to the idea of marriage, risau jiga tidak bisa serasi sama pasangan, cabaran of being married dan sebagainya namun Allah lebih tahu segalanya.
Kredit foto: Blackpepperproduction
Nasihat yang paling bermakna daripada ibu sendiri?
Faz pernah soal kepada Mama, “What if I don’t get married, can I just stay with you?” Nasihat Mama adalah, “Satu hari nanti, apabila sudah bertemu yang paling elok dan sempurna buat you, everything will change and at that moment all your inhibitions will change for the better.”
Apa pula untuk 2018?
Tentunya Faz mahu belajar lagi, menimba sebanyak ilmu daripada semua perihal industri, kita tidak akan bisa berhenti untuk learn from others. Kalau boleh Faz juga boleh berkongsi dan sumbangkan bakat lakonan ini ke luar negara dan membanggakan nama negara.
Oh, banyak lagi yang Faz mahu usahakan pada 2018, dan Faz bertuah kerana berkahwin sama Fattah yang berada dalam industri sama yang tidak akan hindar mahupun menghalang, sebaliknya Fattah supports me because he understands.
Terakhir untuk semua kekasih #FattZura...
Tiada ayat dan perbuatan yang bisa Faz lakukan untuk balas semula kasih sayang all my supporters, my LoveWarriors dan FattZura yang sentiasa mendoakan kami, secara berhadapan dan media-media sosial.
Rasanya hubungan Fattah dan Fazura juga makbul hasil doa-doa mereka yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk kami. Faz harap mereka akan sentiasa menghormati dan sayangi kami, kiranya kami terbang jauh tegurlah dan terima kasih kerana terus sayangkan Fattah dan Fazura. Amin, semoga kalian semua dibalas baik.
Must-Watch Video