Skip to main content

Viral

Isteri Nak Selamatkan Suami ‘Stuck’ Di Hatyai Akibat Banjir, Rupa-Rupanya Ada Plot Twist! - “Bukti Video Ada…”

Suami kantoi

Sekilas

  • Seorang wanita memohon bantuan melalui Threads untuk menyelamatkan suaminya yang terperangkap di Hatyai akibat banjir.
  • Namun, suami wanita itu sebenarnya berada di Hatyai bersama seorang wanita lain yang merupakan rakan sekerjanya, bukan bersama isteri.
  • Individu yang menerima permintaan bantuan mempunyai bukti dan maklumat lengkap, tetapi tidak berani memberitahu isteri yang sedang berpantang anak keempat itu.

Perkongsian seorang individu di Threads mengenai rakannya meminta bantuan untuk selamatkan suami yang terperangkap di Hatyai sebab banjir mendapat perhatian. 

 

Menerusi perkongsian itu, individu tersebut berkata rakannya memohon pertolongan kerana mengetahui dirinya mempunyai keluarga di sana.  

 

“Ada seorang ‘wife’ mesej saya secara peribadi minta bantuan suami dia terperangkap di Hatyai dengan rakan sekerja dan kalau boleh tolong selamatkan suami dia dulu.

 

“Sebab anak-anak mereka masih kecil dan tercari bapa mereka. Jadi saya ada sepupu dan makcik memang tinggal Hatyai, sebab kampung mommy memang di sana,” kongsinya. 

 

Namun apa yang mengejutkan apabila dia mendapat tahu suami rakannya itu pergi ke Hatyai bersama ‘skandal’. 

 

“Bila periksa rupanya ‘rakan sekerja’ tu adalah perempuan dan jadi ‘rakan sebilik’ dah sepanjang empat hari di Hatyai.

 

“Wahai kaum lelaki, kesiankanlah anak bini di rumah, kalau rasa xmalu kat manusia, malu pada Allah,” ujarnya. 

 

Sudah mempunyai bukti kukuh namun individu tersebut berkata dia tidak sampai hati untuk memberitahu rakannya. 

 

“Isteri dia ini cari saya sebab pernah satu universiti dulu dan tahu saya memang ada keluarga di Thailand. Dia mesej saya,. Harap dia tak ada Threads. 

 

“Saya tak sampai hati nak beritahu suami dia curang. Isteri dia tengah berpantang anak keempat. Bukti video memang ada dah sebab sepupu saya pergi cari kat hotel. 

 

“Staf situ memang cakap nama itu memang ada daftar masuk dan belum daftar keluar tapi nama itu datang dengan ’isteri’. Hotel memang kumpulkan semua detail orang Malaysia. 

 

“Sebab ini kecemasan dah perlu ada detail nak hantar ke kedutaan Malaysia di sana,” katanya lagi. Threads 

Must-Watch Video

Advertisement