Highlights
Wanita Kalau Dah Lama Kahwin, Usah Abaikan Penjagaan Diri. Jangan Ada Rasa ‘Tak De Sapa Nak Tengok’!
Kita tidak perlu melaram atau menjaga diri seperti artis-artis ternama itu. Atau berhabis sampai ribuan ringgit sebulan. Buatlah, belailah dan peliharalah diri mengikut kemampuan, asalkan tidak terabai terus. Ya, faham. Ramai para wanita yang sudah berumahtangga memberi alasan tidak ada masa dan banyak komitmen.
Ingat pepatah ini; di mana kemahuan, di situ ada jalan. Kalau mahu seribu daya, jika tak nak, seribu dalih. Yang pertamanya, harus tiupkan semangat hidup diri. Kena ada rasa diri ini cantik dan berharga. Kita adalah aset paling penting dalam keluarga kerana jika kita sakit, longlailah seisi rumah.
Penjagaan diri yang penulis maksudkan bukanlah hanya untuk melaram cantik semata. Tetapi yang paling penting adalah memastikan kesihatan diri berada tahap terbaik. Walau sesibuk mana kita dengan tugasan seharian, jangan diabaikan diri sendiri. Tiada istilah berkorban sehingga membakar diri dalam kehidupan ini.
Kredit Foto: Google
Apa Yang Isteri Mesti Lakukan Untuk Diri Sendiri?
- Ramai isteri memasak mengikut selera suami dan anak-anak. Kebanyakan suami pula jenis yang tidak menjaga pemakanan. Nah, sebagai perempuan kita ni banyak yang harus dijaga. Apatah lagi sudah beranak-pinak. Maka, kawallah pemakananmu agar tidak menjejaskan kesihatan.
- Lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam selain sibuk dengan kerja rumah. Sambil mengendung anak pun, kamu boleh melakukan senaman ringan mengikut tutorial di Youtube misalnya. Jika ada masa untuk gimnasium, berlari di padang atau menghadiri kelas yoga, lagilah bagus.
- Jaga berat badan. Kebanyakan wanita yang sudah lama berkahwin, semakin tidak kisah dengan potongan badan. Ingat ya, semakin naik berat badan, semakin sukar untuk diturunkan. Selalulah pantau berat badan yang naik dan turun itu agar tidak ‘berleluasa’.
- Jangan dilupa penjagaan muka. Sesibuk mana pun mengejar masa, pastikan luang sekitar lima minit pada waktu pagi dan sebelum tidur untuk membelek muka. Oleskan produk penjagaan kulit secara tetap seperti pelembap dan krim mata.
- Jangan tergesa-gesa keluar rumah tanpa secalit pun mekap. Suami memang akan cakap, “Tidak kisah awak mekap ke tak. Saya suka yang natural je...” Sembang! Hakikatnya, kalau berselisih perempuan bersolek cantik, menoleh juga. Rapikan diri agar terlihat kemas dan tidak kusam.
- Kalau ada duit lebih, kunjungilah spa atau atau salun untuk membelai diri dan mengadakan ‘me time’. Dapat berurut dengan bidan di rumah pun tidak apa. Asalkan ada masa untuk kamu memanjakan diri dan ia memberi impak pada psikologimu juga agar lebih positif dan yakin.
- Kalau kamu isteri bekerja, asingkanlah sedikit portion untuk penjagaan dirimu. Jika suami dapat bagi, lebihlah elok. Jika tidak mampu juga, kreatifkan diri untuk mengadunkan bahan-bahan semula jadi di dapur untuk dijadikan produk kecantikan diri.
Kredit Foto: Google
Must-Watch Video