Skip to main content

Viral

Isteri Kesal Suami Sorok ‘Remote AC’ Dalam Beg Kerja Gara-Gara Lupa Tutup ‘Aircond’ - “Padahal Sebelum Ini Saya Selalu Topup Bayar Bil…”

Remote Aircond

Ringkasan AI

  • Seorang isteri berkongsi rasa kecewa apabila suaminya marah kerana dia dikatakan tidak mematikan penghawa dingin.
  • Wanita itu menyangka aircond sudah dimatikan selepas tekan remote, tetapi suaminya tetap marah tanpa mendengar penjelasan.
  • Suami didakwa membawa remote aircond ke tempat kerja supaya isteri tidak boleh menggunakannya di rumah.
  • Wanita itu menemui remote aircond dalam beg kerja suaminya selepas seminggu, walaupun suami menafikan mengetahui hal itu.
  • Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang mengkritik sikap suami yang dianggap berkira dengan isteri sendiri.

Tular perkongsian seorang isteri yang meluahkan rasa kesal dengan sikap suami yang terus memarahinya gara-gara tidak menutup aircond atau penghawa dingin. 

 

Menerusi platform Threads, wanita yang juga suri rumah itu mendedahkan dia terkedu disaat suaminya bertindak demikian tanpa menunggu penjelasan daripadanya. 

 

“Ada satu hari tu mungkin saya ingat dah off aircond sebab bila kita tekan remote tu kan ada bunyi. Jadi saya ingat mmg dah off la kan. Jadi, keesokan harinya suami kejutkan saya dan terus tanya kenapa tak off aircond.

 

“Satu macam terkedu waktu tu sebab terjaga mengejut. Lepas tu saya jawab la ‘rasanya dah off semalam. Dan suami terus cakap ‘mana ada off!’ dengan nada yang sedikit bengang. Bila saya nak jawab balik terus dia keluar dan tutup pintu bilik. Baru saja cakap dua tiga patah,” kongsinya. 

 

Malah apa yang membuatkan wanita itu berasa lebih kecewa apabila suaminya didakwa membawa ‘remote aircond’ ke tempat kerja gara-gara tidak membenarkannya menggunakan penghawa dingin. 

 

“Siang tu memang tak on aircond terus dan saya perasan remote aircond pun entah kemana. Saya syak suami sorok dalam beg kerja. Dua hari berturut tak on aircond. Masuk hari ketiga saya on direct dekat aircond tu sendiri.

 

“Dan bila suami balik kerja dia macam terkejut juga tengok aircond boleh on. Saya cakap la kan ada tempat on dekat situ. Then saya terus tanya ‘bawak remote pergi office ke?’

 

“Dia jawab ‘eh mana ada. Dah letak tempat yg sama hari tu’. Jadi bila dah cukup seminggu saya terus check beg kerja suami. Ya memang ada remote dalam tu. Lepas tu saya cakap la yang saya jumpa remote tu dalam beg dia. Then dia cakap dia tak tahu pun ada dalam tu.

 

“Mana mungkin tak tahu. Bahagian yang sama dia simpan wallet, handphone, powerbank dan ubat yang dia makan hari-hari,” katanya lagi. 

 

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya juga kurang senang dengan tindakan suami wanita tersebut yang dianggap berkira dengan isteri sendiri. 

 

Berikut luahan penuh wanita tersebut : 

 

Must-Watch Video

Advertisement