Sekilas
- Pelakon Azhan Rani kini risau selepas kehilangan kucing kesayangannya, Kilau, sejak awal pagi Selasa.
- Kehilangan Kilau memberi kesan emosi sehingga Azhan sukar fokus dan jiwa tidak tenang ketika bekerja.
- Azhan sudah menggerakkan komuniti kejiranan untuk membantu mencari Kilau dan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang menjumpainya.
Hati pelakon Azhan Rani kini tidak tenang disebabkan kehilangan kucing kesayangnnya yang diberi nama Kilau sejak awal pagi tadi.
Kehilangan haiwan peliharaannya itu juga memberi kesan emosi buat Azhan Rani sehingga dia sukar untuk memberi fokus terhadap kerja.
“Sekarang otak saya berfikir fasal kucing. Lepas nak nak pergi penggambaran drama pun tak senang. Jiwa tak tenteram nak bekerja,” katanya kepada Gempak.
Azhan ditemui ketika sidang media drama Bulan Henti Bicara yang berlangsung di Putrajaya pada Selasa.
Berkongsi lebih lanjut, Azhan berkata kucing jenis British Long Hair itu merupakan haiwan kesayangannya yang juga menjadi peneman tidur.
Azhan mula menyedari kehilangan Kilau sekitar Subuh pagi Selesa dan dipercayai kucing tersebut lari keluar meneruis pintu belakang rumah yang terbuka tanpa sengaja.
“Kilau biasanya jadi alarm clock saya. Dia akan akan kuis-kuis muka saya sekitar pukul 4 pagi untuk minta makanan.
“Tetapi pagi ini saya bangun sendiri. Terus ada sesuatu yang tidak kena. Saya turun ke bawah dan dapati Kilau tiada. Rasa sedih sangat. Saya datang kerja hari ini pun dalam keadaan jiwa tak tenang,” ujar.
Azhan juga sudah memaklumkan kepada komuniti kejiranan untuk membantu bagi mencari haiwan berkenaan, malah dia juga ingin memberi ganjaran kepada sesiapa yang menemui Kilau.
“Insya-Allah saya bagi apa yang mampu asalkan kucing saya kembali,” ucapnya.
Terdahulu, Azhan sebelum itu berkongsi perkara sama di media sosial miliknya meminta bantuan ramai dengan turut memaparkan gambar Kilau.